MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, November 24, 2013

PENDAWAI LETRIK DIJUMPAI TERGANTUNG

KEMAMAN 22 Nov– Seorang pemuda melayu berusia dalam lingkungan 32 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dipercayai membunuh diri pada sebatang pokok di Bandar Chukai malam tadi.

Kejadian berlaku di belakang Stesen Bas Chukai, Kemaman kira-kira jam 10 malam tadi selepas mangsa dipercayai telah berselisih faham dan bergaduh dengan teman wanitanya kerana cemburu.

Kejadian dikatakan berlaku dalam sekelip mata apabila kekasih pemuda terbabit dikatakan meninggalkan mangsa tidak sampai lima meter dari tempat kejadian selepas mereka berselisih faham dan dikatakan bergaduh.

Bagaimanapun selepas wanita itu berpaling ke belakang dia mendapati mangsa telah bertindak menggantung diri pada sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata wanita itu yang terkejut melihat teman lelakinya menggantung diri terus menjerit meminta tolong orang awam yang berada di tempat kejadian supaya memotong tali yang menjerut leher mangsa.

Katanya, bagaimanapun mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat sesak nafas dan mayatnya dihantar ke Hospital Kemaman (HK) untuk bedah siasat.

Menurut Che Suza, mangsa bekerja sebagai pendawai elektrik di sini berasal di Kampung Injin Gergaji, Bandar Chukai.

Che Suza, berkata, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman telah dikejarkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima aduan daripada orang awam.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan rapi berhubung kejadian tersebut.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.