MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Februari 22, 2018

Dua bot bersama 12 nelayan Vietnam ditahan


Seramai 12 orang nelayan Vietnam yang ditahan kelmarin berada di jeti Pengkalan Maritim Kemaman sebelum dibawah ke mahkmah bagi nendapatkan perintah tahanan reman, hari ini. - UTUSAN ONLINE

22 Februari 2018 5:02 PM

KEMAMAN 22 Feb. - Walaupun berdepan risiko kehilangan bot dan dipenjarakan, nelayan asing masih terus memperjudikan nasib mereka dengan menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut.

Petang kelmarin, dua lagi bot Vietnam dengan 12 nelayan yang sedang leka menangkap ikan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kira-kira 105 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Timbalan Pengarah Daerah Maritim 9 (Operasi) Kuala Terengganu, Komander Maritim Simon Templer Lo berkata, kedua-dua bot berkenaan dikesan oleh pesawat Maritim ketika membuat pemantauan dari udara sebelum memaklumkan kepada Pusat Operasi (PUSOP) Wilayah Maritim Timur.

"Kapal peronda yang sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran lokasi digerakkan, dan berjaya menahan kedua-dua buah bot tersebut," katanya pada sidang akhbar di Pengkalan Maritim Malaysia, Teluk Kalong, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Operasi Pengkalan Maritim Kemaman, Left. Mohd. Suhaimi Abdul Rahman.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati semua awak-awak dan tekong bot tersebut berumur antara 18 hingga 47 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Simon berkata, ini merupakan tangkapan yang 14 bagi tahun ini dengan nilai rampasan di dianggarkan RM300,000.

"Kita mendapat perintah tahanan reman selama 14 hari dan kesemua mereka akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959, katanya. - UTUSAN ONLINE


Pengurus syarikat dan isteri direman tiga hari


22 Februari 2018 10:58 AM



Pengurus pembangunan perniagan sebuah syarikat dan isteri dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengurus-syarikat-dan-isteri-direman-tiga-hari-1.614054#ixzz57of8jfR7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, Februari 19, 2018

APMM gagalkan cubaan 3 bot nelayan Vietnam kaut 1.5 tan hasil laut negara


19 Februari 2018 7:13 PM

Simon Templer Lo (duduk, dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada hasil laut negara yang cuba dilarikan nelayan Vietnam semalam.

KEMAMAN - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan 1.5 tan hasil laut bernilai RM2.5 juta daripada dikaut secara haram oleh tiga bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Terengganu semalam.

Dalam Ops Perkasa Timur yang diadakan selama kira-kira enam jam berakhir pada pukul 3 petang tersebut, sebanyak 4,000 liter minyak diesel dari ketiga-tiga bot nelayan asing itu turut dirampas.
Timbalan Pengarah Maritim Terengganu, Simon Templer Lo berkata, kapal peronda APMM berjaya mengesan ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu sewaktu sedang mengadakan rondaan pada kedudukan kira-kira 123 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

Beliau berkata, sewaktu ditahan, kesemua awak-awak bot nelayan asing berkenaan yang dipercayai baru dua jam tiba di lokasi terbabit sedang leka menaikkan hasil laut terbabit yang telah dituba sebelum itu.

"Mereka menggunakan modus operandi menyamar kononnya nelayan tempatan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Terengganu untuk mengaburi mata pihak berkuasa tetapi gagal.

"Kesemua 40 nelayan merangkumi tiga tekong dan 37 awak-awak warga Vietnam berusia dalam lingkungan 18 hingga 52 tahun terbabit berjaya ditahan dalam operasi terbabit," katanya pada sidang akhbar di Pengkalan Maritim Kemaman dekat sini hari ini. - K! ONLINE


Diesel bernilai RM109,500 dirampas


Bot tanpa nombor pendaftaran yang ditahan semalam kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel. - UTUSAN ONLINE

19 Februari 2018 7:40 PM

KEMAMAN 19 Feb. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot di perairan negeri ini awal pagi semalam yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel.

Timbalan Pengarah Daerah Maritim 9 (Operasi) Kuala Terengganu, Komander Maritim Simon Templer Lo memberitahu, bot itu ditahan di kawasan 110 batu nautika dari Kerteh, dan pihaknya menemukan kira-kira 50,000 liter bahan api itu yang bernilai RM109,500 di dalam tangki utama bot berkenan.

"Kapten bot gagal mengemukakan dokumen status minyak dan lesen bot serta pelepasan pelabuhan dari negara asal dan negara ini," katanya dalam sidang akhbar di Pengkalan Maritim Kemaman, Teluk Kalong, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Operasi Pengkalan Maritim Kemaman, Left. Mohd Suhaimi Abdul Rahman.

Kapten warga Thailand bersama lapan kru kapal berusia 21 hingga 55 tahun berada di atas bot terbabit ketika diperiksa, dan mereka tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

Simon berkata, minyak itu dirampas dan kapal serta peralatan dianggarkan bernilai lebih RM800,000 ditahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan itu dan memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas kepada sesiapa yang menjual minyak secara haram di sekitar perairan negara ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang boleh membantu pihak berkuasa membanteras jenayah berkenaan.

"Maklumat jenayah di laut boleh disalurkan kepada Maritim Malaysia Daerah Maritim Kuantan (DM8), 09-5717300, Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9), 09-6223943 / 3657, Daerah Maritim Tok Bali (DM10), 09-7780048 / 0051 dan Pangkalan Maritim Kemaman, 09-8582825 atau Pusat Operasi di Talian Mers 999," katanya. - UTUSAN ONLINE