MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Februari 07, 2010

Pakatan Rakyat @ Pakatan Rapuh

Salam blogger,

Telah lama saya tidak mengemaskini blog disebabkan bebanan tugasan harian yang perlu diselesaikan.

Sejak tahun 1990 ketika saya masih lagi menjadi ahli PAS, saya melihat gabungan pembangkang tidak kekal lama. Menjelang pilihanraya umum 1990 PAS bersama parti melayu semangat 46 ( S 46 ) menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dan S46 bersama DAP dan PBS menubuhkan Gagasan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional pada pilihanraya umum 1990.

Tahun 1999 Parti Keadilan Rakyat bersama PAS menubuhkan Barisan Alternanif ( BA ) yang kemudiannya menjadi ( BA ) Bukan Alternatif. Selepas pilihanraya umum 2008 Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat ( PR ) yang sekarang ini menjadi ( PR ) Pakatan Rapuh.

Apakah dalam pilihanraya akan datang mereka masih menggunakan PR yang semakin rapuh dengan petelagahan pemimpin mereka, antaranya Zul Kulim ( PKR ) vs Khalid Samad ( PAS ), Wee Choo Keong ( PKR ) vs Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi ( DAP ), Tan Tee Beng ( PKR ) vs Lim Guan Eng ( DAP ) Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ( PKR ) vs Lim Guan Eng ( DAP ) dan beberapa nama lagi.

Semalam ketika saya dan rakan sedang minum dan bercerita tentang hal hal semasa, datang 4 orang sahabat yang balik dari tempat ceramah anjuran PAS di Kg Berenjut Cukai dan duduk satu meja bersama saya. Salah saorang dari mereka menceritakan apa yang didengar semasa ceramah tersebut. Saya dan rakan tadi hanya mendengar tanpa bercakap apa. Tiba tiba salah saorang dari mereka mengajak saya menyertai pakatan pembangkang, katanya jika saya menyertai sekarang, selepas pilihanraya umum nanti saya akan dilantik sebagai pengerusi JKKK.

Katanya lagi, Pakatan rakyat adalah parti yang terbaik setakat ini dengan berkongsi kuasa dan kesamarataan dan bukanya seperti Barisan Nasional mewujudkan 1Malaysia setelah melihat kejayaan pakatan rakyat mentadbir negeri yang mereka menang. Pemimpin UMNO bercakap dengan ahli UMNO supaya memperkasakan UMNO supaya orang melayu tidak ditindas, begitu juga dengan MCA dan MIC, mereka juga menyuruh orang Cina dan India menguatkan kaum masing masing supaya nasib mereka terbela. Jika ini berterusan berlaku, sampai bila pun kestabilan politik tidak dapat diwujudkan.

Saya menjelaskan kepada mereka, jika saya mahu jawatan lebih tinggi dari sekarang, saya bolih dapat. Jawatan yang ada sekarang pun saya pernah tolak kerana tak mampu nak pikul amanah yang diberi. Saya tak mahu jadi seperti sesetengah pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat ( JSR ) semasa PAS memerintah Negeri Terengganu pada tahun 1999 - 2004 dahulu. Apabila dilantik sebagai pengerusi JSR mereka Jual Suara Rakyat untuk kepentingan peribadi bukannya Jaga Suara Rakyat.

Bagi saya pakatan rakyat hanya wujud dikalangan ahli dan masyarakat sahaja, ini dapat dilihat bila sesuatu program kemasyarakatan berlaku di kampung kampung, semua rakyat berkerjasama tanpa mengira kaum dan agama. Tidak perlulah kita guna perkataan pakatan rakyat, kerana rakyat sentiasa bermaufakat sepanjang masa. Hanya pemimpin pakatan rakyat sahaja yang tidak bolih terima pakatan rakyat sebab mereka pemipin dan bukannya rakyat. Mereka asyik bertelagah kerana ingin berkuasa. Mereka bercakap kesamarataan, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adakah kesamarataan?

Petikan utusan online 6/2/2009 mengenai kesamarataan dalam pakatan rakyat.

PULAU PINANG 5 Feb. - Jika semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa Lim Guan Eng melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing, Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini menyifatkan Ketua Menteri itu sebenarnya lebih zalim daripada itu.

Malah menurut Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan, nasib anjing adalah lebih baik kerana mempunyai tuan yang penyayang dan memberi cukup makan berbanding layanan diterima oleh wakil rakyat PKR.

Beliau menegaskan, ia boleh dilihat berdasarkan keistimewaan diberikan oleh Guan Eng kepada ahli Parlimen dari DAP yang begitu berbeza dengan mereka dari PKR.

"Jika kita kaji, Guan Eng tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada semua ahli Parlimen kecuali ahli dewan undangan negeri (ADUN).

"Tapi, dia (Guan Eng) memberi pelbagai jawatan kepada ahli Parllimen DAP seperti exco, pengerusi agensi kerajaan negeri dan banyak lagi termasuk dia yang berjawatan Ketua Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Antara wakil rakyat DAP yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri ialah Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II); Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri) dan Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow (Exco).
Cheng Guan memberitahu, tanpa peruntukan, sukar untuk wakil rakyat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat.

"Wakil rakyat mahu kemudahan peruntukan bukan untuk diri sendiri tapi membantu rakyat seperti orang miskin dan menyelesaikan masalah mereka," ujarnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.