MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mei 23, 2009

Shabery Chik tidak setuju gelaran samseng jalanan

SEREMBAN 23 Mei — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak bersetuju istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan gelaran mat rempit untuk merujuk kepada penunggang motosikal yang berlumba secara haram di jalan raya dan turut berkelakukan ganas.
“Gelaran samseng jalanan agak keterlaluan. Hanya segelintir sahaja dari mereka di kalangan mat rempit yang terlibat dengan jenayah manakala sebahagian besar lagi hanya anak muda biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata istilah mat rempit perlu ditukar kepada samseng jalanan di samping dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori kepada golongan ini.
Gelaran samseng jalanan lebih sesuai kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan itu boleh mengancam nyawa orang lain, katanya.

Ahmad Shabery berkata fenomena merempit merupakan satu ledakan budaya yang berlaku di mana-mana negara seperti yang dipaparkan dalam filem hollywood seperti Tokyo Drift dan The Fast and the Furious. “Keadaan ini sama dengan senario yang berlaku pada 80-an apabila masyarakat menentang budaya kumpulan motosikal scrambler dan tarian breakdance,” tambahnya.

Namun Ahmad Shabery tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan mat rempit yang dikatakannya memang sengaja mencari nahas kerana tidak mahu berlumba di tempat yang sudah disediakan. “Mereka ini bukan berminat hendak berlumba secara betul. Kalau betul mereka serius nak aktif, mengapa tidak tubuh persatuan atau masuk persatuan lumba motor yang sedia ada,” katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa melihat kepada akar masalah ini iaitu peranan ibu bapa kerana banyak motosikal yang dipakai oleh remaja mat rempit merupakan milik ibu bapa mereka.
— BERNAMA
Petikan http://www.utusan.com.my/ 23/5/09

Bekas tentera bantah jika Chin Peng dibenar kembali

KOTA BHARU 23 Mei — Lebih 200,000 bekas tentera tidak bersetuju sekiranya bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Mohamad Abdul Ghani.
Beliau berkata sekiranya kerajaan membenarkan bekas pemimpin parti komunis itu kembali, ini bermakna kerajaan dilihat sudah melupakan keganasan Chin Peng yang membunuh ramai anggota tentera ketika itu.

Beliau turut membayangkan bahawa pemimpin itu merupakan punca yang menjadikan lebih 3,000 anggota tentera cedera dan terbunuh.
“Saya masih ingat darah anggota pasukan keselamatan negara yang tidak berdosa mengalir di bumi sendiri angkara kekejaman komunis membunuh dan mencederakan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Mohamad berkata pengalaman menentang komunis sukar dilupakan malah kegiatan musuh negara itu menyebabkan ramai ibu menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim piatu.
“Saya bagi seluruh warga tentera dan yang sudah bersara membantah kemasukan semula Chin Peng ke dalam negara sekalipun penjenayah itu sudah tua,” katanya
Petikan www.utusan.com.my 23/5/09

Kit Siang: DUN Selangor tak wajar gantung Khir Toyo

KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian.

Lim Kit Siang, tokoh veteran DAP berkata, DUN boleh menggantung ahli-ahlinya daripada menghadiri sidang dewan kerana melanggar keistimewaan, tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana ahli DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri. "Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata menggantung anggota dewan negeri kerana melanggar hak keistimewaan adalah hukuman wajar. Pada 19 Mei, jawatankuasa berkenaan mendapati Khir (Adun Sungai Panjang) dan empat ahli DUN lain daripada Barisan Nasional (BN) didapati bersalah menghina dewan itu. Jawatankuasa itu memperakukan Khir digantung selama setahun dari menghadiri sidang dewan tanpa elaun dan keistimewaan kerana gagal menghadiri siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) pada Mac.

