Rabu, Julai 13, 2011
Pembohongan Anwar di Abab 21 Hijrah
Selasa, Julai 12, 2011
Ekslusif - Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar
Kejam dan zalim itu lah yang akan terpancul dari mulut rakyat Malaysia yang menyaksikan video diatas. memang menyedihkan apabila seorang yang sedang Nazak dan akhirnya menemui ajal diperlakukan begitu Biadap oleh Pihak Polis tampa memberi apa apa bantuan kecemasan kepada mangsa yang sedang meraung kesakitan.
Itu kata mereka Blogg Blogg dan Media Pakatan Pembangkang sejak pada petang Sabtu sehinggalah ke hari ini. Mereka menyasarkan Video diatas dan Gambar gambar yang menunjukkan seolah olah Arwah Mati Shahid sewaktu Demo Bersih.
Video di atas dan Gambar gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong Pakatan Pembangkang dan ianya juga berjaya menghasut rakyat Malaysia. Sentimen dan emelen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya.
Gomo Simpati? Kasihan? Mari kita dedahkan KONSPIRASI TERANCANG yang mereka Pemimpin Pakatan Pembangkang dan Media mereka lakukan dalam menghasut Rakyat Malaysia.
Untuk makluman Lelaki didalam Video di atas merupakan seorang lelaki yang agak kurang waras orangnya. Nama lelaki tersebut Suhardi Mohd yang sekarang ini menetap di Bangi. Beliau merupakan seorang Broker tanah yang juga mempunyai Dua orang isteri.Suhardi Mohd juga merupakan bekas pengikut Al Arqam.
Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonkan watak seorang lelaki yang akan Mati sewaktu demo Bersih yang berlangsung. Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak namun kepimpinan Pakatan Pembangkang inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun.
Lihat Gambar Gambar di atas bagaimana Gambar Suhardi Mohd telah diambil lebih awal dan ianya ditunjukkan didalam pelbagai aksi seolah olah beliau menunjukkan tanda sebelum ajalnya.
Rakaman Video pula menunjukkan bagaimana Suhardi Mohd mengelupur ketika digari pihak Polis dan dalam masa yang sama beberapa orang berada disekitarnya mengucap Kalimah Syahadah.
Suhardi Mohd sebenarnya memang sengaja untuk pihak polis menangkap beliau kerana telah dirancang akan penangkapan itu. Untuk makluman Pihak Polis yang berada di sekitar demo tidak akan mengkap para pendemo yang tidak mencetuskan kekecohan namun akan menangkap mereka yang mencetuskan Provokasi.
Oleh itu Suhardi Mohd mencetuskan beberapa Kekecohan sehingga mencabar pihak Polis menangkap beliau. Dan akhirnya pihak Polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan waktu itulah adengan lakonan mati bermula.
Beliau Suhardi Mohd bertindak pengsan agar di lihat oleh semua yang ada di situ beliau telah mati. Pihak Polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan Suhardi Mohd masih lagi tidak sedarkan diri.
Sejurus sampai di Hospital Suhardi Mohd telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari Hospital namun telah di tahan oleh pihak Hospital dan Polis. Dan waktu ini lah segala galanya terbongkar.
Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang bagi memberi peluang kepada media mereka memainkan isu Kematian yang kebetulan pada 9 Julai lalu seorang lelaki benar benar telah meninggal dunia disekitar KLCC.
Maka sebab itulah pada sebelah petang membawa ke semalam tak putus putus mereka Media pakatan Pembangkang memainkan Gambar Suhardi Mohd dengan pelbagai cerita. Video Suhardi Mohd yang pura pura mati disebarkan diseluruh medium sama ada Blogg, Facebook dan lain lain lagi.
Pada Mereka Pakatan Pembangkang Ianya Membawa Keuntungan Dalam Lakonan Palsu Kematian Suhardi Mohd ini.
Suhardi Mohd kini sedang diancam nyawa nya kerana bertindak bercerita bahawa beliau sengaja melakonkan watak mati tersebut. Suhardi Mohd yang kini masih menetap di Bangi difahamkan juga telah memberikan kerjasama kepada pihak Polis.
Oleh sebab itu lewat malam tadi berderet deret Blogg Blogg dan media Pakatan pembangkang mengeluarkan Artikel Ralat yang menyatakan bahawa gambar Suhardi Mohd bukanlah Gambar Arwah Baharudin yang sebenarnya meninggal dunia.
