MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Ogos 05, 2010

Ahmad Said antara 7 penerima darjah kebesaran Terengganu

Salam Blogger

Tahniah kepada YAB Menteri Besar Terengganu diatas anugerah darjah kebesaran ulang tahun Keputraan ke 48 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada istiadat yang berlansung di Istana Maziah Kuala Terengganu hari ini. maklumat lanjut sila klik pautan dibawah.

Berita Harian Online Ahmad Said antara 7 penerima darjah kebesaran Terengganu

Ahad, Ogos 01, 2010

Calon PRU 13?

Salam Blogger,

Saya terbaca tulisan " Dato' Za Za " pada dinding facebook YB. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang di tulis pada 21 Julai lalu yang menyatakan bahawa YB. Dato' Din Adam Adun Bukit Besi Dungun Terengganu akan dipilh semula pada pilihanraya umum akan datang. Masih terlalu awal untuk membuat andaian tentang siapa calun PRU 13. Saya teringat kisah saorang rakan di yang diarah turun padang mendamping ahli parti dan masyarakat 6 bulan lebih awal sebelum parlimen bubar dan tiada percalunan disaat akhir. Akhirnya rakan tersebut merasa malu dipermainkan dan terus meninggalkan parti dan sedikit sebanyak menjejaskan parti. Ada juga yang nama mereka diserahkan olih pengerusi perhubungan kepada presiden dan tidak dipersetujui presiden maka ahli tersebut tiada dalam senarai calun. Serah sahaja pada pucuk pimpinan yang menentukan siapa calun PRU akan datang. Tak salah kita berusaha, tetapi jangan menyimpan harapan yang tinggi. Sekian.
Tulisan "Dato' Za Za" Klik disini.

Rukun Negara dicadang dibaca di setiap majlis rasmi kerajaan. T Muruguah

Salam Blogger

Hari ini Timbalan Menteri di Jabatan Pendana Menteri, Datuk T Murugiah menyarankana agar rukun negara dibaca dimajlis rasmi kerajaan selepas nyanyian lagu negaraku.
Berita Harian Online Rukun Negara dicadang dibacakan di setiap majlis rasmi kerajaan Pada pandangan saya bacaan rukun negara ini patut dilakukan di peringkat pra sekolah lagi. Seingat saya sewaktu saya bersekolah rendah masih ada tulisan Rukun Negara dan Lagu Negaraku di belakang buku tulis yang dijual kepada pelajar. Setiap kali ada pembarisan disekolah kami diminta menyanyikan Lagu Negaraku dan membaca ikrar Rukun Negara. Saya tidak mengetahui bila tulisan itu dihapus. Generasi hari ini tidak tahu mengenai Rukun Negara menyebabkan tiada lagi taat setia pada negara. Sekian.

Warga Emas ditetak olih sekumpulan samseng.

Salam Blogger

1 Ogos 2010. Ampang Jaya. Saorang warga emas maut dan dua anaknya cedera parah akibat ditetak olih sekumpulang samseng kerana menghalang kumpulan itu merekrut 2 orang anak mangsa menyertai kumpulan mereka. Berita lanjut sila lawati Utusan Malaysia Online - Terkini