MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, Disember 04, 2018

Kereta jururawat terbabas masuk parit, elak babi hutan


MUKHATAR A. RAHMAN
04 Disember 2018 5:38 PM

KEMAMAN - Gara-gara mengelak babi hutan, seorang jururawat hampir lemas selepas kereta Proton Saga BLM yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 8, Jalan Chukai-Air Putih dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Engku Ermanizara Engku Azmi, 29, terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas berjaya keluar dari keretanya yang kemudiannya tenggelam ke dalam parit berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Engku Ermanizara dalam perjalanan untuk bertugas di Klinik Kesihatan Air Putih di sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan kereta Proton Saga BLM dipandu mangsa terbabas selepas dia cuba mengelak haiwan liar berkenaan.

"Kenderaan itu kemudiannya terjatuh ke dalam parit di tepi jalan sebelum tenggelam. Mangsa bernasib baik berjaya keluar dari keretanya sebelum dibantu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.