Agenda mereka dalam menghasut rakyat telah pun berjaya.
Gambar diatas merupakan gambar Suhardi Mohd yang sedang Berlutut memohon Doa sambil seorang lelaki memgang Pembesar Suara.Gambar ini dimainkan didalam Media Pakatan pembangkang yang menunjukkan Kononya petanda Arwah akan meninggal dunia. Gambar ini memberikan simpati kepada arwah dan juga Pakatan Pembangkang.
Ini lah lelaki yang memegang Pembesar suara didalam gambar diatas tadi, Ketua Penerangan AMK Pusat Rozan Azean Mat. Penerangan yang mana mempunyai kaitan yang amat rapat dengan para Media pakatan pembangkang.
Topeng Perak @ Unmasked dilabelkan di Video yang telah disebarkan kepada Rakyat Malaysia bagi meraih simpati dan menghasut rakyat mempercayai bahawa pihak Polis telah melakukan kekejaman ke atas si Mati sepertimana yang ditunjukkan di dalam Video di atas tadi.
Topeng Perak @ Poji Blogger Pembangkang yang memang cukup dikenali dalam dunia Media baru dalam Malaysia. Blogger yang dikaitkan dengan Hussam Musa ini yang mana mendapatperuntukkan RM2 Juta pada tahun lepas bagi menggerakan Media Baru buat Pakatan pembangkang setelah menggantikan Blogger Kickdeffela.
Topeng Perak @ Kru nya berada disaat saat Arwah menghembuskan nafas nya yang terakhir dan ini bukanlah satu kebetulan kerana Konspirasi telah di rancang dan atas sebab itu hanya Beliau dan Kru nya sahaja yang berjaya merakam video tersebut. Oleh sebab itu Video tersebut di labelkan dengan nama beliau dan bukan dengan nama lain.
Apa yang Gomo sampaikan ini adalah kebenaran yang wajar buat Rakyat Malaysia ketahui, artikel semalam juga Gomo telah nyatakan bagaimana mereka Pakatan pembangkang memang sengaja tidak menyediakan Pasukan Perubatan bagi memastikan Kecederaan ataupun kematian berlaku bagi memberikan mereka keuntungan dalam Demo yang diadakan.
Sekarang ini masih ada lagi media media Pakatan pembangkang yang memainkan sentimenLakonan Palsu kematian Suhardi Mohd. Lihat gambar diatas yang mana gambar gambar di pengkebumian Arwah Baharuddin mangsa yang mati akibat sakit jantung. Diakhir gambar gambar tersebut diletakkan gambar Suhardi Mohd yang sedang memohon Doa walhalkan mereka sendiri tahu yang dikebumikan adalah orang lain dan yang memohon doa adalah orang lain.
Itulah sentimen yang mereka bawa dalam menghasut Rakyat Malaysia dan itulah juga buktiKonspirasi yang mereka rancang bagi menghasut Rakyat. Ini lah dia Pakatan Pembangkang yang sebenar, hebat dalam melakukan Konspirasi.
Semoga segala yang Gomo dedahkan memberi satu maanfaat berguna buat Rakyat Malaysia agar berhati hati dengan mereka Pakatan Pembangkang ini. Jangan hanya kerana RM200 yang di sogok kita menjadi Pencacai kepada mereka.

Gambar Sebenar Arwah Baharuddin Yang pada waktu gambar ini dirakam beliau masih lagi belum meninggal dunia dan sedang mendapat rawatan dari Anggota Polis serta Pegawai Perubatan Kerajaan Malaysia.
KENAPA GAMBAR SEBENAR TIDAK DI KELUARKAN
MEDIA PAKATAN PEMBANGKANG?
PAKATAN PEMBANGKANG RAJA DRAMA
yang paling hebat dalam Dunia.
Psssttt....Depa Pakatan Pembangkang dah tak fikir Dosa pahala janji Dapat Kuasa, Gila
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Pakcik Depan SOGO lebih mulia dari pemimpin bersih.
