MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Oktober 03, 2009

Oh Terengganu tanahairku.

Jika di Padang Indonesia berlaku gegaran kuat yang menyebabkan ribuan manusia hilang dan meninggal dunia akibat bangunan runtuh. Hari ini di Kerteh Terengganu satu bumbung masjid Kg Batu Putih yang dibina pada tahun 2006 dan mula digunakan November lalu telah runtuh yang mengakibatkan saorang cedera parah dan dua orang dirawat sebagai pesakit luar.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Putih, Aziz Idris, 54, berkata masjid yang mula dibina pada tahun 2006 itu berharga RM2.1 juta dan baru sahaja digunakan bulan November tahun lalu.
"Penduduk mulai mengesan kerosakan pada bahagian bumbung itu tiga bulan lalu dan telah melaporkannya kepada pihak berkenaan," katanya.
Katanya, sepatutnya satu majlis pernikahan dijadualkan di masjid itu kira-kira jam 12 tengah hari tadi, namun disebabkan kejadian itu ia terpaksa dijalankan di Masjid Kampung Pengkalan Ranggon. Kejadian berlaku kira kira jam 9,00 pagi.
Pada 2 Jun lalu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Terengganu, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh pagi ini.
Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, melibatkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium berkenaan.

Selasa, September 29, 2009

Dua pemimpin Pemuda Umno Bahagian terbabit dadah perlu letak jawatan.

Dua pemimpin Pemuda Umno bahagian perlu meletak jawatan bagi membersihkan imej pemuda dan umno bahagian dari tercalar. Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya menjadi tauladan yang baik kepada ahli dan juga masyarakat.
Mereka sepatutnya bertanggungjawab membantu pihak berkuasa membenteras najis dadah dikalangan remaja dengan menganjurkan majlis penerangan mengenai dadah musuh negara dan bukannya menjadi penagih dadah.
Berita Harian Online hari ini melapurkan polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

Pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad sudah dijangka.


Pencalonan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini memang sudah dijangka walau pun mendapat tentangan sesetengah pihak.
Pengumuman nama Mohd Isa yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri dan pengumuman calon BN di Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson hari ini.
Umno Bahagian Teluk Kemang pada peringkat awal hanya mencalonkan nama Mohd Isa untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu pada 11 Oktober ini.
Bagaimanapun, selepas diminta pucuk pimpinan parti, dua lagi nama dikemukakan untuk dipertimbangkan sebagai calon BN.
Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 25 tahun. Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang diadakah berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 3 Oktober ini, manakala pengundian 11 Oktober.
Tan Sri Mohd Isa akan ditentang olih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini. Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terbabit dadah

KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah berkenaan jam 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.
"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah. Seorang daripada merekA kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.
Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. - Petikan www.bharian.com.my