MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Julai 26, 2009

Lepas ini giliran siapa dan dari mana?

Salam Blogger.
Bermula dengan kemasukan Zaid Ibrahim dari UMNO kedalam PKR dan seminggu yang lalu tiba giliran Chua Jui Meng dari MCA pula menyertai PKR, semalam S. S. Subramanian dari MIC pula menyertai PKR. Kesemua mereka ini adalah bekas pemimpin parti dan juga bekas Menteri, dan Setiausaha Parlimen dari Barisan Nasional.
Lepas ini giliran siapa dan dari parti mana pula yang akan menyertai PKR? Jika dilihat mereka ini saya tidaklah hairan sangat, mereka ini hanya mementingkan jawatan dan kedudukan dari membantu rakyat. Mereka ini tidak mempunyai wawasan untuk membantu rakyat walau pun rakyat telah membantu mereka hingga mereka berjaya seperti hari ini.
Pemergian mereka ini tidak menjadi masalah besar kepada Barisan Nasional kerana mereka ini bukan pemimpin parti yang diwakil. Mereka tewas dalam pemilihan parti masing masing. Walau pun tewas mereka masih mempunyai jiwa yang besar seperti Bos baru mereka Dato' Sri Anwar Ibrahim yang bercita cita menjadi Perdana Menteri 16 September yang lalu.
Kita memerlukan pemimpin yang meletakkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan bukannya kepentingan peribadi dahulukan kroni diutamakan.
Diharap selepas ini tiada lagi pemimpin komponen Barisan Nasional akan menyertai parti pembangkang. Parti parti komponen Barisan Nasional hendaklah mencari jalan penyelesaian dan pendekatan yang patut dibuat bagi mengelak berulangnya bekas pemimpin keluar parti dan menyertai pembangkang.
Dua minggu yang lalu ketika saya sedang minum di sebuah kedai di bandar Cukai Kemaman, datanglah beberapa orang sahabat tumpang duduk sama satu meja dan kami berbual seperti biasa. Saorang dari shabat tadi bertanya saya bilakah UMNO Bahagian Kemaman akan mengadakan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kemaman. Saya memberitahu sahabat tadi mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kemaman akan diadakan pada 8 Ogos 2009. Salah saorang dari sahabat tersebut memberitahu bahawa satu kejutan akan berlaku pada mesyuarat tersebut disebabkan YB Wan Abdul Hakim Adun Air Putih akan melepaskan jawatan sebagai Adun kerana tidak sebulu dengan YAB Datuk Ahmad Said Ketua Bahagian yang juga Menteri Besar Terengganu.
Pada 17 Julai lepas, saya berkesempatan berbual dengan YB Wan Abdul Hakim mengenai perkara tersebut dan beliau menjelaskan tidak ada apa yang beliau rasa perlu untuk letak jawatan sedangkan hubungan beliau dengan Datuk Ahmad Said tidak mempunyai masalah. Menurut beliau, memang ada cakap cakap yang mengatakan hubungan ini kurang baik, tapi biarlah orang nak bercakap nak buat macamana. Memang benar jika dilihat ada program yang dihadiri Datuk Ahmad Said, beliau tidak hadir disebabkan beliau mempunyai tanggungjawab lain termasuk lawatan ke kampung kampung di seluruh Air Putih.
Jika ini hendak diambil kira, bagaimana pula PM dan TPM yang sering tidak bersama kerana tugasan masing masing, adakah hubungan PM dan TPM juga renggang? Kepada rakan rakan, cukuplah dengan cerita yang bolih meresah ahli parti dan rakyat. Buatlah kerja masing masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.