MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Februari 17, 2018

Hari Keluarga Rela Kemaman


NUR JAZLAN MOHAMED (tengah) bersama sebahagian anggota Rela dalam Majlis Hari Keluarga Rela Kemaman hari ini. - UTUSAN ONLINE

KEMAMAN 17 Feb. - Lebih 3,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bersama keluarga menyertai Hari Keluarga Rela Parlimen Kemaman di Pantai Teluk Kalong di sini hari ini.

Program julung kali yang diadakan secara besar-besaran itu membolehkan seluruh anggota Rela dan keluarga berkumpul dalam suasana penuh meriah.

Di samping itu dapat merapatkan hubungan mereka di samping mendekatkan lagi jabatan itu dan warganya dengan masyarakat.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman.

Juga Pengarah Rela Negeri, Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela (PPjKR), Abang Zulfikar Abang Raduan; Pegawai Daerah, Mohd Zahari Md Azhar; Ketua Polis Daerah Superinten dan Mohd Said Ibrahim dan Pegawai Rela Daerah, Wan Mohd Apandi Wan Ismail.-UTUSAN ONLINE

Khamis, Februari 15, 2018

Pengedar dadah ditahan di Lubuk Lesung

KETUA Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim menunjukkan kereta yang dipandu suspek terbabas merempuh tebing jalan setelah menghimpit kereta peronda polis yang mengejarnya sejauh kira-kira 30 kilometer. - UTUSAN ONLINE

15 Februari 2018 7:48 PM

KEMAMAN 15 Feb.- Polis menahan seorang pengedar dadah setelah kereta yang dipandunya berjaya dipintas dalam cubaan melarikan diri di Kilometer 31.8, Jalan Jabor-Jerangau berhampiran Kampung Lubuk Lesung dekat sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek berusia 49 tahun itu cedera di bahagian kepala selepas kereta dipandu terbabas merempuh tebing jalan setelah menghimpit kereta peronda polis yang mengejarnya sejauh kira-kira 30 kilometer.

Beliau memberitahu, dalam kejadian pada pukul 1.30 petang, suspek dikatakan dalam perjalanan ke Rompin Pahang memasarkan dadah jenis pil kuda, syabu dan heroin bernilai bernilai hampir RM5,000 yang ditemukan dalam kenderaan.

Sebuah kereta peronda yang sedang melakukan rondaan Ops Selamat 12 telah terserempak dengan kereta Audi A3 dipercayai klon dipandu secara mencurigakan di susur keluar Plaza Tol Jabor dekat sini.

Beliau berkata, kereta di pandu suspek kemudiannya telah memasuki Jalan Jabor-Jerangau dekat sini namun enggan menghentikan kenderaannya apabila diarahkan berbuat demikian.

“Dia sebaliknya memecut dan dikejar selama lebih setengah jam sebelum bertindak nekad menghimpit kereta peronda sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas,” ujarnya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengedar-dadah-ditahan-di-lubuk-lesung-1.610061#ixzz57B6farQQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, Februari 12, 2018

510 murid SEBARU terima bantuan


Awang Tera (lima dari kiri) bersama warga sekolah dan ibu bapa dalam majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KEMAMAN 12 Feb. - Seramai 510 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu (SEBARU) daripada kalangan keluarga kurang berpendapatan kecil menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018, hari ini.

Bantuan bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak itu disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera.

Pemberian BAP ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat termasuk dalam bidang pendidikan. Ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai bantuan untuk pendidikan anak-anak agar mereka dapat belajar dengan sempurna.

"Selebihnya adalah bergantung kepada kemahuan untuk berjaya dalam pelajaran dan mengubah kehidupan," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian bantuan yang berjumlah RM51,000 itu.

Hadir sama, Guru Besar SEBARU, Mohd Asri Abdul Rashid; Pengerusi JKKK Bandar Baharu Bukit Mentok, Zolkifli Mohamad dan Naib Pengerusi PIBG SEBARU, Wan Norsuriya Wan Mokhtar. - UTUSAN ONLINE

Ahad, Februari 11, 2018

Tiga kelab kereta bantu mangsa banjir di Kemaman


Tiga kelab kereta bantu mangsa banjir di Kemaman

10 Februari 2018 2:30 AM


SEBAHAGIAN daripada 40 ahli Kelab Pro-Saga Pantai Timur, Kemaman Sagarianz Community dan Kelab Wira Malaysia yang menyertai program bantuan kemanusian membantu mangsa banjir di Kemaman baru-baru ini.

SUKARELAWAN. Seramai 40 pemilik kereta Proton Saga dari Kelab Pro-Saga Pantai Timur (PSPT) menyertai program bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Pengasas PSPT, Mohd. Danial Arabi berkata, program yang turut mendapat kerjasama daripada dua kelab permotoran iaitu Kemaman Sagarianz Community dan Kelab Wira Malaysia itu sebagai tanda sokongan moral terhadap kesusahan yang dihadapi mangsa yang terlibat dalam musibah banjir pada awal tahun ini.

“Kami berkumpul di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu sebelum bergerak ke rumah mangsa-mangsa banjir berkenaan bagi mengagih-agihkan barangan keperluan seperti beras, gula, kordial minuman dan sardin,” katanya.