Isnin, Julai 11, 2011
BREAKING NEWS - Anwar Ibrahim Failkan Saman RM100 Bilion Ke Atas Najib Razak
Sehari selepas demo Bersih...Najib belasah cukup-cukup lakonan demi lakonan Anwar - Agenda Daily
Ini gara-gara beliau berucap dengan penuh semangat di Majlis Penerangan Perdana yang diadakan ekoran demo Bersih, Sabtu. Majlis pagi Ahad itu dihadiri sekitar 6,000 pimpinan UMNO Bahagian seluruh negara, 70 NGO serta pimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dianjurkan secara ‘last minute’ oleh pejabat Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu bergema sokongan penuh hadirin terhadap Perdana Menteri ekoran cubaan perhimpunan haram Bersih memperlekeh kerajaan.
Paling menarik Najib kali pertama bercakap agak panjang lebar dan belasah sakan aksi ‘ lakonan’ demi ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk isu video seksnya.
Juga mengenai aksi ‘muka sakit’ Ketua Umum PKR itu semasa mendakwa cedera ringan ketika kejadian melanggar hadangan polis di KL Sentral dan kemudian masuk untuk rawatan di Hospital Pantai.
Sambil menilai Anwar berdepan dengan situasi ‘ peluang terakhir’, beliau mengingatkan rakyat supaya berwaspada kepada Ketua Pembangkang itu sanggup buat apa saja dalam keadaan tersepit seperti itu.
Beliau menyentuh hal ini semasa awal ucapannya berkata, “ kita nak bagi mesej kepada orang di luar”. Kemudiannya beliau bertanya siapa dia.
Hadirin menyebut “ Anwar”. Lantas Najib berkata, ”orang di hospital...( merujuk kepada Anwar yang masuk hospital kerana dakwa cedera ringan semasa demo Bersih semalam)...yang sedang merancang nak memakai pembalut leher... yang sudahpun mendapat Oscar Pelakon Terbaik...seiring dengan Amitah Bachan ( dipercayai merujuk kepada Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga)”.
Kata-katanya ini disambut dengan tepuk gemuruh dan gelak ketawa para hadirin.
“Baru kena sikit aje...muka dahi kerut, macam dah kena belasah..masuk pula gambar video di You Tube...malam tadi Tan Sri Muhyiddin tunjuk saya...oohh macam betul-betul dah kena belasah (oleh polis)..selepas itu terlentang di hospital...sempat lagi dengan baju kuningnya (t-shirt Bersih)...pelakon terbaik...perangainya tak berubah...perangai dulu perhimpunan di Baling.
“Saya kata pada rakan-rakan dari zaman ayahanda saya( bekas PM Allahyarham Tun Abdul Razak) ..ramai mati kebuluran...demonstrasi di Kuala Lumpur...zaman Tun Hussein Onn pun buat juga...zaman Tun Dr Mahathir...buat juga...lepas tu baik sementara( masa dalam kerajaan)...negara aman berapa tahun...lepas tu buat demonstrasi zaman Pak Lah Bersih 1...sekarang zaman saya Bersih 2.”
“Perangai hudoh ini tak berubah dari dulu sampai sekarang...dialah dalang sebesar-besarnya.
“Ambiga...siapa Ambiga....kononnya hari ini badan menegakkan demokrasi pilihanraya yang Bersih.
“ Yang dok tuding jari kat kita ni bersih sangat ke orang tu...timbalan dia siapa..Mat Sabu sanggup duduk bawah Ambiga..Mat Sabu ni duduk bawah siapa pun tak apa...apa bilik no berapa ( merujuk kepada tuduhan kes khalwat Mat Sabu di sebuah hotel di Kota Bharu dulu)
“PKR pemilihan dalam parti bersih sangat ke...tahun sudah baling kerusi...ada kena tumbuk...Datuk Zaid Ibrahim mula-mula dia ingat kot adalah peluang aku nak jadi pemimpin besar..masuk PKR ...dia ditatang jadi calon Hulu Selangor.
“Akhirnya bila nak lawan Timbalan Presiden PKR...kerana lawan dengan buah hati dia...si polan tu lah...maka Zaid Ibrahim kecewa sampai dia kata dia kena manupulasi dalam pilihanraya PKR.
“Rumah tangga sendiri tak betul...dimanupulasi keputusan agar buah hati menang Timbalan Presiden...sekarang ini dia nak ajar kita tentang pilihanraya di dalam negara.
