DUNGUN: Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, TDM Berhad (TDM) menyantuni seramai 200 asnaf pada Program TDM Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi di Dewan Sivik Jerangau di sini, semalam.
TDM dalam satu kenyataan yang dikongsi kepada Suara Timur berkata, program tersebut dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara TDM dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bukit Besi, menandakan komitmen bersama dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, Program ini adalah manifestasi hasrat kami untuk bersama-sama membangunkan komuniti khususnya di Bukit Besi, ke arah masa depan yang lebih berkat.
PEGAWAI Maidam Zon Daerah Selatan, Hamidah Abd Latif (tengah) dan Hamdan Ibrahim (kanan) memegang replika cek sumbangan bernilai RM40,000 pada Program TDM Bersama Masyarakat DUN Bukit Besi di Jerangau, Dungun, hari ini.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan di bulan Ramadan, TDM telah memperuntukkan sebanyak RM40,000 untuk agihan kepada asnaf melalui program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program TDM Bersama Masyarakat di Dewan Sivik Jerangau di sini, semalam.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh ADUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman,
HAMDAN Ibrahim (kiri, hadapan) dan Ghazali Sulaiman (tengah, hadapan) bergambar bersama wakil asnaf yang menerima duit raya di Jerangau, Dungun, semalam.
Najman berkata, kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya diukur melalui keuntungan kewangan semata-mata, tetapi juga melalui sumbangan dan impak positif yang dapat dikongsikan kepada masyarakat.
“TDM sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif CSR yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat melalui Program TDM Bersama Masyarakat ini.
“Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha syarikat dalam memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan,’ katanya. – Suara Timur
KEMAMAN: Polis mengeluarkan 14,027 saman melibatkan pelbagai jenis kesalahan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 14,794 saman dalam tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, jumlah saman yang dikeluarkan itu menunjukkan penurunan 767 saman atau 5.18 peratus.
Menurutnya, saman kesalahan trafik menurun 1,453 saman bersamaan 35.78 peratus iaitu 2,607 kes berbanding 4,060 masa yang sama tahun lalu dan saman kesalahan isyarat lalu lintas 686 saman bersamaan 6.39 peratus dengan 11,420 kes berbanding 10,734 tahun lalu.
“Antara kesalahan tertinggi dicatat sepanjang tahun ini, pandu laju 10,713 saman, halangan lalu lintas (707 saman), kemalangan 550 saman, tidak pakai topi keledar 358 saman, kesalahan nombor pendaftaran 329 saman).
“Kesalahan lain, tiada lesen memandu 312 saman, lesen kenderaan motor tamat tempoh 222 saman, tiada insuran pelindungan 128 saman dan lesen memandu tamat tempoh 95 saman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Suara Timur selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 218 tahun 2025 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di Dewan Kompleks Perumahan PDRM Bukit Mentok,, di sini, hari ini.
MOHD Razi Rosli menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota IPD Kemaman sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 218 tahun 2025 Peringkat IPD Kemaman di Kemaman, hari ini.MOHD Razi Rosli menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota IPD Kemaman sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 218 tahun 2025 Peringkat IPD Kemaman di Kemaman, hari ini.
Seramai 25 orang menerima sijil penghargaan sempena majlis tersebut.
Ujar Mohd Razi, indek jenayah juga menunjukkan penurun 44.0 peratus sepanjang Januari hingga Mac tahun ini dengan kekurangan 40 kes iaitu 51 kes tahun ini berbanding 91 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
“Jenayah curi turun 50 peratus dengan 22 kes berbanding 44 kes, pecah rumah 12 kes berbanding 31 kes, curi motorsikal 4 kes berbanding 6 kes tahun lalu,’ katanya.
Sementara itu dalam ucapannya, Mohd Razi berkata, anggota dan pegawai polis perlu saling mengeratkan silaturahim, memohon kemaafan dan memperkukuhkan ukhuwah antara satu sama lain sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
MOHD Razi Rosli menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Pesara Polis Terengganu Cawangan Kemaman, Mat Yazit Deraman sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 218 tahun 2025 Peringkat IPD Kemaman di Kemaman, hari ini.MOHD Razi Rosli menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kemaman, Mohd Razaki Manan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 218 tahun 2025 Peringkat IPD Kemaman di Kemaman, hari ini.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam dan masyarakat Daerah Kemaman, khususnya anggota PDRM yang bertugas tanpa mengira masa demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua agar sentiasa berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Mereka yang akan meninggalkan rumah, pastikan segala langkah keselamatan diambil bagi mengelakkan kejadian jenayah.
