MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, November 24, 2013

KERAJAAN TERENGGANU AKAN MENAIKAN TARAF JALAN PANTAI

KEMAMAN 16 Nov – Kerajaan Negeri Terengganu akan menaiktaraf jalan pantai negeri kepada dua lorong bermula dari Bandar Chukai Kemaman sehingga ke Bandar Jerteh di Besut untuk memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, berkata kerajaan negeri sedang menaiktaraf semua laluan pantai utama daripada dua lorong kepada empat lorong secara berperingkat. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup pertandingan memasak bubur asyura 1435 H / 2013 anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Tapak Pasar Tani Kerteh hari ini.

Turut hadir pada majlis ini, YB Ir Rosli Othman Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemasik, Tuan Haji Mohamad Kamil Othman Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mustafa Khalid YDP Majlis Perbandaran Kemaman, Senator Hajjah Rohani Abdullah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Ketua Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman serta dif dif jemputan.

Menurutnya, sebahagian kerja-kerja menaik taraf laluan itu telah dimulakan kira-kira dua tahun lalu dan ianya dibuat secara berperingkat bermula dari Bandar Chukai membabitkan kos RM80 juta.

Katanya, antara laluan yang telah siap dinaiktaraf kepada empat lorong ialah Bandar Chukai hingga ke persimpangan Bandar Baru Kijal
Menurutnya, kerajaan negeri telahpun mengeluarkan tender bagi kerja menaiktaraf jalan dari Kampung Bukit Kuang ke Persimpangan Kampung Anak Dara, Kijal.

Ahmad berkata, pada masa ini juga, kerja-kerja menaiktaraf jalan kepada empat lorong juga sedang dilakukan dari persimpangan Bandar Baru Kijal ke Persimpangan Kijal Resort World (Awana Kijal) dan djangkan siap pertengahan tahun hadapan.



Selain itu katanya, pembinaan jalan empat lorong dari Pusat Membeli Belah Mesra Mall di Kerteh telah siap sepenuhnya manakala bermula awal tahun hadapan kerja menaiktaraf jalan dari Awana Kijal ke Kemasek akan bermula.

Selain itu Ahmad berkata, kerja menaiktaraf laluan dari Paka ke Bukit Bauk Dungun akan bermula tahun hadapan manakala laluan empat lorong dalam  Bandar Dungun telahpun siap sepenuhnya.
Ahmad berkata, semua kerja menaiktaraf dan membina laluan empat lorong dari Kemaman ke Besut dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2018.

Pada majlis itu sebanyak 150 agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agensi Kerajaan dan swasta bergotong royong memasak 191 kawah bubur asyura.

Program kali keempat yang dianjurkan itu menjadi acara tahunan kerajaan negeri yang dilaksanakan bermula tahun 2007 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pada program itu, pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) muncul johan keseluruhan memasak bubur asyura dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM3000.00 berserta barangan dan hamper.

Tempat kedua dimenangi JKKK Kampung Kukuran A Kerteh dengan hadiah wang tunai bernilai RM2000.00 berserta barangan dan hamper.


manakala tempat ketiga Persatuan Penjaja Daerah Kemaman wang tunai bernilai RM1000.00 berserta barangan dan hamper.

Hadiah keempat hingga kelapan merupakan barangan dan hamper




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.