MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Julai 04, 2009

Majlis Tahunan Khairat Kematian Kg Lot Seri Jaya

Pengerusi JKKK YM Tuan Kechil Tuan Tengah sedang memberi ucapan
sambil diperhatikan olih YB Wan Abdul Hakim Adun Air Putih ( Tengah )
dan En Zulkefli Mohamad Setiausaha JKKK.
Salam Blogger,
Semalam Sabtu 3 Julai 2009 Khairat Kematian dibawah naungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kg. Lot Seri Jaya ( JKKK ) telah mengadakan satu majlis perjumpaan tahunan bersama ahlinya di Balairaya Kampung Lot Seri Jaya. Majlis tersebut dihadir hampir semua ahli dan penduduk kampung termasuk belia.
Khairat kematian tersebut mula ditubuhkan pada tahun 2007 dengan pendaftaran sebagai ahli sebanyak RM 10.00 serta yuran tahunan. Yuran tahunan ahli sebanyak RM 24.00 setahun dan yuran tanggungan sebanyak RM 3.00 setahun bagi setiap satu tanggungan.

Diawal penubuhan Khairat Kematian, YB Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid Adun Air Putih telah menyumbang sebanyak RM 1000.00 bagi tabung Khairat Kematian JKKK Kg Lot Seri Jaya.
Tujuan Khairat Kematian ditubuhkan adalah bagi membantu ahli meringankan bayaran urusan pengkebumian jenazah jika berlaku kematian. Khairat kematian akan membayar sebanyak RM 500.00 bagi urusan pengkebumian jenazah. Khairat kematian Kg Lot Seri Jaya bukan sahaja untuk penduduk kampung Kg Lot Seri Jaya sahaja, malah ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Setakat hari ini, ada 5 keluarga dari kampung berhampiran menjadi ahli.
Semasa majlis sedang berlangsung, Pengerusi JKKK memberitahu bahawa YB Wan Abdul Hakim Adun Air Putih dalam perjalanan untuk datang bersama penduduk kampung pada majlis yang diadakan ini. Saya difahamkan YB Wan Abdul Hakim mempunyai jadual lawatan kampung yang padat pada hari tersebut tetapi masih sempat hadir bagi meraikan penduduk Kg Lot Seri Jaya menjayakan majlis tersebut.
YB Wan Abdul Hakim tiba pada jam 11.00 malam dan memberi sedikit ucapan dan pesanan mengenai khairat kematian. Dalam ucapan beliau, dengan rendah hatinya beliau menderma sebanyak RM 1500.00 kepada khairat kematian Kg Lot Seri Jaya. Selesai majlis tersebut beliau sempat beramah mesra dengan penduduk kampung dan juga belia selama 30 minit sebelum pulang. Majlis tersebut selesai jam 12.15 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.