“IPD Kemaman akan terus komited dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Kami sentiasa bersedia untuk memastikan masyarakat dapat menyambut lebaran dalam suasana aman dan harmoni.
“Marilah kita menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran, keinsafan, dan semangat perpaduan. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua,” ujarnya. – Suara Timur
KEMAMAN: Seorang peniaga membuat satu laporan polis berkaitan penyebaran sebuah video mengenai kegiatan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikhuatiri menyebarkan fahaman komunis di negara ini, malam tadi.
Mukhatar A. Rahman, 62, berkata, laporan polis dibuat bagi memohon pihak berkuasa di negara ini menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penyebaran video tersebut.
Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai aktiviti NGO tersebut setelah didedahkan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim menerusi laman satu hantaran video bertajuk sidang media tergempar Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr Rais Yatim di https://www.youtube.com/watch?v=PEGtu3UT2Uw
Katanya, dia melayari hantaran video berdurasi 2 minit 57 saat menggunakan komputer meja di rumahnya pada pukul 8 malam tadi dan selepas itu membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini.
“Dalam video tersebut, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang merupakan mantan Yang Dipertua Dewan Negara telah menerima satu hantaran video mengenai kegiatan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (ngo) yang dikhuatiri menyebarkan fahaman komunis di negara ini.
“Rais memaklumkan NGO itu dikenali sebagai Persatuan Promosi Penyatuan Secara Aman Satu China di Malaysia,” katanya ketika ditemui di IPD Kemaman, di sini, malam tadi.
Mukhatar memberitahu, Rais mendakwa ada seseorang atau sekumpulan aktivis atau organisasi itu tidak berdaftar telah mempromosi ajaran dan kepentingan komunis di Malaysia dan ini dikhuatiri akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam dalam negara.
Sehubungan itu, tambahnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat dakwaan Tan Sri Rais dan mengambil tindakan terhadap penyebar video yang dinyatakan itu. – Suara Timur
Semua berita yang disiarkan didalam Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! merupakan tulisan penulis yang diolah oleh Biro Utusan Malaysia dan Kosmo! Terengganu.
Mereka terdiri daripada Wan Zulkifli Wan Yaakob, Azli Adlan, Radhuan Hussain dan Rosalinda Md. Said
Dilahirkan di Kg Tasik Mengkuang, Kerandang, Besut, Terengganu.
Dibesarkan di Kemaman Terengganu.
Jawatan sukarela dan badan bukan kerajaan.
1. Menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( 1989 hingga sekarang )
2. Dilantik sebagai Timbalan Ketua Platun TRG 0219 dari tahun 1994 - 1998
3. Dilantik sebagai Ketua Kumpulan Elit dari Tahun 1994 - 1998
4. Pengasas Persatuan Belia Seri Jaya pada Tahun 1993
5. Pengerusi Persatuan Belia Seri Jaya dari Tahun 1994 - 2004
6. Pengasas UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya pada Tahun 1994
7. Ketua UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya dari Tahun 1994 - 1995
8. Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kg Lot Seri Jaya dari Tahun 1995 hingga 2023.
9. Dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa MAYC Kawasan Kemaman dari Tahun 1998 hingga 2009.
10. Dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Kemaman dari Tahun 2000 - 2004
11. Dilantik Timbalan Pengerusi JKKK Kg Lot Seri Jaya dari Tahun 2005 hingga 31 Mac 2014.
12. Dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kg Lot Seri Jaya dari bermula 1 April 2014 hingga 31 Mei 2018
Menjadi Ahli PAS dari Tahun 1987 - 1993
YANG MAKAN TAIK (siri 2)
-
Salam...
Mulanya tak berhajat dan tak berminat untuk memberikan apa-apa komen
terhadap kenyataan MB Mat Said sebaik sahaja beliau diangkat semula menjad...
-
Assalamualaikum..
Lamanya tak menjenguk kat sini....dah berkulat blog aku...
kerana kesuntukan masa maka tidaklah dapat aku berceloteh dekat sini.
Bercerit...