MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, April 14, 2018

Baka lembu Kedah - Kelantan Elit diperkenalkan

BAKA KK Elit lebih cepat pembesarannya dan bersaiz lebih besar. - UTUSAN ONLINE




14 April 2018 9:43 PM

KEMAMAN 14 April- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan baka baharu lembu Kedah-Kelantan (KK) Elit hasil penambahbaikkan dari baka lama oleh Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, baka lembu pedaging tempatan ini yang lebih cepat membesar, tahan terhadap cuaca persekitaran (panas dan lembab) dan serangan penyakit.

"Baka lembu ini juga mempunyai prolifik yang sangat tinggi dengan kadar kelahiran melebihi 90 peratus setiap tahun dan kadar kematian yang rendah kurang dari dua peratus," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan baka KK Elit dan lembah Pedaging Kemaman di Dewan Pemindahan Mangsa Banjir Pasir Gajah hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi MARDICorp Sdn. Bhd., Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar; Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Roff Mohd Noor; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Quazza Nizamuddin Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), Datuk Ahmad Ishak.

Beliau menyifat baka terbaharu ini yang terbaik dari tiga generasi baka lembu KK yang telah dipilih oleh Mardi Kemaman bagi menghasilkan lembu yang lebih besar dan cepat membesar.

"Dengan penemuan terbaharu ini diharap dapat membantu mempertingkatkan pengeluaran daging dalam negara.

“Dalam masa yang sama daerah ini juga akan dibangunkan sebagai Lembah Pedaging Kemaman memandangkan Mardi Kemaman mempunyai pusat penyelidikan dalam bidang ini, "katanya.

Selain itu katanya di daerah ini juga terdapat para penternak lembu yang bersifat lebih komersial yang akan turut memberi peluang kepada tanaman rumput Napier oleh penduduk di sini untuk dibekalkan kepada mereka.

"Tidak semestinya pemilik ladang ternakan sendiri yang mengusahakan penanam rumput Napier, sebaliknya sesiapa sahaja boleh menanam dan menjual bagi menambah pendapatan, ujarnya.

Ahmad Shabery berkata, Lembah Pedaging yang dirintis di negeri ini kan dibuka seluruh negara kelak.

"Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd bersetuju menjadikan Lembah Pedaging Kemaman sebagai modul sebelum diperluaskan ke seluruh negara," ujarnya. - UTUSAN ONLINE




Pasar Perikanan pertama Terengganu

 AHMAD SHABERY cuba memproses ikan bakar dalam aktiviti jualan di Dataran Perikanan Pantai Teluk Mak Nik Kemaman. - UTUSAN ONLINE



14 April 2018 2:31 PM

KEMAMAN 14 April -Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) memperkenalkan Pasar Perikanan di Pantai Teluk Mak Nik yang pertama seumpamanya di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pasar ini diwujudkan dengan kerjasama agensi kerajaan bagi memberi ruang pasaran tersendiri kepada nelayan, penternak akuakultur dan pengusaha industri asas tani memasarkan hasil keluaran mereka.

“Pasar Perikanan ini seumpama pusat pertemuan dan jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna.

“Jabatan Perikanan Malaysia selaku agensi penyelaras telah membuat projek perintis pada Februari dan Mac lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dengan nilai jualan hampir RM15,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dataran Perikanan di Pantai Teluk Mak Nik di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi dan Pengarah Perikanan negeri Zawawi Ali.
Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali berkata, Dataran Perikanan ini boleh menjadi medan kepada penduduk setempat menggunakan kemudahan yang dengan memasarkan produk hasil perikanan mereka di sini.

Tambah beliau lagi, selain dari aktiviti pemasaran hasil perikanan, terdapat juga aktiviti berjadual seperti demonstrasi peralatan menangkap ikan dan membaiki enjin, demonstrasi pemprosesan seperti membuat nuget ikan di samping promosi produk perikanan seperti ikan bakar garam (snow fish), sate ikan aya, produk rumpai laut (seaweed) serta ikan bakar berempah,” jelas beliau lagi. - UTUSAN ONLIN


Lagi bot nelayan asing ditahan


BOT nelayan Vietnam yang ditahan, dilabuhkan di jeti APMM Kemaman pagi ini. - UTUSAN ONLINE

14 April 2018 12:14 PM


KEMAMAN 14 April – Sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara untuk mengaut hasil laut ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan daerah ini petang semalam.