Siasatan itu ialah mengenai perbelanjaan dana agensi negeri, Balkis - Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor. Khir didapati bersalah atas tiga tuduhan lain membuat kenyataan menghina dan negatif mengenai Selcat dalam media dan di blognya. Adun lain BN yang didapati bersalah menyelar Selcat di media dan diperakukan digantung selama enam bulan tanpa elaun dan keistimewaan ialah Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil). - Bernama
Petikan www.bharian.com.my 23/5/09

Calon Bebas akan dedah bukti PKR tawar ganjaran supaya tarik diri

BUKIT MERTAJAM: Calon Bebas, Aminah Abdullah, berkata beliau akan mendedahkan bukti bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Aminah, 57, tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu. "Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihan raya ini," katanya selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.

Aminah yang akan menggunakan simbol kunci pada pilihan raya kecil ini, berkata baginya simbol itu adalah sesuatu yang simbolik kerana ia melambangkan kunci kepada pendedahan kepincangan pakatan pembangkang. Beliau adalah bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang turut menafikan beliau ditaja oleh Umno untuk bertanding.

Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, berkata beliau mensasarkan memperoleh kira-kira 6,200 undi pada pilihan raya kecil itu.
"Pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebelum ini saya dihimpit dua calon hebat dan kali ini saya harap dapat mencapai angka ribu (undi)," katanya yang menggunakan simbol payung. Katanya, beliau akan mula berkempen hari ini dari rumah ke rumah dan mengadakan sesi dialog dengan orang ramai. "Saya dalam proses menubuhkan Parti Iman SeMalaysia dalam tempoh terdekat," katanya.

Seorang lagi calon, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, berkata keputusan beliau bertanding adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan terbabit dengan mana-mana kempen berbentuk debat kerana ia membawa kepada situasi politik kurang sihat.
"Fokus kempen kita adalah dari rumah ke rumah sebagai cara saya mendekati rakyat," katanya yang menggunakan simbol wau bulan.

Sementara itu, calon PKR, Mansor Othman, 59, berkata beliau yakin memang pilihan raya kecil itu. "Kita punya jentera pilihan raya dengan bantuan DAP dan Pas akan membantu dan kita yakin mampu menang pilihan raya ini," katanya. Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin. - Bernama
Petikan http://www.bharian.com.my/ 23/5/09

Jumaat, Mei 22, 2009

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya diAmerika.
Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selainbelajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masukIslam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu punmemenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk disalah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,
'Di tengah kita adaseorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.'
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?' Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yangterdapat di wajahmu.' Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannyauntuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. '
Si pemuda tersenyum dan berkata,'Silakan!'Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.''Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apayang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yangberdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah dengan tanpa ayah dan ibu!' 'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?' 'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari? 'Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami). '(Al-Isra': 12).-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.menciptakan makhluk.-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmudi atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepadaNabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'(Al-Baqarah: 60).-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusufditambah dengan ayah dan ibunya.-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktuSubuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayahkami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suaraKeldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim..Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'(Al-Anbiya':69).-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan,Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. 'Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. 'Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.
Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

**NOTA:
Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahamiisi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan danmenjawab pertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristiantahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah.
Kerana itu(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datangmembisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalamIslam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak.
Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahumengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dankedudukan duniawi.
Wallahua'lamsemana kaya atau besar...tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!! !!!

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam



Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara perib ad atannya hampir samadengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabayaitu bergegas sholat.

Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.
Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib.
Mereka adalah jamaah Kristian Ortodokkristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.
Bukan sajaasalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacaraperib ad atannya nyaris sama. Tengoklah saat mereka sholat.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah, juga memakai bahasa Arab.
Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.

Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kalisehari,
penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.
Mereka menyebutnya:sa'atulawwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa.
Puasa wajib bagi orangIslam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan.
Sedang pad a Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.
Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis,
pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat.
Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru....
jadi berhati2 laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok..... hebah kan laaa pada kawan2kiter...
Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....
Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli......dan digantung di rumah kita.
Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR...............
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mailini...
Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.....
Jangan terpedayapada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...tengok keseluruhan.
Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Bible

wallahualammm

Nizar akur tapi akan kemuka rayuan

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh terdekat. "

Saya akur dengan keputusan ini dan pihak saya akan membuat permohonan ke Mahkamah Persekutuan agar kes ini dapat dirujuk ke mahkamah berkenaan untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Petikan www.bharian.com.my 22/5/2009

