MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mac 01, 2026

Maritim Malaysia tahan kapal tanker bersauh tanpa kebenaran di perairan Kemaman

 

Maritim Malaysia tahan kapal tanker bersauh tanpa kebenaran di perairan Kemaman

01/03/2026

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Tindakan sebuah kapal tanker bersauh tanpa kebenaran di perairan Kemaman membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman dalam rondaan Op Khas Pagar Laut dan Op Tiris 3.0 di perairan Kemaman, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, penahanan dilakukan kira-kira pukul 1.35 petang selepas aset ronda Maritim
Malaysia mengesan aktiviti mencurigakan pada kedudukan 4.46 batu nautika timur
Teluk Penunjok di sini.

Menurut beliau, kapal terbabit dikesan melalui sistem radar sebelum pasukan
operasi menghampiri dan menjalankan pemeriksaan.

KAPAL tanker yang ditahan Maritim Malaysia selepas bersauh tanpa kebenaran di perairan Kemaman, semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal berkenaan dikendalikan lima kru termasuk
seorang tekong warga Indonesia berusia antara 26 hingga 52 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kapal tanker tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh
tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau memberitahu, dua kru bersama dokumen dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut, manakala tiga lagi kru kekal di atas kapal dan diiring ke lokasi selamat oleh aset Maritim Malaysia.

Abdul Halim menegaskan, rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkat bagi
memastikan perairan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat serta mematuhi undang-undang yang ditetapkan. – Suara Timur