MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Disember 03, 2018

Tebang pokok persediaan hadapi banjir


03 Disember 2018 11:10 AM

KEMAMAN 3 Dis. - Sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengambil inisiatif melakukan kerja memangkas dan menebang pokok di kawasan pentadbirannya sejak tiga bulan lalu.

Yang Dipertuanya, Johan Ibrahim berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan taman perumahan dan perkampungan yang berisiko banjir.

Katanya, setakat ini, kerja memangkas dahan dan menebang pokok sepanjang tahun dilakukan secara berjadual setiap minggu dengan mengenal pasti pokok yang mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

“Dalam keadaan cuaca tidak menentu, kerosakan harta benda termasuk kenderaan dan rumah dapat dielakkan jika pokok yang dikategorikan berisiko ditebang lebih awal,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini.

“MPK sendiri mempunyai Unit Tindakan Khas (UTK) untuk melakukan kerja terbabit, bukan saja menunggu aduan daripada orang awam.

“Selain MPK, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu memangkas rimbunan pokok yang menghalang pandangan pengguna jalan raya,” ujarnyq.

Johan berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut meminta kerjasama orang ramai supaya segera menghubungi MPK di talian 09-8597777 dan Whatsapp MPK Cakna 013-9237798 jika mempunyai maklumat lokasi pokok yang mengancam keselamatan termasuk pokok yang menghalang pandangan pengguna jalan raya.

Menurutnya, aduan bukan saja membabitkan pokok, malah kes lain seperti longkang tersumbat supaya air dapat disalurkan dengan lebih cepat.

“Kita tidak mahu apabila musim tengkujuh nanti, berlaku masalah saluran perparitan tersumbat yang boleh menyebabkan banjir kilat,” katanya. - UTUSAN ONLINE




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.