UMNO Terengganu sepakat - Hishammuddin

PUTRAJAYA 21 Mei - Semua pemimpin dan ahli UMNO Terengganu sepakat untuk meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan melupakan segala perselisihan yang mungkin tercetus selama ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pandangan tersebut disuarakan dalam pertemuan antara beliau dengan semua Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu malam tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berpuas hati kerana semua pihak bersetuju supaya sebarang persepsi mengenai perpecahan dalam UMNO Terengganu dihapuskan segera.
''Alhamdulillah, semua pihak sedar bahawa kepentingan parti dan negeri diberikan keutamaan.
''Persepsi sama ada benar atau tidak berlaku perpecahan dan wujud puak-puak tertentu dalam parti perlu dikikis," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan UMNO di sini hari ini.
Semalam, barisan kepimpinan UMNO Terengganu termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar dan ADUN Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh mengadakan pertemuan buat pertama kali di sini.
Menurut Hishammuddin, semua pihak juga bersetuju bahawa matlamat perjuangan parti hanya akan tercapai sekiranya UMNO terus berpegang kepada perkara-perkara pokok seperti kesetiaan kepada raja, akur kepada pucuk pimpinan dan negara serta mengutamakan masa depan rakyat.
''Saya mengarahkan mereka supaya dalam masa terdekat turun ke bahagian masing-masing dan sampaikan mesej ini kepada akar umbi.
''Ini merupakan titik permulaan kepada penyusunan dan merapatkan semula barisan di Terengganu sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," ujarnya.
Petikan www.utusan.com.my 22/5/09

Adun Pas Manik Urai meninggal dunia


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan sejak bulan lalu. Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.
Ismail yang mewakii Pas mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim. Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai. Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. - Petikan Berita Harian Online 22/5/09

Al Fatihah untuk Allayarham Ismail Yaacob Adun Manik Urai Kuala Krai Kelantan.
Takziah diucapkan kepada balu beliau Siti Zaharah Ibrahim dan keluarga.
Allahyarham adalah saorang adun yang baik serta sentiasa mengambil berat terhadap rakyat dalam kawasan Dun Manik Urai tanpa mengira kira ugama, bangsa dan fahaman politik.

Zambry syukur keputusan Mahkamah Rayuan


SLIM RIVER: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan menerima permohonan beliau mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Beliau juga menyifatkan keputusan itu sebagai "kebenaran telah tiba".

Berita Sebelum ini
Zambry kekal MB Perak

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Persidangan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Raus Mohd Shariff bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, sebulat suara membuat keputusan itu selepas meneliti hujah lisan dan bertulis dikemukakan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah serta celahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Petikan Berita Harian Online 22/5/09

