MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, September 18, 2010

Pelakun M Rajoli meninggal dunia.


Assalamualaikum,

Alfatihah.

Pelakon veteran M Rajoli meninggal dunia pada jam 11.00 malam 17.9.10 di Hospital Ampang Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke wad kecemasan setelah mengalami tekanan darah rendah dan tekanan jantung.
Sebelum ini M Rajoli pernah pernah menjalani pembedahan kepala akibat penyakit tumor sejak 4 tahun yang lalu.
Jenazah Allahyarham akan di kebumikan di tanah perkuburan keramat selepas zohor nanti.
Kita kehilangan saorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair. Kepada keluarga Allahyarham diucapkan takziah diatas pemergian Allahyarham dan bersama sama kita doakan supaya Allahyarham ditempatkan bersama golongan mereka mereka yang solih. Amiiiiin.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Khamis, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 47

Salam Blogger,

Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dah 53 tahun lamanya. Setiap tahun negara menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu maka terbentuklah sebuah negara yang diberi nama Malaysia. Hari ini kali pertama kita menyambut Hari Malaysia sejak ia ditubuhkan 47 tahun yang lalu.

Ramai yang tertanya tanya mengapa sekarang baru menyambut Hari Malaysia? Jawapannya cukup mudah, sambutan hari ini juga sempena ulang tahun kedua Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan kabinet bayangannya mengambilalih Putrajaya. Maka sempena ulang tahun tersebut buat pertama kali negara menyambut Hari Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Selamatkan Malaysia dari Anwar Ibrahim.

Isnin, September 13, 2010

Jauhi Perkasa

Salam Blogger

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir mengenai sokongan UMNO terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( PERKASA ) yang dipimpin olih Datuk Ibrahim Ali.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional di Putra Jaya Baru baru ini.

Keputusan Barisan Nasional sebulat suara 13 parti komponennya termasuk UMNO menolak untuk berkerjasama dengan PERKASA atau Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam pilihanraya umum akan datang kerana kekuatiran kehilangan undi dari kalangan bukan melayu. Apakah hari ini UMNO membela nasib orang melayu? Jika ada pun itu hanyalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, ibarat pertolongan bapa kepada anak.

Dengan pengumuman demikian, demi menjaga hati parti komponen UMNO telah memerangi perkasa. Walaupun pilihanraya masih tidak diketahui tarikhnya, Perkasa bolih mempersiapkan diri mempertahankan presidennya atau mendaftar sebagai sebuah parti politik.
Jika ini berlaku, UMNO akan kehilangan lebih banyak kerusi dan gagal membentuk kerajaan. Perkasa diwujudkan diatas kesedaran untuk membela nasib orang melayu islam yang semakin layu. Orang melayu amat memerlukan sebuah badan NGO seperti Perkasa bagi melindungi kepentingan mereka. Sekarang ini Perkasa telah wujud di setiap negeri dan parlimen. Kekuatan Perkasa tidak bolih dipandang remeh olih pemimpin UMNO.

Seharusnya UMNO perlu mencari mengapa masih ramai rakyat tidak menyertai parti politik dan tidak mendaftar sebagai pemilih? Mereka sebenarnya bosan dengan parti politik yang mempunyai fahaman sempit dan mengambil sikap berdiam diri. Apabila Perkasa diwujudkan mereka ini menyertai Perkasa untuk mempertahankan melayu dan pribumi supaya tidak menjadi pelarian ditanahair sendiri.

Utusan Malaysia Online - Politik