MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Jun 04, 2011

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dan Suria Janib bersama Haji Mohamad Sabu 14 Jun 1998






Semua diatas adalah realiti dan fakta 13 tahun lalu ketika DS Anwar Ibrahim masih lagi lagi Timbalan Perdana Menteri dan Haji Mohamad Sabu sebagai Ahli Parlimen.

Hari ini DS Anwar Ibrahim berjuang mendaki jawatan tertinggi negara dengan apa cara sekali pun termasuk mendapat sokongan dari rakan rakan berlainan parti.

DS Anwar Ibrahim yang sanggup buat apa sahaja termasuk menjalin hubungan dengan USA dan bangsa Yahudi seperti Paul Wolfowift demi cita citanya menjadi Perdana Menteri.

PAS dan Haji Mohamad Sabu sudah lupa kenyataan diatas. Demi kuasa dan harta akhirnya mereka lalai. Tetapi mereka juga lupa yang kenyataan mereka telah dirakam dalam lembaran kertas yang ditulis olih Ahmad Lutfi Othman dan Suria Janib dari Majalah Tamadum pada keluaran Julai 1998.

Kenyataan diatas juga telah membuktikan PAS dan Haji Mohamad Sabu adalah hipokrit apabila PAS telah menerima dan bergabung dengan DS Anwar sebula selepas pemecatan beliau pada 2 September 1998.

Hari ini Haji Mohamad Sabu telah ditabalkan menjadi Timbalan Presiden PAS yang baru menggantikan Nasharuddin Mat Isa yang tewas dalam pertandingan 3 penjuru pada Muktamar PAS ke 57 di Taman Malewar hari ini.

Senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 2011 / 2013

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersalaman bersama timbalannya yang baru, Mohamad Sabu selepas diumumkan memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2011/2013 selepas menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini.
Foto Sairien Nafis / Berita Harian.

Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru bagi sesi 2011 / 2013 selepas menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau memperoleh 420 undi daripada 1,045 perwakilan yang mengund,i manakala pencabar terdekat, Tuan Ibrahim memperoleh 399 undi dan Nasharuddin hanya mendapat 224 undi daripada perwakilan.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat sesi 2011-2013

Presiden :
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden :
Haji Mohamad Sabu

Naib Presiden :
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Husam Musa

Ahli Jawatankuasa :

1. Mazlan Aliman
2. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
3. Datuk Kamarudin Jaffar
4. Mohamed Hanipa Maidin
5. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
6. Dr. Dzulkefly Ahmad
7. Dr. Mujahid Yusof Rawa
8. Khalid Abdul Samad
9. Abdul Ghani Shamsuddin
10. Ir. Amiruddin Hamzah
11. Abdul Wahid Endut
12. Datuk Abu Bakar Chik
13. Datuk Mohd Amar Abdullah
14. Datuk Dr. Mahfodz Mohamed
15. Dr. Siti Mariah Mahmud
16. Datuk Dr. Hassan Ali
17. Abdul Ghani Abdul Rahman
18. Nuridah Salleh


Kemerosotan undi Cina umpama barah

Petikan Komentar Noor Sulastry Yurni Ahmad


Parti politik melangkaui batasan perkauman kini semakin popular


KEMENANGAN Parti Pesaka Bumiputera (PBB) sememangnya sudah dijangkakan oleh Presiden partinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti yang dinyatakan oleh beliau baru-baru ini dalam media tempatan. Keyakinan beliau yang amat tinggi mengenai kemenangan itu adalah sebuah pendekatan yang positif dalam usaha meningkatkan tarikan pengundi dan penyokong terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.
Namun begitu, dalam aspek yang lain pula, parti lain mengambil langkah yang lebih tangkas untuk memantapkan jentera parti masing-masing bagi memastikan kedudukan mereka terbela dalam pilihan raya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kenyataan mengenai kemenangan besar PBB di Sarawak telah memberikan mesej yang sangat jelas kepada semua parti politik terhadap kedudukan BN dalam arena politik lokal tanah air.

Topik yang sering dikaitkan selepas berakhirnya pilihan raya itu ialah berkaitan dengan peratusan pengundi Cina yang kelihatan merosot setiap kali jumlah peratusan pengundian diperoleh. Ramai penganalisis tempatan dan tokoh politik tempatan menganalisis mengenai kemerosotan ini yang mana fenomena ini sudah menjadi barah dalam sistem politik tempatan.

Pelbagai pendapat dan pandangan diberikan berdasarkan kepada statistik pengundi yang diberikan mengenai situasi ini. Pengecutan jumlah pengundi Cina terutama di kawasan bandar dan tertumpu di kawasan perniagaan. Mengapa ini boleh berlaku?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengeluarkan kenyataan mengenai kehendak pengundi Cina yang kurang dipenuhi adalah antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Ternyata, pandangan beliau ini sedikit sebanyak membuka mata ramai pihak untuk bertindak balas dengan segera sebelum keadaan menjadi parah. Namun begitu, kemerosotan ini bukan suatu perkara baru sehingga menggemparkan dunia politik. Perkara yang membimbangkan ialah mengenai perpaduan politik yang sukar dicapai dalam komponen parti politik BN itu sendiri.