Apabila dah berkuasa...2 x 5...mereka sebat juga

"Pernahkah kita terbayang Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati," itulah soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam temubual SIRI AKHIR dengan Agendadaily. Beliau membangkitkan perkara tersebut bagi menggambarkan betapa perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan, hanya retorik sebelum berkuasa. "Apabila dah berkuasa dua kali lima saja," katanya. Malah beliau turut menyatakan sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri Perak, agenda perjuangan yang dilaungkan selama ini tidak nampak pelaksanaannya. "Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah saja ," katanya
Selain penguasaan Ngeh dan Nga dalam Exco dan mainan politik PKR, apakah punca YB bertindak tinggalkan kerajaan campuran pakatan pembangkang?
"Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan. Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan. Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kira ini dah keterlaluan. Mana pernah berlaku sebelum ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghormatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja".
Sejak sertai PKR dulu hingga sekarang, adakah YB menduga ini akan berlaku akhirnya?
"Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. ini perjuangan kita bersama selama ini. Tapi apabila dapat bentuk kerajaan sebagai sebuah pakatan, itu juga yang berlaku. Serupa sahaja. Maknanya hanya nak rebut kuasa. Apabila dah berkuasa sama saja, serupa saja. Cuma lebihnya PKR dia dah dekati rakyat dari dulu lagi, Jadi kalau ada orang kata PKR tak betul, rakyat susah nak percaya. Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah."
YB sebut soal ‘sama je bila dah memerintah’ apa yang YB maksudkan
"Seperti saya jelaskan, isu utama saya keluar kerajaan pakatan pembangkang ini kerana Nizar tak jaga kepentingan Melayu. PKR pula ada konspirasi nak jatuhkan saya. Kalau kata saya keluar kerana wang ringgit, lama dah saya keluar. Selepas pilihan raya umum 2008 saya dah keluar dah kalau saya nak duit. Selain itu saya lihat soal-soal salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka pun sebat juga. Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng. Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan. Tanah kerajaan tak perlu dibawa mesyuarat, MB sahkan sahaja. Akhirnya kawasan itu diberikan kepada orang lain tanpa dibawa dalam mesyuarat pun. Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat katanya. Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat... kamu buat tak benda itu?. Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali. Apa yang saya lihat dalam masa saya banyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR. Dia bagi balak kepada mereka. Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan. Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.
Bagaimana sambutan orang Behrang kepada YB selepas jadi ADUN Bebas?
Saya di Behrang, Alhamdulilah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakat Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja. PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur. Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat perisytiharan beramai-ramai keluar PKR. Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang yang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri. Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang. Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ke tangan pembangkang. Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO. Cuma bagaimana dengan sikap orang bukan Melayu. Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhannya. Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu. Jangan kita bakar UMNO tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu. Cuma orang UMNO janganlah sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu. Salah UMNO pun ada, pimpinan tidak turun ke bawah. Pimpinan UMNO di Cawangan tidak mesra rakyat. Sekat orang yang hendak masuk UMNO…semua ini sebabkan orang makin jauh dengan UMNO. Saya sampaikan ni semasa kami semua jumpa Datuk Seri Najib bagi nyatakan sokongan kepada BN. Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan mereka beri sokongan kepada pembangkang. Itu saja," katanya mengakhiri temubual. - 21/5/2009 Petikan http://www.agendadaily.com/

Rabu, Mei 20, 2009

Hishamudin jumpa Adun Terengganu

Salam Blogger

Sejak saya menulis tentang ucapan perasmian berkelompok mesyuarat agung Umno Bahagian Kemaman dua hari yang lalu, saya ada menerima panggilan telefon daripada rakan rakan yang mengatakan ucapan Datuk Ahmad Said tidak kena pada tempatnya. Ada yang mengatakan sepatutnya Datuk Ahmad Said tidak mengungkit apa yang telah berlaku dalam Umno Terengganu jika mahu melihat Umno tidak berkrisis sesama sendiri.

Dalam ucapan tersebut, Datuk Ahmad Said mengatakan yang beliau tidak mahu menjawab tuduhan dan fitnah terhadap beliau didalam akhbar olih kerana tidak mahu ahli Umno dan rakyat mengetahui krisis dalaman Umno, tetapi dengan mendedahkan dalam ucapan perasmian tersebut maka ahli Umno juga mendapat maklumat dari Datuk Ahmad Said sendiri secara langsung.

Rakyat sudah jemu mendengar krisis dalaman Umno yang telah banyak kali berlaku sehinggakan wujudnya Parti Melayu Semangat 46 pimpinan YB Mulia Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah suatu ketika dahulu dan tertubuh pula Parti Keadilan Rakyat pimpinan Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Bila krisis dalaman Umno berlaku, pihak pembangkang mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku. Rakyat mahu mendengar apa yang pemimpin bolih lakukan demi masa depan mereka dan generasi selepas mereka. Rakyat mahukan peluang perkerjaan yang banyak bagi mereka. Rakyat mahukan pembangunan insfratuktur yang lebih baik dari sekarang. Rakyat sudah serik berkerajaan olih parti pembangkang. Datuk Ahmad Said sendiri tahu yang ahli Umno tidak mahu selain Umno dan Barisan Nasional menerajui Negeri Terengganu. Cukuplah dengan apa yang berlaku di Perak. Kepada Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh hentikanlah pertelingkahan sesama sendiri. Janganlah menang jadi arang, kalah jadi abu. Rakyat semua sayangkan kedua dua pemimpin ini. Kepada penasihat penasihat mereka ini, bagilah nasihat yang membangun dan bukanya nasihat takut hilang habuan. Pemimpin yang datang dan pergi silih berganti adalah lumrah dunia. Taatilah pemimpin selagi ia tidak memudaratkan kepada parti dan rakyat.

