MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Jun 20, 2009

Pemimpin Umno Terengganu dilantik esok

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengumumkan pelantikan barisan kepemimpinan Umno negeri pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri itu, di Kuala Terengganu, Ahad ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno, pertama kali mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan negeri berkenaan selepas dilantik menggantikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pada April lalu.

Hishammuddin dijangka membuat pengumuman pelantikan setiausaha, ketua penerangan dan bendahari perhubungan serta ketua Umno bahagian.

“Saya akan mengadakan mesyuarat perhubungan Umno Ahad ini dan mengumumkan pelantikan pegawai pun pada Ahad ini di Terengganu. “Ada dua perkara yang saya bertanggungjawab, perhubungan Umno Terengganu dan soal pindaan perlembagaan yang akan dilaksanakan pada peringkat akar umbi,” katanya.
Petikan http://www.bharian.com.my 20 / 6 / 09

Undi BN boleh masuk syurga juga: Muhyiddin

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.
"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan. Beliau berkata, justeru penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.
"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya. Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat. - Bernama
Petikan bharian online 19/6/09

Khamis, Jun 18, 2009

Kenapa Susah Sangat Bersatu?

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai keikhlasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan kerajaan perpaduan memperlihatkan sikap terbuka yang diamalkan Presiden UMNO itu dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.

Katanya, beliau tidak pernah menolak segala bentuk kerjasama yang akhirnya membawa kebaikan kepada rakyat dan negara ini.

Dengan kerana itulah Perdana Menteri telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia yang akhirnya dapat membina satu bangsa negara yang maju, berdaya saing serta mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Manakala dalam konteks ajaran Islam itu sendiri menganjur umatnya supaya bersatu padu dan jangan sekali-kali berpecah-belah. Bahkan Allah SWT telah berulangkali mengingatkan di dalam kitab sucinya, perpecahan pasti akan membawa kepada kehancuran.
Bagaimana mungkin kesucian dan kedaulatan agama Islam dapat dijaga dan terus terpelihara jika umat yang mendokongnya sentiasa berada di dalam perpecahan?
Kesan dari perpecahan itu juga secara langsung akan menjadikan kita umat yang lemah dan mudah digugat serta diperhinakan oleh orang lain. Oleh sebab itu, adalah amat penting sekali bagi masa hadapan dan kelangsungan umat Islam ianya terletak pada perpaduan. Jelas ini merupakan ikatan dan nadi kekuatan.
Tetapi, bagaimana pula boleh timbul pula segolongan orang yang berfikir dan menganggapkan bahawa soal perpaduan ini tidak begitu penting?
Ada setengahnya pula yang sengaja menimbulkan isu-isu tertentu, walaupun mereka tahu ia akan membawa kepada perpecahan umat. Yang diutamakan oleh mereka ini ialah populariti dan sanjungan oleh satu-satu golongan.
Tindakan mereka itu amat jelas terkeluar dan lari daripada prinsip-prinsip pokok dan ajaran Islam yang menyuruh kita bersatupadu dan melarang berpecah-belah.
Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa kecemerlangan yang telah dicapai oleh umat Islam di zaman Rasullullah SAW dahulu adalah disebabkan mereka bersatu dan tidak berpecah-belah.
Perpaduan umat Islam ketika itu jelas kelihatan melalui sambutan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh golongan Ansar di Madinah kepada orang-orang Muhajirin yang berhijrah ke kota itu.
Perpaduan yang berteraskan pengorbanan, takwa dan iman inilah yang melahirkan suatu umat yang kuat dan teguh, yang dapat membangun dan memperluaskan agama dan negara Islam ketika itu, serta dapat memberi sumbangan yang besar kepada tamadun manusia.
Usaha bagi memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam. Bukan sahaja ahli politik, malahan golongan alim ulamak dan cendikiawan Islam perlu bekerjasama serta memberikan pandangan yang positif bagi mengatasi masalah yang dihadapi kini.
Justeru, sukar benarkah untuk menerima perpaduan?
Petikan http://umno-online.com/ 17/6/09

Rabu, Jun 17, 2009

Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri Kemaman 2009

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi ucapan pada
Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman 2009

Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri Kemaman dan Penyerahan Borang Dana Bakti Remaja 2009 diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Keamaman pada 16 Jun 2009 telah di sempurnakan olih Menteri Besar Terengganu YAB Datuk Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
Sebahagian Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman
yang hadir ke Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman.

