MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Jun 03, 2011

Hina Raja, 14 kes sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah. Datuk Seri Dr Rais

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 30.5.2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama pihak perundangan lain sentiasa mengambil tindakan terhadap pengendali tulisan dalam internet yang menghina raja, agama dan budaya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, 14 kes sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah, "namun ini tidak banyak dilaporkan media."
"Berita yang hina raja, Yang di-Pertuan Agong, agama dan budaya adalah tergolong kepada tindakan yang seharusnya kami ambil bersekali dengan polis dan juga pihak yang bertauliah menjalankan tugas di bawah akta atau undang-undang masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Bernama TV di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jaringan Melayu Malaysia semalam mengenai sikap berdiam diri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pengendali The Malaysian Insider meskipun laporan dibuat terhadap portal berita itu kerana didakwa secara jelas dan sengaja mencetus provokasi perkauman, penghinaan terhadap Raja-raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin negara.

Rais berkata, beliau meminta Peguam Negara memberi beberapa lunas untuk menentukan supaya pihak-pihak ini dikenakan proses pendakwaan dengan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat.

"Jadi secara kategori perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong atau menghina Raja-raja yang lain termasuk kerja menghasut berhubung dengan agama, sedang dalam proses penilaian Jabatan Peguam Negara," katanya.

Rais berkata, ini kerana banyak kes seperti itu diketepikan sahaja di peringkat awal.
"Dan saya sendiri rasakan sudah sampai masanya bahawa lunas undang-undang hasutan, undang-undang mencerca dan memberi berita palsu dan undang-undang yang memberi kesan negatif dari segi undang-undang kerajaan kita, perlu diambil tindakan," katanya.

Rais berkata, beliau memklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mesyuarat kabinet semalam.

"Tinggal lagi perkara-perkara berhubung mensia-siakan nama baik Yang di-Pertuan Agong itu kami ambil tindakan serius...hasilnya kami akan lapor pada ketika yang munasabah.

"Apa yang kami ambil tindakan sebagai lunas undang-undang tidak semestinya diumumkan peringkat demi peringkat," katanya.

Terdahulu ketibaan Rais yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf di Wisma Bernama, disambut Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong serta pegawai kanan lain.

Beliau turut diberi taklimat oleh Hasnul sebelum melawat operasi Bernama TV di tingkat tiga bangunan itu. - BERNAMA


Petikan Berita Harian online 2 Jun 2011

Ahad lalu penulis membuat laporan polis terhadap satu "Fan Page" Facebook yang menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.