MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Disember 07, 2018

`Pahlawan Melayu' khatankan 18 kanak-kanak

Mukhatar A. Rahman
07 Disember 2018 1:43 PM

12
KEMAMAN 7 Dis. - Sebanyak 18 kanak-kanak daripada keluarga kakitangan kerajaan sekitar daerah ini diraikan dalam majlis berkhatan beramai-ramai sempena cuti persekolahan di Klinik Batu 2 1/2 Jalan Air Putih di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada anak-anak kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman, Hospital Daerah Kemaman, Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan daerah ini dan program itu merupakan anjuran bersama PKD Kemaman dan Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (Kesukes) PKD itu.

Lebih menarik, program itu menampilkan kelainan dengan kemunculan juru khatan yang mengenakan pakaian pahlawan tradisional Melayu yang antara lain bertujuan mengurangkan ketakutan kanak-kanak selain memastikan nilai budaya tradisional Melayu tidak terus pupus.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, program berkhatan beramai-ramai itu adalah sebahagian daripada aktiviti kebajikan PKD Kemaman untuk kakitangan mereka yang mula diperkenalkan tahun lalu.

“Berikutan sambutan menggalakkan, program itu telah dijadikan acara tahunan sempena cuti sekolah,” katanya semasa merasmikan majlis berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Perubatan Klinik Batu 2 ½, Dr. Anis Ahmad; Pegawai Kesihatan Daerah 2 (Pengurusan), Dr. Norulhuda Che Nordin; Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Mohamad Hassan Ahmad dan wakil bahagian pergigian daerah, Dr. Noor Fatiha Abdul Rahim.

Dr. Mohd. Anuar berkata, program itu diadakan selaras dengan saranan Pengarah Kesihatan Negeri dalam usaha memberi penekanan terhadap kepentingan kebajikan sebagai menghargai kakitangan PKD. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.