Datuk Ahmad Said mengumumkan sebanyak RM 2.7 Juta akan diagihkan kepada Remaja Daerah Kemaman bagi Dana Bakti Remaja 2009. Beliau juga turut menyentuh tentang kutipan tandatangan yang dilakukan olih parti PAS dipasar Kemaman beberapa hari yang lalu bagi mendesak kerajaan membatalkan hasrat untuk membina jambatan Bukit Kuang yang baru.

Menurut Ahmad, kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi membina jambatan baru yang lebih besar dan tinggi 15 meter. Kerajaan juga telah menerima pelabur bagi membina 3 buah kilang besi di Kawasan Perindustrian Telok Kalung. Kerajaan Terengganu juga akan membuat "Terusan" bagi memudahkan "Tongkang" memindah barangan dari kilang terus ke Pelabuhan Kemaman.
Bandar Baru Kijal akan dijadikan Bandar Tekstil bagi memudahkan orang ramai negeri pantai timur terutama peniaga tekstil dapat membeli tekstil dengan harga murah tanpa lagi pergi ke Kawasan Perindustrian Nilai 3 Negeri Sembilan dan Tangkak Johor. Sebanyak 42 unit kedai tekstil akan dibuka tak lama lagi di Bandar Baru Kijal.
Menurut Ahmad lagi, kerajaan negeri bercadang membina pusat pelancongan yang lebih menarik di Tasik Kenyir bagi menarik para pelancong datang ke negeri Terengganu. Zoo Bukit Takal Kemaman juga akan dijadikan zoo terbesar di Malaysia dan sekarang ini kerajaan telah meluluskan tanah seluas 38 ekar.
Kerajaan negeri juga bercadang membina Institut Jantung di Kemaman bagi memudakan orang ramai memeriksa jantung tanpa lagi pergi ke Institut Jantung Negara.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemuda UMNO Kemaman kerana telah berjaya menubuhkan Kelab Pemotoran Daerah Kemaman dengan kerjasama Rakan Muda dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman.
Terdahulu Ketua pemuda UMNO Bahagian Kemaman Mohd Hisham Zubir dalam ucapannya memberitahu bahawa perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan Datuk Ahmad Shabery Chik sebagai Menteri Belia dan Sukan adalah ketentuan Illahi yang tak harus dipertikai. Beliau juga mengumumkan seramai satu ribu belia telah mendaftar sebagai ahli Kelab Pemotoran Daerah Kemaman.

Isnin, Jun 15, 2009

Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz, Anwar dan Chin Peng


Salam Blogger,

Sekarang ini ramai yang berbicara tentang penubuhan kerajaan perpaduan yang diidealkan olih DS Hadi Awang. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah termasuklah Karpal Singh dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz. Tetapi tidak pula kedengaran bantahan dari mereka berdua tentang DS Anwar mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng pulang ke Malaysia.


Pada anggapan saya, Bagi Nik Aziz UMNO lebih bahaya dari Komunis. Jika kerajaan perpaduan dapat diwujudkan, Nik Aziz bimbang masa depan politiknya gelap. Nik Aziz lebih suka jika umat melayu islam dalam keadaan terumbang ambing kerana ia bolih menjadi modal politik beliau. Jika melayu islam dah bersatu, susah sikitlah nak ceramah, sebab semuanya dah jadi baik belaka.


Sebenarnya dalam berdakwah tak mengira masa, jika semua dah bersatu, maka mudahlah kita nak menyampaikan dakwah dan sebagainya. Usahlah Tuan Guru takut dengan kerajaan perpaduan, andaikata kerajaan perpaduan dapat diwujudkan, Tuan Guru mungkin ada tugasan juga bagi menjaga perpaduan.


Berbalik pada cerita Chin Peng, diharap kerajaan lebih peka dengan nasib bekas perajurit yang terkorban dan cedera semasa mempertahankan tanahair dari ancamam komunis. Walau pun Chin Peng telah tua dan komunis telah letak senjata, tetapi idealogi komunis masih menebal dalam jiwa ahli ahli komunis. Idealogi ini telah meresap kedalam segelintir rakyat Malaysia hinggakan sanggup mencadangkan kepada kerajaan supaya Chin Peng dibenarkan pulang.


Akhbar Harakah 5 - 7 Jun 2009 muka surat N12 ruangan Kolumnis tulisan Mohamed Hanipa Maidin telah menulis telah menceritakan bahawa beliau ada membaca buku buku tulisan Chin Peng dan juga Rashid Maidin serta Abdullah CD ( " Memoir Abdullah CD ).

Penulis juga menceritakan komunis juga mempunyai semangat yang tinggi menentang penjajah dan juga anggota parti Chin Peng seperti Abdullah CD telah berjaya mengislamkan anggota wanita PKM iaitu Eng Ming Ching yang kemudiannya berkahwin dengan beliau dan menggunakan nama islamnya sebagai Suriani Abdullah.


Saya akui buku buku tulisan bekas anggota PKM banyak menceritakan perjuangan menentang penjajah hanya dalam Bab 1 dan Bab 2 sahaja, Bab yang seterunya penulis bekas anggota PKM menulis supaya anggota baru atau pemuda komunis meneruskan perjuangannya melalui idealogi sepertimana tulisan saya yang terdahulu yang bertajuk " Chin Peng dan Idealogi komunis yang masih subur ". Mengapa perlu kita agung agungkan Chin Peng dan komunis? Ianya hanya ingin mencari populariti dalam politik yang semakin kabur.

DS Anwar Ibrahim telah kehabisan modal bagi meraih simpati dikalangan orang melayu, maka beralih kepada bekas anggota PKM. Bagi saya apa yang diperkatakan olih "Brother" Anwar adalah hanya cakap politik yang tak perlu masuk dalam kepala, ini kerana janji Brother Anwar tahun 2008 masih lagi belum tertunai iaitu mengambil alih pertadbiran kerajaan pada 16 September, Hanya 90 hari lagi, maka genaplah kegagalan Brother Anwar satu tahun untuk memenuhi cita citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat tak perlu bimbang dengan Brother Anwar kerana Brother Anwar hanya pandai cakap politik dan pandai dalam kertas kerja, tapi pelaksanaannya kosong. Saya pernah baca buku tulisan Kamaruzaman Yaakob yang judulnya " Bersama Anwar Ke Penjara" . Buku ini banyak tersebar pada tahun 1998 selepas Brother Anwar dipecat olih Dato' Sri Dr Mahathir.

Saya melihat Brother Anwar pakar dalam pencaturan politik apabila Brother Anwar mencabar Gafar Baba dalam pemilihan UMNO 1993 bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dengan mewujudkan Team WAWASAN bersama Dato Sri Najib, Tan Sri Muhyidin, Tan Sri Muhamad Mohd Taib bagi jawatan Naib Presiden dan Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi jawatan Ketua Pemuda. Apabila Tan Sri Rahim diminta cuti dari memegang jawatan dalam UMNO, kemana Brother Anwar masa itu? Apabila Tan Sri Muhyidin tewas pada tahun 1996 apa yang Brother bantu ? Apabila Brother dipecat, seluruh negara Brother Anwar buat road show sampaikan artis susah nak cari makan kerana rakyat menonton road show percuma Brother Anwar.

Kepada Menteri Dalam Negeri Dato Sri Hishamudin dan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib dapat mengekalkan keputusan kerajaan supaya Chin Peng diharamkan memasuki tanah Malaysia yang tercinta.