Bot berkenaan dikesan oleh sebuah kapal ronda APMM kira – kira 60 batu nautika dari dari daerah ini ketika sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur di perairan pantai timur.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan bot dan kesemua enam awak–awak tiada pengenalan diri yang sah.

Bot bersama mereka yang berumur antara 23 tahun sehingga 61 tahun itu tiba di jeti APMM Kemaman kira – kira pukul 10 pagi tadi.

“Mereka akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana menceroboh perairan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bot berserta peralatan menangkap ikan dan hasil laut dianggarkan bernilai RM500,00 disita untuk proses siasatan. - UTUSAN ONLINE


Isnin, April 09, 2018

PRU-14: Jangan tumpu soal calon dan bakal MB


Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung Daerah Kemaman dalam Program Bersama Menteri Besar hari ini


09 April 2018 7:51 PM

KUALA TERENGGANU 9 April - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mahu ahli UMNO menumpukan kepada gerak kerja memenangkan parti dan bukan soal siapa yang akan dipilih sebagai calon dan bakal menerajui negeri ini.

Katanya, sesiapa sahaja yang dipilih, perlu diterima, dan jangan meletakkan kepentingan sendiri sehingga menjejaskan parti dalam usaha meraih lebih banyak kerusi bagi memperkukuhkan kerajaan yang bakal dibentuk, dan terus merencanakan masa depan untuk negeri dan rakyat.

“Siapa sahaja yang bertanding atas tiket BN, kita kena sokong. Kepada bekas wakil rakyat, sekiranya tidak terpilih, jangan sabotaj parti sebaliknya sentiasa memberi sokongan kepada calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

“Jangan kianat parti jika nama kita tidak dicalonkan... kita kena ingat masa kita bertanding dulu kita disokong oleh ahli parti,” katanya yang juga Pengerusi BN negeri dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini hari ini.

Beliau mengajak semua agar berusaha untuk membawa kebaikan kepada parti dan kepentingan negeri.

“Jika saya sendiri tidak diperlukan bertanding... saya tidak akan bertanding. Kita juga jangan fikir siapa menteri besar selepas ini... yang penting kemenangan BN dan kita dapat mengekalkan kuasa.-UTUSAN ONLINE


Ahad, April 08, 2018

2,200 peserta meriahkan Larian Komuniti Bandar Cheneh Baharu


Wan Abdul Hakim mengikuti senamrobik sebelum melepaskan peserta Larian Komuniti Bandar Cheneh Baharu, Kemaman.


KEMAMAN 8 April - Lebih 2,200 peserta memeriahkan Larian Komuniti Bandar Cheneh Baharu 2018 anjuran Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) yang berlangsung di Padang Astaka bandar itu semalam.

Program yang julung kali diadakan ini bagi mengeratkan hubungan masyarakat dengan
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, dan pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi LRTSB, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Hadir sama, Ketua Eksekutif LRTSB, Che Ku Hafeez Che ku Denang dan Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad, Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.

Pengerusi program, Mohd Suhaimi Hassan berkata, penyertaan terdiri daripada warga Bandar Ceneh Baharu dan penempatan sekitarnya, Felda Neram 1 dan Felda Cerul yang bersaing dalam 11 kategori yang dipertandingkan meliputi pelbagai peringkat usia.

“Ini termasuklah kategori veteran lelaki sejauh 6 kilometer (km), veteran wanita (4km), berpasangan suami isteri (4km), terbuka lelaki (8km), terbuka wanita (6km), pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan (6km) di samping murid sekolah rendah tahap 2 lelaki dan perempuan (4km).

“Kita juga mengadakan senamrobik sebelum larian dimulakan, dan bagi memeriahkan lagi program, kita turut mengadakan 40 cabutan bertuah dengan hadiah utama tiga buah basikal bernilai RM2,000, RM1,500 dan RM1,000 dan juga hamper.

“Program ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) LRTSB kepada masyarakat setempat, dan melihat kepada sambutan yang amat menggalakan, kita mungkin akan menjadikannya sebagai acara tahun,” ujar beliau.

Menurut Mohd Suhaimi, selain mengeratkan hubungan, program itu turut mengalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti riadah dan kecergasan agar menjadi amalan dalam mencorak masyarakat yang mengamalkan budaya hidup cergas.-UTUSAN ONLINE