MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Ogos 26, 2010

Dana Khas Hari Raya 2010

Assalamualaikum Blooger

Hari ini rakyat didalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih Zon 1 menerima sumbangan Dana Khas Hari Raya 2010 bertempat di Dewan Sivik Rumah Murah Binjai Kemaman.

Seramai 2399 orang yang mempunyai pendapatan rendah dan juga warga emas serta orang kurang upaya menerima sumbangan daripada kerajaan Terengganu. Kesemua 12 buah kampung dalam zon 1 menerima sumbangan tersebut.

Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said dan kerajaan negeri Terengganu atas sumbangan tersebut.

26 Ogos 2010

Rabu, Ogos 25, 2010

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

Assalamualaikum,

Semalam JAKIM dalam kenyataan laman web http://halal.gov.my telah mengambil keputusan menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga Jakim berpuas hati dengan kehalalan produk keluaran syarikat berkenaan berkuat kuasa 19 Ogos 2010.

QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Hari ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) menerusi Presidennya SM Mohamed Idris menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB dipasaran berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) yang menarik balik status halal minyak sapi itu yang didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

Isnin, Ogos 23, 2010

MEMBANGUNKAN KOMUNITI ISLAM ASIA MELALUI PENDIDIKAN

Assalamualaikum,

Saudaraku, marilah kita sama sama membantu membangunkan komuniti Islam Asia melalui pendidikan dengan menyertai TABARRU' ASIA . Segala sumbangan ikhlas bolih disalurkan melalui no akaun 1211 0000 2747 17 Bank muamalaf diatas nama TABARRU' ASIA atau melalui online banking di http://www.maybank2u.com/

Semoga Saudara mendapat rahmat dari Allah Subhanahualtaala. Amin.