MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Julai 03, 2010

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman

Salam Blogger,

Sabtu 3 Julai 2010. UMNO Bahagian Kemaman telah mengadakan mesyuarat agung perwakilan hari ini dirasmikan olih YB Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Bin Hamidi Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Bercakap kepada pemberita selepas perasmian tersebut, Zahid berkata, pada dasarnya jawatan pengerusi perhubungan UMNO di 5 buah negeri akan diisi olih pimpinan negeri. Sekarang ini pengerusi perhubngan UMNO negeri Pulau Pinang adalah Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Zahid, Selangor - Dato' Seri Najib, Wilayah Perskutuan - Tan Sri Muhyiddin, Kedah - Dato' Seri Mohad Shaffie Afdal dan Terengganu - Dato' Seri Hishamudin.

Dalam ucapan perasmiannya Zahid berkata, rakyat negeri Terengganu beruntung dapat pemimpin yang prihatin kepada masalah rakyat dan sentiasa turun padang mendengar masalah rakyat. Beliau juga menasihatkan ahli UMNO supaya tidak melaga2kan pemimpin tentang siapa yang patut menjadikan Menteri Besar Terengganu kerana ini adalah ketentuan ALLAH yang telah memilih Dato' Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu.
Menteri Besar Dato' Ahmad Said pula menegaskan pemimpin UMNO peringkat akar umbi mestilah kerap turun padang berjumpa dengan rakyat walau pun pilihanraya masih jauh supaya rakyat sentiasa rapat dengan pemimpin. Banyakkan aktiviti kemasyaraktan yang dapat mengeratkan pemimpin dengan rakyat.
Sebelum itu Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman En. Rosli Ahmad dalam ucapan aluannya mewkili UMNO Bahagian Kemaman meminta YB Dato' Seri Ahmad Zahid selaku Naib Presinden UMNO paling kanan menyampaikan hasrat UMNO Bahagian Kemaman supaya jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dikembalikan kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said dan mendapat tepuk gemuruh daripada perwakilan menandakan sokongan dengan cadangan tersebut.

Rabu, Jun 30, 2010

Kecelaruan dalam pakatan rakyat.

Salam blogger

Kecelaruan dalam pakatan rakyat semakin menjadi. 18 Jun yang lalu Pengerusi DAP YB Karpal Singh telah membuat kenyataan bahawa kerusi Parlimen Batu perlu diistiharkan kosong ekoran perintah Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM 2000 atau penjara dua bulan terhadap YB Tian Chua dari PKR kerana mengigit saorang anggota polis pada Disember 2007.

Walau apa yang dikatakan olih Karpal itu ada betulnya, tetapi pandangan rakyat seperti ada pergeseran diantara DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Hari ini Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara islam acuan PAS yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Menurut Datuk Nik Abdul Aziz, PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara sumbang yang datang daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat PAS itu, ia adalah pendapat peribadi masing masing.