“Banyak tak terjawab lagi...jam Omega ( video seks) tak terjawab...nafi seribu kali nafi..pakar forensik terkemuka di dunia kata 99.99 persen...eh..dia kata bukan saya...kerana apa..kerana perut.
“Forensik ni dia bukan ukur perut aje ( katanya disambut gelak ketawa hadirin)...macam-macam...profesor di Amerika tak betul...dengan Saiful pun nafi...
“Saya pun ada pembantu-pembantu tapi kalau nak berunding dengan pembantu berundinglah di pejabat...mengapa nak berunding di sebuah kondominium...apa nama rundingan ini
“Saya bawa Saiful keluar negeri..sebab dia teaboy...orang lain tak boleh buat tea ke...apa keistimewaan tea yang Saiful buat...
“Macam-macam dulu ( masa dalam penjara) kata saya akan kena arsenic poisioning...tak cukup dengan racun arsenic...nak kena injectionHIV...semuanya kita ni buruk...sedasyat-dasyat orang ni kerajaanlah...dari dulu sampai sekarang...semuanya buruk kita...dialah manusia sebaik-baiknya...anugerah Tuhan.
“ Inilah manusia yang sebabkan kita hadapi masalah semalam ( demo Bersih)..masalah orang yang hendak sangat menjadi Perdana Menteri...sanggupkan korbankan segala prinsip...ketepikan agama dan bangsa...asalkan akulah Perdana Menteri
“Dulu maki PAS bukan main..kata bodohnya PAS ...saya ingat lagi..PAS tak ada otak...ini dia pakai...tak boleh fikir PAS ni...Kit Siang dia bantai masa jadi Ketua Pemuda UMNO...sekarang ni oh my friend..semua orang dia peluk.
“Inilah angkara yang berlaku kerana nafsu nak jadi Perdana Menteri,”katanya.
Perdana Menteri menilai Anwar gabra apabila melihat BN menang pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk pilihanraya negeri Sarawak.
“Dia tengok..ini tak boleh jadi ni..kalau macam ni UMNO menang dengan pelan transformasi kita...rakyat dah terima dengan konsep 1Malaysia..dasar nak berlaku adil kepada semua kaum...agenda Melayu kita teruskan...dia tahu kalau tak berbuat sesuatu InsyAllah kita menang dalam PRU 13 nanti.
“Dia pun tahu inilah the last chance for him..bila orang tahu inilah peluang terakhir...dia akan buat segala-galanya...yang baik jadi tak baik...kerana apa...kerana matlamat menghalalkan cara...matlamat dia nak jadi Perdana Menteri menghalalkan cara,”katanya.
Dalam usaha menghadapi ancaman seumpama ini Najib meminta UMNO agar tidak sangsi kekuatan yang ada pada parti.
Beliau menegaskan UMNO sendiri ada ahli 3 juta yang bila-bila masa boleh saingi himpunan Bersih yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang di Kuala Lumpur semalam.
Katanya tak payah 3 juta...satu juta cukup untuk ‘ tawan’ Kuala Lumpur.
Menurut beliau bukan sahaja UMNO..tetapi campur pelbagai pertubuhan yang sokong kerajaan seperti yang ramai hadir pada majlis itu.
Beliau memberi contoh persatuan seni silat gayong dan lincah.
“Pendekar-pendekar kita turun...tak masuk NGO-NGO lain lagi,”ujarnya.
Apapun kata Perdana Menteri UMNO tidak sekali-kali akan mulakan budaya demonstrasi jalanan.
“Jangan ..kita boleh lawan...semalam kita bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun...itu baru sikit saja kita turun angkatan kita...kalau kita nak buat porak peranda kita boleh..tapi kita yang berhimpun ni ...kita menjunjung prinsip undang-undang negara.
“Kita tak suka pada huru hara...kami suka pada keamanan..kami suka pada negara dimana rakyat hidup dalam harmoni...kita mahu masa depan kita lebih baik dari hari ini..ini sebab kita berhimpun hari ini...bukan kita nak tunjuk kekerasan pada mana-mana pihak..tapi kita nak tunjuk kekuatan kita...ada orang kata inilah silent majority...jadi jangan sesiapa nak timbulkan huru hara dalam negara.
“Nak kata demokrasi...UMNOlah pejuang demokrasi dari awal,”kata Perdana Menteri.-10/7/2011- OLEH ROSLI ISMAIL