MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, April 21, 2025

7,712 kg bahan kitar semula dikumpul murid SK Seberang Tayor

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Sebanyak 7,712 kilogram (kg)  bahan kitar semula dikumpul oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Tayor, di sini dari Januari hingga April lalu.

Bahan kitar semula itu berjaya dikumpul sempena Program Kitar Semula 2025 Peringkat SK Seberang Tayor.

SK Seberang Tayor dalam satu kenyataan kepada Suara Timur berkata, program kitar semula yang bertemakan ‘TRC Rangers, Penyelamat Bumi’ dianjurkan Unit Kokurikulum & Kelab Pencinta Alam (KPA) SK Seberang Tayor bermula Januari hingga Julai depan.

Menurutnya, majlis peluncuran pertandingan kitar semula itu disempurnakan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Zulkifli Tahar di Dewan Seri Tayor, semalam.

DARI kiri, Penolong Kanan Kokurikulum, Nor Halimah Sa’diah Awang, Guru Besar SK Seberang Tayor, Wan Ja’afar Wan Muda, Pengarah JKAS MPK, Zulkifli Tahar dan PK Pentadbiran, Mohamed Yosri Ahmad memegang produk Projek Ecobricks yang dihasilkan oleh SK Seberang Tayor dari bahan kitar semula

Katanya, program ini diketuai oleh guru Penolong Kanan Kokurikulum, Nor Halimah Sa’diah Awang.

“Antara aktiviti sepanjang program ini adalah Pertandingan Kutipan Barang Kitar Sèmula Tertinggi, Pertandingan Hero Alam, Kuiz 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula), Jualan Barang Kitar Semula (Bulanan) dan Mural Penutup Botol Plastik,” kata sumber itu.

Tambahnya, objektif program adala bagi meningkatkan kesedaran sivik murid terhadap kepentingan amalan kitar semula, memupuk nilai tanggungjawab menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

SEBAHAGIAN daripada bahan kitar semula yang dikumpul murid SK Seberang Tayor, Kemaman.

“Pihak penganjur menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti berbentuk kelestarian, menggalakkan kerjasama antara sekolah, komuniti, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi dalam menjayakan amalan hijau.

“Diharapkan program ini dapat memberi kesedaran kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6, guru dan kakitangan SK Seberang Tayor dan komuniti setempat serta ibu bapa terhadap kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar.

“Semoga SK Seberang Tayor terus kekal cemerlang dalam melaksanakan aktiviti kelestarian dan alam sekitar,” ujarnya. – Sinar Timur

Program Saringan Kesihatan Klinik Bergerak Orang Asli dapat sambutan

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman mengadakan Program Saringan Kesihatan Klinik Bergerak Orang Asli Sungai Pergam di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam dan Penempatan Orang Asli Sungai Putih dekat sini hari ini.

Menurut sumber, program dua hari bermula Sabtu dan berakhir hari ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk orang Asli di kedua penemptan tersebut.

Pada program tersebut, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman membuat saringan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di kalangan orang Asli di Sungai Pergam dan Sungai Putih, Kemaman.

PROGRAM Saringan Kesihatan Klinik Bergerak Orang Asli Sungai Pergam di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam, Kemaman.

Katanya. saringan penyakit berjangkit seperti tibi, kusta, yaws dan malaria dan saringan penyakit tidak berjangkit pula seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol, obesiti dan anaemia.

“Selain saringan kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman juga turut memberi ceramah kesihatan kepada penduduk di kedua penemptan tersebut,” katanya.

Katanya lagi, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman sentiasa turun padang memberi penerangan dan membuat saringan kesihatan kepada masyarakat dalam daerah ini dari masa ke semasa. – Suara Timur