Semasa coretan ini ditulis, difahamkan semua Adun Terengganu berada di Kuala Lumpur kerana perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishamudin Tun Hussin bagi menjelaskan kekeliruan yang telah berlaku. Saya difahamkan, pertemuan bermula jam 9 malam tadi apabila Datu Seri Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan kesemua lapan ketua bahagian Umno dari negeri itu. Mereka termasuk tiga ADUN yang juga ketua bahagian, iaitu bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh (Besut); Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (Kemaman) dan Yahya Katib Mohamad (Marang)

Manakala sesi pertemuan dengan ADUN BN pula bermula jam 10 malam tadi.

DAP tawar MB kepada saya...PKR main politik kotor

Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’. Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya. Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku. Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut.
SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008. “Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.
Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini). “Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR. Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco. Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja. Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.
Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?
Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa. Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan. Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil. Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon. Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar. Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.
Kenapa YB buat kesimpulan demikian
Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti. Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.
Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN
Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri. Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina. Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu. Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu. Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan. Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih. Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun. Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.
Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB. Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB. Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir. Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP. Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. - 20/5/2009 Petikan www.agendadaily.com

Alahaii Ustazah Eliza ( Elizabeth Wong )

Ustazah Eliza sedang memberi ucapan
di Kok Lanas Kelantan
Baguslah PAS boleh pejam sebelah mata tentang al-kisah Elizabeth Wong bersekedudukan dengan lelaki Islam yang dipercayai ambil gambar separuh bogelnya di dalam rumahnya. Ini namanya politik.Ramai juga yang hadir semasa Exco Kerajaan negeri Selangor itu bagi ceramah di Kok Lanas Sabtu malam.
Mungkin ada yang nak lihat sendiri dari dekat wajahnya setelah gambar separuh bogelnya dan yang terbaru nampak kemaluannya tersiar di internet. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu muncul berbaju kurung dan menutup kepala dengan selendang.
Penampilan sama perlu dibuat pemimpin wanita PKR itu ketika berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi membuat penjelasan ekoran penyiaran gambar tersebut yang dikaitkan dengan teman lelakinya Helmi Malek yang masih menghilanglan diri.
Pada ceramahnya di Taman Puspa iru, Elizabeth sekali lagi memuji Nik Aziz yang dikatakan memberi nasihat ketika beliau berdepan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.
"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.
"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya seperti dilaporkan laman web PAS..
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.- 17/5/2009 Petikan www.agendadaily.com

11 bulan berkuasa...apa kata Ngeh, Nizar ikut aje

Datuk Seri Najib bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
serta tiga Adun Bebas Perak, Jamaluddin Mohd Radzi,
Osman Jailu dan Hee Yit Foong
SIRI SATU
Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa. Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi. Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28. Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang. Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut. Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu. Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.
Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?
Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata: “Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada. Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton. Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana. Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya. Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.
Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah?
Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo. Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar. Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.
Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju?
Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu. Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali. Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat. Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera. Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan. Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan. Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun. Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.
Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco? Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja. Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan. Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau. Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh. Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat. Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja. Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula. Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja. Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga. Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja. Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak. Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – 20/5/2009 Petikan http://www.agendadaily.com/

Ahad, Mei 17, 2009

Perasmian berkelompok Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kemaman

Salam Blogger,

Ahad 17 Mei. Semalam saya sempat hadir ke majlis perasmian berkelompok Umno Bahagian Kemaman bertempat di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman yang dirasmikan olih YAB Menteri Besar Datuk Ahmad Said yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman.

