MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Disember 06, 2018

Insuran banjir kampungku


OLIH:  MUKHATAR  A. RAHMAN         

KEMAMAN 6 Dis. – Kerajaan Terengganu akan meneruskan Insuran Bencana kepada mangsa banjir sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri memahami masalah yang dihadapi mangsa banjir yang mengalami kemusnahan harta benda akibat bencana banjir dan Insuran Bencana akan bermula tahun hadapan.

Beliau yang juga Adun Chukai berkata demikian ketika merasmikan
Program Perasmian Flag Off Rakan Sahabat 4x4 bersama Team Rescue IPD Kemaman di perkarangan IPD Kemaman disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik (KBKA) Daerah, Asisten Superintendan Hairol Azhar Abdul Aziz, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) Daerah, Asisten Superintendan Muhamad Sukeri Hassan dan Pegawai Kanan serta Ketua Balai dalam daerah Kemaman.

Turut hadir, Presiden PAKAT Kemaman, Johan Ismail merangkap penaung Kelab Radio Amatur Kemaman, Presiden TEXAS Kemaman, Shukri Yaakop dan Presiden Begenner Kemaman, Ahmad Khairuddin.

Menurut Hanafiah, beliau telah meminta kerajaan negeri agar menyegerakan bayaran bantuan kepada mangsa banjir lebih awal (dalam masa dua atau tiga minggu) sebaik sahaja banjir surut dan bukan tiga empat bulan seperti sebelum kerana mangsa banjir amat memerlukan bantuan tersebut bagi membeli keperluan dan kelengkapan dapur dan lain-lain yang musnah akibat banjir.

Hanafiah berkata, inilah masa yang saya tunggu-tunggu sejak banjir 2013 melanda daerah Kemaman bagi menyatukan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) ini dengan pasukan polis dan masyarakat.

“Selama ini kita (Ngo) amat susah untuk berkerjasama dengan pasukan polis dan masyarakat disebabkan perbezaan politik sedangkan mereka inilah yang banyak membantu mangsa banjir tahun 2013 tanpa mengambil kira idealogi politik,” ujarnya.

“Mereka ini merupakan Ngo pertama di Malaysia yang turun padang membantu mangsa banjir 2013 dan ada yang tidak pulang berhari-hari ke rumah bagi memastikan mangsa banjir selamat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mendapat bekalan makanan yang mengcukupi.

Hanafiah berharap Ngo ini dapat berkerjasama sama sebaik mungkin dengan pihak polis dan masyarakat dalam menghadapi apa jua bencana dan bukan sahaja bencana banjir.

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah berjanji bahawa kita tidak akan pisahkan rakyat walaupun berlainan idealogi politik.

“Pada majlis itu sebanyak 25 buah kenderaan pacuan empat roda (4X4) terdiri daripada Tean Rescue IPD (5 buah) dan Team Sahabat Radio Amatur Kemaman (20 buah) berkonvoi ke Kg. Air Putih dan berakhir di Balai Polis Air Putih.

Hanafiah Mat (baju putih)  bersama Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim (dua kanan) menampal poster Rakan Sahabat 4x4 Tean Rescue IPD Kemaman pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap Adun Cukai, Hanafiah Mat (baju putih) bersama konvoi Rakan Sahabat 4x4 Tean Rescue IPD Kemaman pagi tadi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.