Pengerusi JKKK YM Tuan Kechil Tuan Tengah sedang memberi ucapan sambil diperhatikan olih YB Wan Abdul Hakim Adun Air Putih ( Tengah )

Pengerusi JKKK YM Tuan Kechil Tuan Tengah sedang memberi ucapan 
Kata Datuk Seri Haji Hadi Awang, UMNO gagal menjadi model Islam yang sebenar.Ini yang menyebabkan PAS tolak idea kerajaan perpaduan. Kenyataan ini yang dibuatnya di Himpunan 100 ribu di Stadium Kelana Jaya ini yang hanya dihadiri kira-kira 5,000 orang pada malam 30 Jun membuktikan dua perkara. Pertama PAS terpaksa menuding jari mencari kelemahan pihak lain dan kedua gagal menjadi penentu dan jauh sekali mencorakkan arah kepimpinan Islam, sebaliknya dipimpin oleh perjuangan yang menentang Islam.
Kerajaan sedia menimbang cadangan untuk mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran 'Tun' kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Dalam jawapan bertulis kepada Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri berkata pengurniaan darjah kebesaran itu adalah berdasarkan sumbangan besar Onn ke arah menyatukan rakyat Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu ketika itu) dan perjuangan mencapai kemerdekaan negara.
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bersama Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, melihat aksi tiga anakanda baginda dalam acara 'Kids Dash' sempena 'Standard Chartered KL Marathon 2009 di Dataran Merdeka, pagi tadi. - Foto Rosdan WahidKUALA LUMPUR: Tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong hari ini adalah di antara 500 peserta yang menyertai larian "Kids Dash", program sampingan dalam kejohanan sulung Standard Chartered KL Marathon 2009 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Puteri sulung Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tengku Nadhirah Zahrah, 12, mengambil bahagian dalam kategori 3 kilometer (km) dan dua lagi anakanda baginda, Tengku Muhammad Mua'az, 8, dan adindanya, Tengku Fatimatuz Zahra', 7, mengambil bahagian dalam kategori 950 meter yang disertai lebih 500 orang kanak-kanak pelbagai bangsa. Tengku Nadhirah Zahrah yang berbaju T merah dan berseluar trek hitam, bersama-sama kedua adindanya yang berbaju T putih dan berseluar trek hitam serta bertopi kelihatan begitu bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan larian.
Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, turut berangkat untuk memberi sokongan kepada ketiga-tiga anakanda baginda berdua sambil bertepuk tangan memberi sokongan sebaik perlumbaan dimulakan. Keberangkatan baginda berdua pada jam 8.30 pagi disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Tengku Nadhirah Zahrah, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong, memulakan lariannya dari Dataran Merdeka melalui Jalan Cenderawasih, Jalan Parlimen sebelum menamatkan larian di Dataran Merdeka.
Bagi acara 950 meter itu, Tengku Muhammad Mua'az dan adindanya Tengku Fatimatuz Zahra' memulakan larian itu di Dataran Merdeka dan mengelilinginya. Walaupun acara itu tidak menawarkan sebarang hadiah, kegembiraan tetap terpancar di wajah mereka yang menyertai larian tersebut.
Bagi ketiga-tiga putera dan puteri Tuanku Mizan, walaupun nampak kepenatan, namun mereka kelihatan gembira setelah berjaya menamatkan larian tersebut. Kids Dash yang terbuka kepada kanak-kanak yang berumur enam hingga 12 tahun adalah satu program yang bertujuan memberikan satu pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak, di samping menggalakkan mereka menyertai acara sukan sejak kecil lagi.
Selain sijil penyertaan, peserta cilik itu juga mendapat beberapa cendera hati termasuk beg dan buku panduan larian. KL Marathon yang diadakan buat pertama kali tahun ini dan bertemakan 'Run Your Race' dibahagikan kepada kategori maraton penuh (42km), separa maraton (21km), 10km ,5km, Family & Fun Run, serta Kids Dash (3km dan 950m).
Acara pelepasan dan penyampaian hadiah disempurnakan Rosmah. - Bernama
Petikan www.bharian.com.my 28 / 6 /09