MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Jun 28, 2018

HIBS, G3 jayakan program apresiasi penyu

SEBAHAGIAN daripada warga HIBS yang menyertai gotong -royong bersihkan pantai di Kemaman baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

28 Jun 2018 3:53 PM

KEMAMAN 28 Jun - Penyu, haiwan yang suatu ketika dulu cukup sinonim dengan pengenalan negeri ini namun ia semakin berdepan dengan kepupusan dan semakin jarang pula disebut kini.

Sempena Hari Penyu Sedunia baru-baru ini yang tidak begitu disedari umum, sebuah sekolah menengah swasta, Highlands International Boarding School (HIBS), Genting Highlands turut menyahut seruan ke arah  meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar dan pemuliharaan haiwan itu.

Dicetuskan oleh Jabatan Bahasa HIBS yang diketuai Indra Arumugam, usaha yang menarik penglibatan 40 pelajar dari pelbagai negara itu dijayakan bersama Generasi Hijau Genting (G3) di Resorts World Kijal (RWK).

Program turut dihadiri Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Komunikasi Genting Malaysia Bhd. (GMB), Datuk Seri Kay Prakash dan Pengurus Besar RWK, Julia Ter Siew Wha.

Program yang ditaja oleh GMB di bawah tanggungjawab sosial korporatnya diisi dengan ceramah kesedaran di Santuari Penyu Ma’ Daerah dan penanaman telur di pantai RWK di samping gotong-royong membersihkan persekitaran pantai.

“Kegiatan dirangka dalam bentuk yang menggembirakan  pelajar walaupun bersifat mendidik, mereka juga didedahkan dengan usaha yang dilakukan oleh G3 bagi mengawal dan mengekalkan persekitaran dan hidupan yang mempunyai kaitan dengan corak perniagaan syarikat.

“Kami berbangga dan gembira untuk bersama dengan HIBS untuk mendidik pelajarnya tentang koservasi penyu,” ujarnya Kay Praksah dalam satu kenyataan hari ini -UTUSAN ONLINE



Rabu, Jun 27, 2018

Bot Vietnam ditahan berhampiran pelantar

Kapten Maritim, V. Pannir Selvan a/l Veloo menunjukkan sebahagian daripada sotong kering yang dirampas dari bot nelayan asing, di Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE



27 Jun 2018 6:31 PM

KEMAMAN 27 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (MARITIM) menahan sebuah bot Vietnam bersama 20 nelayan yang menceroboh perairan negara ketika sedang menangkap ikan berdekatan pelantar minyak pada pukul 9.30 pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Wilayah Timur, Kepten Maritim V.Pannir Selvan Veloo berkata, tangkapan di lokasi berkenaan pada jarak 140 batu nautika dari timur Kemaman jarang berjaya dilakukan kerana penceroboh mudah lolos ke perairan antarabangsa.

"Kita sering terima aduan daripada pihak pelantar minyak tentang kehadiran bot nelayan asing ini (di lokasi yang dianggap lubuk ikan).. dan apabila kita terus bergerak dan sampai ke lokasi, mereka ini telah melarikan diri tapi kali ini kita bernasib baik.

"Kebiasaan mereka ini akan menghampiri pelantar minyak pada waktu malam untuk menangkap ikan kerana pada waktu malam biasanya kapal Maritim tidak ada di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Maritim Kemaman, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebanyak dua tan ikan campur, dua tan ikan baja dan 400 kilogram sotong kering berserta alatan menangkap ikan yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1 juta.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dikawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran. - UTUSAN ONLINE

Ahad, Jun 24, 2018

Keputusan Pemilihan Sayap Pemuda UMNO Bahagian Kemaman

23 Jun 2018 9:12 PM

Keputusan Pemilihan Sayap Pemuda UMNO Bahagian Kemaman.

Pengerusi Tetap - Md. Amirulizam Md. Mokhtar
Timbalan Pengerusi Tetap - Muhammad Faiz Idris
Ketua - Hashim Ali
Naib Ketua - Mohd Fadini Rahim

Ahli Jawatankuasa
1. Mohd Azizul Walik @ Mokhtar.
2. Mohd Sultamizi Othman.
3. Mohamad Nabil Mohd Nasir.
4. Mohd Hafiz Rajik.
5. Mohammad Norzaidi Ab. Majid.
6. Wan Muhamad Najib Wan Abu Bakar.
7. Mohd Syamsul Kamarudin.
8. Mohd Sufian Mohd Zubir.
9. Hasran Ifwat Harun.
10. Alias Sahak @ Ishak.
11. Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof
12. Muhamad Faizal Salim.
13. Ahmad Takhairi Mohd Hamdan.
14. Khairul Azmir Awang.
15. Che Wan Mohd Zarodi Che Wan Jusoh. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/politik/keputusan-pemilihan-sayap-pemuda-umno-bahagian-kemaman-1.695252

Keputusan Pemilihan Sayap Puteri UMNO Bahagian Kemaman


23 Jun 2018 7:54 PM




Keputusan Pemilihan Sayap Puteri UMNO Bahagian Kemaman.

Pengerusi Tetap - Tuan Norasykin Tuan Ngah
Timbalan Pengerusi Tetap - Nurul Fadila Mohd.
Ketua - Hafizah Zakaria
Naib Ketua - Noor Azizah Mohd Ali

Ahli Jawatankuasa
1. Normah Ismail
2. Nor Hazmira Mat Nasir
3. Noroziana Azizad
4. Hasyuza Ab Hamid
5. Noor Azira Wahab
6. Siti Norzablina Ibrahim
7. Siti Azyrah Ab. Rahman
8. Rosamidaliana Dahalan
9. Siti Nurazila Hanafi
10. Nor Anymee Norden
11. Nur Ainalhanisah Rasli
12. Tuan Nor Aslina Tuan Abd Aziz
13. Nur Asmira Azman
14. Nordiana Mohd Saleh
15. Norliana Ali - UTUSAN ONLINE



Ketua Wanita UMNO Kemaman bertukar selepas 20 tahun

Rosmiza (kiri) bersama Wan Nora. - UTUSAN ONLINE

23 Jun 2018 9:25 PM


KEMAMAN 23 Jun - Rosmiza Mokhtar dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO bahagian sesi 2018/2021 setelah menewaskan pencabarnya, Norzamziah Afzanizam dalam pemilihan hari ini.

Tempat Rosmiza sebelum ini selaku Naib Ketua Wanita UMNO bahagian pula disandang oleh Wan Nora Wan Ibrahim yang menang tanpa bertanding.

Jawatan Ketua Wanita dikosongkan oleh Datuk Rohani Abdullah yang menjawat jawatan itu selama 20 tahun.

Sementara itu, jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian disandang oleh Hashim Ali yang menewaskan pencabarnya, Mohd Zammil Mohd Zuslaini.

Mohd Fadini Rahim pula menewaskan Mohd Hanafi Rahman bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Dalam pertandingan bagi jawatan Ketua Puteri, Hafizah Zakaria menewaskan Tuan Noraishah Tuan Puteh. - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd