MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Februari 19, 2018

APMM gagalkan cubaan 3 bot nelayan Vietnam kaut 1.5 tan hasil laut negara


19 Februari 2018 7:13 PM

Simon Templer Lo (duduk, dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada hasil laut negara yang cuba dilarikan nelayan Vietnam semalam.

KEMAMAN - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan 1.5 tan hasil laut bernilai RM2.5 juta daripada dikaut secara haram oleh tiga bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Terengganu semalam.

Dalam Ops Perkasa Timur yang diadakan selama kira-kira enam jam berakhir pada pukul 3 petang tersebut, sebanyak 4,000 liter minyak diesel dari ketiga-tiga bot nelayan asing itu turut dirampas.
Timbalan Pengarah Maritim Terengganu, Simon Templer Lo berkata, kapal peronda APMM berjaya mengesan ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu sewaktu sedang mengadakan rondaan pada kedudukan kira-kira 123 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

Beliau berkata, sewaktu ditahan, kesemua awak-awak bot nelayan asing berkenaan yang dipercayai baru dua jam tiba di lokasi terbabit sedang leka menaikkan hasil laut terbabit yang telah dituba sebelum itu.

"Mereka menggunakan modus operandi menyamar kononnya nelayan tempatan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Terengganu untuk mengaburi mata pihak berkuasa tetapi gagal.

"Kesemua 40 nelayan merangkumi tiga tekong dan 37 awak-awak warga Vietnam berusia dalam lingkungan 18 hingga 52 tahun terbabit berjaya ditahan dalam operasi terbabit," katanya pada sidang akhbar di Pengkalan Maritim Kemaman dekat sini hari ini. - K! ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.