MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Januari 13, 2018

Eastern Steel beroperasi semula Mei depan

Tengku Putera (tengah) bersama pengurusan ESSB dan sebahagian kakitangan yang akan menjalani latihan industri di China, dalam majlis di kilang ESSB di Kemaman hari ini.-UTUSAN

13 Januari 2018 7:14 PM

KEMAMAN 13 Jan. – Syarikat pengeluar keluli, Eastern Steel Sdn.Bhd. (ESSB) akan membuka semula kilangnya Mei depan setelah harga bahan itu di pasaran dunia yang merudum kini kembali melonjak.

Sebagai langkah awal, ESSB yang bertapak di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini akan menghantar kumpulan pertama seramai 28 orang pekerja anak tempatan untuk menimba kemahiran  di Tangshan di Wilayah Hebei, China selama sebulan.

Ketua Pegawai Operasinya, Tee Choon Hock berkata, ESSB yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan mula beroperasi tahun 2015 hanya mampu bertahan selama setahun .

"Ketika penutupan dahulu, harga pasaran besi dunia sebanyak US250 satu tan metrik, dan sekarang nilai pasarannya telah meningkat satu kali ganda.

"Sepanjang operasi ditamatkan, ESSB sentiasa mencari jalan agar kilang ini dapat beroperasi semula.

"Namun dalam tempoh itu ESSB tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pekerjanya yang tetap diberikan imbuhan bulanan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Latihan Industri ke China dan Operasi Semula ESSB.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Rosman Roslan merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri; Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Johan Ibrahim dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim.

Choon Hock berkata, apabila ESSB menutup operasi buat sementara, ramai yang beranggapan ESSB akan meninggalkan Teluk Kalong.

"Sepanjang penutupan, kami tidak berdiam diri dan pengurusan ESSB pergi ke China bagi mengintai peluang baharu bagi mengembalikan operasi kilang ESSB di Teluk Kalong.


Menurut beliau, ESSB akan terus menghantar sehingga 150 orang pekerja ke China selama sebulan bagi meningkatkan penguasaan teknologi agar mereka berkemahiran yang tinggi.

"Sebelum ini ESSB juga pernah berkerjasama dengan Kolej Universiti TATI (TATIUC) dengan menghantar 19 pekerjanya mengikuti kursus di kolej berkenaan," ujar beliau.

Sementara itu Tengku Putera mengucapkan terima kasih kepada ESSB di atas pembukaan semula kilangnya selepas dua tahun ditutup.

"Dengan kejayaan EESB membuka semula kilangnya akan meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negeri dan selain terus membuka peluang pekerjaan.

"ESSB tetap menjaga kebajikan pekerja, dan telah membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk tempuh 20 bulan bagi membayar gaji walaupun kilangnya ditutup," ujarnya.

Beliau juga berterima kasih kepada ESSB yang berusaha memberi pendedahan kepada anak negeri melalui peluang menimba ilmu di China.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/eastern-steel-beroperasi-semula-mei-depan-1.589777#ixzz54429XJ6C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KOSMO! 13 JANUARI 2018 MUKA SURAT 17


Khamis, Januari 11, 2018

Hasrat mengadakan majlis perkahwinan lebur



SISA peninggalan rumah Taksiah yang musnah dalam kebakaran di Bandar Seri Bandi Kemaman awal pagi ini.-UTUSAN



TAKSIAH bersama anaknya, Norihah.-UTUSAN

TAKSIAH bersama anaknya, Norihah.-UTUSAN
11 Januari 2018 3:52 PM


KEMAMAN 11 Jan. - Hasrat seorang ibu tunggal untuk mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya bulan depan mungkin turut lebur apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Bandar Seri Bandi dekat sini awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Taksiah Ismail, 54, bersama dua anak berada di rumah anak lelakinya di Kempas Johor.

Perkhabaran buruk itu diterima setelah dihubungi adiknya Hapisah, 45, yang tinggal bersebelah bersama empat orang anak di rumah peninggalan arwah suaminya.

“Segala persiapan perkahwinan anak saya Norihah Ibrahim, 21, turut hangus,” ujarnya yang ditemui sejurus tiba di dari Johor tengah hari ini.

Sementara itu, Hapisah memberitahu, ketika kejadian, dia dan anak-anak yang sedang tidur dikejutkan oleh  bau asap dan mendapati api sedang marak sebelum keluar menyelamatkan diri.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, Zuhaida Harun berkata, pihaknya memberi bantuann awal kepada mangsa berupa makanan, pakaian, selimut dan tikar.

“Kesemua mangsa akan ditempatkan di balai raya buat sementara waktu sebelum mereka mendapat tempat tinggal yang lebih selesa,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE


UTUSAN MALAYSIA 11 JANUARI 2018 MUKA SURAT 27


Selasa, Januari 09, 2018

Bahu jalan Jerangau-Jabor jadi pusat pembuangan sampah


09 Januari 2018 5:35 PM

KEMAMAN 9 Jan. - Bahu jalan Jerangau - Jabor berhampiran kawasan penempatan Taman Sri Perasing, Perasing Jaya kini turut dijadikan kawasan pembuangan sampah sarap yang dipercayai sisa kerja-kerja industri dari kawasan Gebeng, Kuantan.

             MUSA
Sikap tidak bertanggungjawab yang memberi gambaran menjelekkan ini mula menimbulkan keresahan penduduk setempat, dan mereka berharap pihak berkuasa tidak membiarkan keadaan ini berterusan.

Mereka menggesa langkah segera diambil dengan bertindak tegas terhadap pihak yang terbabit untuk dijadikan pengajaran agar tidak mengambil langkah mudah membuang sampah sarap sewenang-wenangnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perasing Jaya, Musa Mohd Amin, 56, berkata, timbunan sampah sarap terutama sisa kayu dan tanah dapat dilihat di bahu jalan dari Kawasan Perindustrian Gebeng menuju Felda Neram Satu berhadapan Taman Sri Perasing, dekat sini sejak kebelakangan ini.

Katanya, laluan itu merupakan laluan utama bagi penduduk beberapa buah kampung termasuk kampung Seratus, Tengah, Padang Lalang, Felda Neram 1 dan Perasing Jaya ke kawasan perindustrian Gebeng dan Kuantan setiap hari.

"Memandangkan sekarang masih lagi musim hujan, perbuatan membuang sampah di bahu jalan ini bukan sahaja menyakitkan pandangan dan mencemarkan persekitaran, malah dengan air bertakung, mudah membiakkan nyamuk.

"Sepatutnya mereka membuang sampah tersebut di tempat pelupusan sampah yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan yang tak berapa jauh dari kawasan perindustrian itu," ujarnya hari ini. - UTUSAN ONLINE


Isnin, Januari 08, 2018

40 murid miskin Kemaman terima bantuan persekolahan EPIC

08 Januari 2018 3:00 AM


SEBAHAGIAN daripada 40 murid yang menerima bantuan persekolahan bergambar bersama pihak pengurusan EPIC Berhad di Mesra Mall, Kemaman baru-baru ini.

PRIHATIN. Seramai 40 murid sekolah rendah daripada golongan kurang berkemampuan daerah Kemaman menerima bantuan persekolahan daripada anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi EPIC, Wan Shukri Mohammad berkata, pemberian bantuan persekolahan tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat bagi meringankan beban keluarga murid terlibat.

“Setiap murid itu menerima pakaian seragam, beg sekolah, buku dan alat tulis yang dianggarkan bernilai RM500. Mereka juga dibawa beriadah di Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/komuniti/40-murid-miskin-kemaman-terima-bantuan-persekolahan-epic-1.586246