
Cukai : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepimpinan UMNO bahagian supaya jangan menipu diri sendiri, kononnya tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus bolih menjelaskan keutuhan parti.
Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shaberi Chik yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
Dalam ucapan perasmiannya Tan Sri Muhyiddin mengucaokan tahniah kepada pimpinan UMNO Bahagian Kemaman kerana berjaya menarik orang ramai menyertai umno. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli parti kerana mempunyai semangat yang tinggi terhadap parti. Sokongan ahli terhadap pemimpin dan parti dapat dilihat dengan begitu ramai ramai kehadiran pada hari ini.
Sebelum itu, dalam ucapan alu - aluan, Datuk Seri Ahmad Said menyeru semua pemimpin turun padang jumpa pengundi sepanjang masa, Jangan jadi seperti peraih durian yang hanya datang waktu musin durian sahaja. Jika kita kerap turun padang jumpa pengundi, akhirnya semasa pilihanraya kita tidak berasa kekok untuk berjumpa mereka.
Dalam pada itu, sehari sebelum berlangsungnya mesyuarat perwakilan, dua perjumpaan berasingan diadakan dalam DUN Air Putih dan juga DUN Cukai. Perjumpaan ini dianjurkan olih calun G 7 dengan perwakilan pemuda cawangan dan mengagihkan kain sapin kepada setiap perwakilan. Jika perkara ini tidak dibendung dari awal, tak mungkin suatu hari nanti para perwakilan ini akan mengugut calun piliharaya agar memberi habuan sebelum mereka memberi undi.
Sehingga berita ini ditulis, penulis difahamkan satu jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyiapkan laporan kepada jawatankuasa pengurusan dan disiplin parti dan juga laporan kepada SPRM.