Berucap dihadapan ahli umno seramai 1000 orang Datuk Ahmad Said melahirkan rasa bangga dengan komitmen ahli umno walau pun arahan untuk mengadakan majlis tersebut hanya diberitahu pada hari Jumaat dan tak sampai dua hari, kehadiran ahli amat membanggakan.
Menurut beliau, ini adalah kali pertama perasmian berkelompok yang menggabungkan 4 Dun dalam Bahagian Kemaman dirasmikan serentak. Beliau juga mengucapkan terima kasih pada semua ketua cawangan. wanita, pemuda dan puteri kerana 4 tahun berturut Umno Bahagian Kemaman mempunyai ahli paling ramai dalam negara.
Umno Bahagian Kemaman adalah nadi Umno Dan Barisan Nasional Negeri Terengganu. Jika Umno dan Barisan Nasional Kemaman mengalami kekalahan, maka Umno dan Barisan Nasional Terengganu juga akan kalah.

Beliau menyeru kepada ketua ketua cawangan, wanita, pemuda dan puteri menambah ahli umno dan menyemak daftar pemilih jika masih ada ahli Umno yang belum mendaftar sebagai pemilih supaya didaftarkan sebagai pemilih bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Beliau juga menyentuh ada yang beranggapan pemimpin umno tidak mesra rakyat tetapi apa yang berlaku malam ini membuktikan pemimpin umno peringkat akar umbi tidak mempunyai masalah dengan ahli dan juga rakyat.

Beliau meminta ahli umno bersatu, kita kalah bukan kerana PAS kuat tetapi krisis dalaman yang menyebabkan kita tewas. Apa yang membimbangkan beliau adalah pergeseran sesama sendiri.
Kita bercakap kepada rakyat bahawa negara kita aman, negeri kita aman, jangan takut. Tetapi sebaliknya yang berlaku, terima SMS dah takut nak masuk Dewan Undangan Negeri, duduk kat hotel tak takut? Beliau memberi contoh YB Karpal Singh yang berkerusi roda menerima kiriman 2 biji peluru hidup, masih lagi pergi ke Dewan Rakyat.

Beliau juga mengatakan pelbagai tiori yang dibuat mengatakan perubahan Menteri Besar akan berlaku dalam masa terdekat, ada yang mengatakan 2 hb Mei, 15 hb Mei dan yang terbaru pula mengatakan pada bulan Julai nanti. Beliau mengatakan pada tengahari sabtu, ada pemberita menanyakan hal berkenaan pada YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Beliau menjelaskan Datuk Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan Umno tak pernah bincang mengenai kedudukan pemimpin kerajaan Terengganu.

Menurut Datuk Ahmad Said lagi, pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan beliau tidak membalasnya apatah lagi melalui akhbar kerana bimbang dimanipulasi olih pihak lain.
Beliau juga meminta semua ketua ketua cawangan memohon peruntukan bagi menaik taraf kampong masing masing. Pembangunan Negeri Terengganu akan bermula tahun hadapan.
4 ribu unit rumah kos rendah sedang dibina di Terengganu. Seramai 6 ribu rakyat termiskin akan dibantu supaya tiada lagi rakyat miskin dalam masa 5 tahun akan datang.
Beliau mengulangi sekali lagi supaya ahli Umno bersedia menghadapai PRU 13 nanti.

Ahmad Said kekal MB Terengganu: Muhyiddin

KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu kerana Umno tidak memutuskan sebarang perubahan kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, perubahan jawatan Menteri Besar tidak pernah berbangkit. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran berkata demikian selepas merasmikan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-38 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, hari ini.
Petikan Berita Harian Online 16/5/09

Muhyiddin tinjau Pasar Kedai Payang

16/05/2009 7:14pm
KUALA TERENGGANU 16 Mei — Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini sempat meluangkan masa melawat beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini, bagi menyelami masalah rakyat.
Muhyiddin yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said melawat Bazar Warisan dan Pasar Kedai Payang, kedua-dua tempat berkenaan sering dikunjungi orang ramai bagi membeli pelbagai barangan terutama batik dan songket.
Dalam lawatan tersebut, beliau sempat bertanyakan masalah yang dihadapi oleh peniaga terutama di Pasar Kedai Payang, yang keadaannya sesak dan menyukarkan peniaga menjalankan perniagaan masing-masing.
Selepas melawat kedua-dua premis itu, Muhyiddin berjalan kaki kira-kira setengah kilometer untuk meninjau Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang terdapat di stesen bas berkenaan. - Bernama
Petikan Utusan Online 16/5/09