Desas-desus mengenai MCA yang mahu meninggalkan BN juga memainkan peranan terhadap sokongan pengundi Cina yang beralih ‘kasih’ kepada DAP.
Adakah parti MCA dan GERAKAN tidak mampu menyuarakan hasrat masyarakat Cina sehingga mereka terpaksa mencari alternatif terhadap perkara ini atau adakah masyarakat Cina sudah matang berpolitik dan mereka sedar betapa pentingnya hak mereka perlu dipertahankan melalui parti politik? Atau adakah parti politik berasaskan perkauman sudah tidak popular dan relevan dalam konteks politik tempatan dan glokal? Tepuk dada tanyalah selera.

Pelbagai usaha dipergiatkan oleh kepemimpinan BN bagi meraih sokongan masyarakat Cina, termasuk dari segi program dan pelaksanaan kerajaan BN yang sudah, sedang dan akan dijalankan. Namun, kelompok masyarakat Cina masih bersikap dingin dan seolah-olah tawar hati untuk memberikan sokongan padu kepada BN. Isu rasis sudah tidak menjadi masalah pada hari ini oleh kerana tidak mahu membelakangkan sejarah dan perlembagaan, struktur parti politik tempatan yang dibentuk berasaskan kaum pada era sebelum 1957 masih diterima baik oleh semua pihak. Kini, parti politik yang melangkaui batasan kaum menjadi lebih popular. Walau bagaimanapun, konflik yang timbul dalam parti seperti DAP, PKR dan KITA sukar disembunyikan daripada pengetahuan ramai.

Erti kemenangan sesebuah parti politik amat bermakna bagi semua pihak terutama pengundi kerana merekalah juara, raja, permaisuri, majikan dan ketua yang memilih siapa yang bakal memimpin anak bangsa mereka pada masa depan.

Namun begitu, perkara yang dibincangkan di atas tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia sangat signifikan dalam memastikan survival sesebuah parti politik negara. Topik utama yang menjadi fokus kepada perbincangan ini perlu distruktur semula supaya selaras dengan konsep yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Najib iaitu 1Malaysia. Atas platform gagasan inilah, masyarakat Malaysia harus berlatarbelakangkan sejarah dan perlembagaan negara untuk bergerak seiringan bagi membentuk perpaduan nasional.

Perpaduan yang dikatakan ini kelihatan retorik dan mungkin kabur untuk dipastikan kejayaannya tetapi dalam sejarah tempatan, masyarakat boleh bersatu padu demi memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu suatu ketika dulu.
Walaupun ini semua sudah tinggal sejarah, tidak mustahil untuk melakukan perubahan demi kebaikan masa depan anak bangsa dan negara secara keseluruhan.
Penggerak utama kepada perubahan ini perlu dimulakan daripada hubungan dua hala iaitu dari pemimpin kepada rakyat dan pemimpin perlu menerima pandangan rakyat pada masa yang sama supaya hegemoni terhadap masyarakat tidak diperkukuhkan lagi. Pemimpin harus bersikap terbuka untuk menerima perubahan selepas ini kerana kejayaan pada hari ini tidak selamanya akan kekal sehingga akhir zaman.

Penulis ialah panel penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya

Jumaat, Jun 03, 2011

Hina Raja, 14 kes sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah. Datuk Seri Dr Rais

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 30.5.2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama pihak perundangan lain sentiasa mengambil tindakan terhadap pengendali tulisan dalam internet yang menghina raja, agama dan budaya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, 14 kes sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah, "namun ini tidak banyak dilaporkan media."
"Berita yang hina raja, Yang di-Pertuan Agong, agama dan budaya adalah tergolong kepada tindakan yang seharusnya kami ambil bersekali dengan polis dan juga pihak yang bertauliah menjalankan tugas di bawah akta atau undang-undang masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Bernama TV di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jaringan Melayu Malaysia semalam mengenai sikap berdiam diri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pengendali The Malaysian Insider meskipun laporan dibuat terhadap portal berita itu kerana didakwa secara jelas dan sengaja mencetus provokasi perkauman, penghinaan terhadap Raja-raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin negara.

Rais berkata, beliau meminta Peguam Negara memberi beberapa lunas untuk menentukan supaya pihak-pihak ini dikenakan proses pendakwaan dengan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat.

"Jadi secara kategori perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong atau menghina Raja-raja yang lain termasuk kerja menghasut berhubung dengan agama, sedang dalam proses penilaian Jabatan Peguam Negara," katanya.

Rais berkata, ini kerana banyak kes seperti itu diketepikan sahaja di peringkat awal.
"Dan saya sendiri rasakan sudah sampai masanya bahawa lunas undang-undang hasutan, undang-undang mencerca dan memberi berita palsu dan undang-undang yang memberi kesan negatif dari segi undang-undang kerajaan kita, perlu diambil tindakan," katanya.

Rais berkata, beliau memklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mesyuarat kabinet semalam.

"Tinggal lagi perkara-perkara berhubung mensia-siakan nama baik Yang di-Pertuan Agong itu kami ambil tindakan serius...hasilnya kami akan lapor pada ketika yang munasabah.

"Apa yang kami ambil tindakan sebagai lunas undang-undang tidak semestinya diumumkan peringkat demi peringkat," katanya.

Terdahulu ketibaan Rais yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf di Wisma Bernama, disambut Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong serta pegawai kanan lain.

Beliau turut diberi taklimat oleh Hasnul sebelum melawat operasi Bernama TV di tingkat tiga bangunan itu. - BERNAMA


Petikan Berita Harian online 2 Jun 2011

Ahad lalu penulis membuat laporan polis terhadap satu "Fan Page" Facebook yang menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.