KUALA TERENGGANU: Kerajaan meluluskan peruntukan khas RM60 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif itu memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan rakyat serta pembaikan perumahan khususnya melibatkan golongan berpendapatan rendah
“Pelaksanaan program itu akan diselaraskan oleh unit penyelarasan pelaksanaan ICU Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan bantuan disampaikan secara berkesan kepada golongan sasar,” katanya
ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Mesra Madani di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Madani YAB Perdana Menteri bersama Pelajar Tahfiz Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Anwar mengumumkan peruntukan RM1.8 juta bagi kerja kerja naik taraf infrastruktur dan fasiliti melibatkan intitusi tahfiz dan pondok di negeri itu.
Beliau berkata langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memartabatkan pendidikan agama serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan nilai ihsan.
ANWAR Ibrahim (tengah) disambut guru dan pelajar pada Majlis Mesra Madani di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN
Menurutnya, institusi tahfiz memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berakhlak, berilmu dan berintegriti.
“Peruntukan tersebut melibatkan kerja-kerja penambahbaikan kemudahan asas serta sokongan kepada proses pembelajaran agar lebih kondusif,” ujarnya.
Selain itu, Perdana Menteri menegaskan institusi pendidikan agama perlu menguasai teknologi baru agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. – Suara Timur
HULU TERENGGANU: Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang melibatkan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman meriah dengan pelbagai acara diadakan semalam.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi KETENGAH Datuk Rozi Mamat bertempat di Dataran Wisma Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu.
Program yang mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkukuh hubungan komuniti di wilayahnya dan usaha bersepadu dalam merealisasikan komuniti harmoni dan sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
ROZI Mamat menyertai Fun Brisk Walk sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Penubuhan KETENGAH Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN
Pelbagai program telah diadakan bersama-sama komuniti bermula pada awal pagi hingga malam antaranya Fun Brisk Walk, pertandingan mewarna, tukar minyak hitam motorsikal, sukaneka, gotong-royong, bicara ilmu, kenduri sekampung dan lain-lain lagi.
Program ziarah kasih dan santuni penduduk turut diadakan melibatkan peruntukan berjumlah RM21,000.00 dengan 70 orang penerima yang menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai.
Inisiatif ini membuktikan keprihatinan KETENGAH dalam menyantuni golongan yang memerlukan.
ROZI Mamat bertanya sesuatu kepada Muhammad Syukur Khamis sempena Majlis Sambutan Ulangtahun ke-53 Penubuhan Ketengah di Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN
Pada masa yang sama juga, KETENGAH turut memberi sumbangan berjumlah RM9,000.00 kepada tiga buah masjid di tiga daerah tersebut.
Program ini diadakan dengan kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pusat Latihan Giat Mara (GIAT MARA), FELDA, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Agama Daerah, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA.
Pada majlis tersebut, seramai tujuh orang tenaga pengajar daripada Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Hulu Terengganu telah memberi bimbingan kepada 35 orang wanita muda Felda Jerangau Barat cara cara membuat puding tembikai.
TENAGA pengajar daripada Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Hulu Terengganu turut memeriahkan Majlis Sambutan Ulangtahun ke-53 Penubuhan KETENGAH di Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN
Sementara itu Pusat Latihan Giat Mara (GIAT MARA) Hulu Terengganu menghantar 14 orang pelatih pusat tersebut bagi membantu masyarakat setempat menukar minyak hitam motorsikal mereka.
Seorang pelatih yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Muhammad Syukur Khamis, 21, yang dikenali nitizen dengan nama sebagai Syukur – The Kampung Boy tujuh tahun lalu ketika ditemui Suara Timur berkata, beliau pernah mengikuti kursus teknologi motosikal di GIAT MARA Hulu Terengganu selama enam bulan dan kini menyambung kursus dalam bidang motorsikal elektrik (EV) dengan membaiki motorsikal elektrik di pusat yang sama.
ROZI Mamat mengadakan sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun ke-53 Penubuhan Ketengah di Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN
Kursus teknologi motosikal di GIAT MARA Hulu Terengganu menawarkan latihan teori dan amali yang komprehensif untuk membekalkan pekerja dengan kemahiran servis motosikal yang tinggi.
Sebaik sahaja tamat mengikuti mengikuti kursus teknologi motosikal, saya terus sambung kursus motorsikal elektrik selama tiga bulan.
PELAJAR Giat Mara Hulu Terengganu menukar minyak hitam motosikal sempena Majlis Sambutan Ulangtahun ke-53 di Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN
“Pelatih akan dapat melaksanakan tugas-tugas praktikal seperti penjagaan, modifikasi, pengujian, pemasangan dan pemulihan motosikal mengikut standard penilaian yang ditetapkan. Kursus ini juga membina kebolehan pelatih untuk menjadi usahawan teknokrat.
Motosikal Elektrik ialah motosikal yang digerakkan oleh motor elektrik menggunakan tenaga daripada bateri, bukan enjin pembakaran dalaman. Ia mesra alam, senyap, jimat tenaga, dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding motosikal konvensional. – Suara Timur
Semua berita yang disiarkan didalam Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! merupakan tulisan penulis yang diolah oleh Biro Utusan Malaysia dan Kosmo! Terengganu.
Mereka terdiri daripada Wan Zulkifli Wan Yaakob, Azli Adlan, Radhuan Hussain dan Rosalinda Md. Said
Bermula Oktober 2019 menjadi penulis bebas
Bermula Mac 2025 ditawar menjadi wartawan sambilan dengan Portal Suara Timur
Dilahirkan di Kg Tasik Mengkuang, Kerandang, Besut, Terengganu.
Dibesarkan di Kemaman Terengganu.
Jawatan sukarela dan badan bukan kerajaan.
1. Menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( 1989 hingga sekarang )
2. Dilantik sebagai Timbalan Ketua Platun TRG 0219 dari tahun 1994 - 1998
3. Dilantik sebagai Ketua Kumpulan Elit dari Tahun 1994 - 1998
4. Pengasas Persatuan Belia Seri Jaya pada Tahun 1993
5. Pengerusi Persatuan Belia Seri Jaya dari Tahun 1994 - 2004
6. Pengasas UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya pada Tahun 1994
7. Ketua UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya dari Tahun 1994 - 1995
8. Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya dari Tahun 1995 hingga 2023.
9. Dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa MAYC Kawasan Kemaman dari Tahun 1998 hingga 2009.
10. Dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Kemaman dari Tahun 2000 - 2004
11. Dilantik Timbalan Pengerusi JKKK Kg Lot Seri Jaya dari Tahun 2005 hingga 31 Mac 2014.
12. Dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kg Lot Seri Jaya dari bermula 1 April 2014 hingga 31 Mei 2018
Menjadi Ahli PAS dari Tahun 1987 - 1993