MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Julai 19, 2018

124 penagih ditahan di Kemaman


124 penagih ditahan di Kemaman
Redakan kebimbangan masyarakat

SEBAHAGIAN daripada mereka yang ditahan di salah satu lokasi dalam operasi di Kemaman semalam. - UTUSAN ONLINE

19 Julai 2018 8:56 AM

KEMAMAN 19 Julai - Polis menahan 124 orang penagih dadah termasuk dua warga asing dalam Ops Sarang Bersepadu di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, mereka yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokási itu kebanyakannya buruh berusa 20 hinģga 30 tahun.

Menurut beliau, ini adalah tangkapan terbesar sejak Januari lalu dalam operasi membanteras gejala penagihan dadah yang banyak berkait dengan kegiatan jenayah di samping meredakan kebimbangan penduduk.

“Operasi digerakkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu dengan lima pegawai dan 49 anggota.

“Kita membuat 92 serbuan dan menahan 124 orang atas pelbagai kesalahan seperti membekal 1 kes (2 tangkapan), memiliki dadah 13 kes (16 tangkapan) dan positif ujian air kencing 108 kes,” ujarnya di sini hari ini.

Dengan penangkapan mereka, beliau berharap dapat turut mengurangkan dan menyelesaikan beberapa kes pecah rumah, kecurian dan samun.

“Kita turut merampas pil kuda (20.36 gram), heroin (10.27 gram), syabu (7.83 gram), Air Ketum (100ml,) Methadone (15ml), dan 3 eramin 5 bernilai RM2,000,”ujarnya.-UTUSAN ONLINE


Isnin, Julai 16, 2018

EPIC mula salurkan tenaga solar kepada TNB


EPIC mula salurkan tenaga solar kepada TNB
Sasar pulangan RM13 juta setahun

Dr. Ahmad Samsuri menandatangani plak semasa pelancaran Loji Janakuasa Solar EPIC di Teluk Kalong Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

16 Julai 2018 4:59 PM

KEMAMAN 16 Julai - Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyasarkan meraih pulangan sebanyak RM273 juta dalam tempoh 21 tahun atau kira-kira RM13 juta setahun hasil penjualan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menteri Besar , Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, loji janakuasa tenaga solar berskala besar pertama di negeri ini (berkapasiti 18.5 Megawatt) yang dibina di tapak seluas lebih 28 hektar di sini dengan kerjasama firma tempatan  telah menyalur tenaga ke dalam sistem Rangkaian Grid Nasional mulai Mac lalu.

“Saya merasa amat bangga kerana EPIC yang turut berusaha meneroka bidang baharu dengan menjadi perintis dalam memacu projek pengeluaran tenaga solar bagi kawasan pantai timur,"katanya ketika berucap melancarkan loji janakuasa yang menelan belanja RM86 juta itu di Teluk Kalong hari ini.

Yang turut hadir,  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat; Ahli Dewan UndanGan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili;  ADUN Air Putih, Abdul Razak Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohd Nor.

Tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sistem tenaga solar itu dapat menampung bekalan elektrik sebahagian kilang di kawasan perindustrian di kawasan Teluk Kalong yang pesat berkembang itu.

"Teknologi itu juga mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi apabila inovasi dalam bidang itu dapat diguna pakai bukan sahaja dalam industri, malah membawa manfaat kepada pengguna yang lain.

“Tenaga yang dijana daripada Panel Solar Photovoltaic (PV) merupakan sumber tenaga yang bersih kerana hanya menggunakan sinaran matahari, dan Malaysia merupakan sebuah megara yang menerima banyak sinaran  sepanjang tahun,"ujarnya.

Dr. Ahmad Samsuri berkata, pembangunan sistem solar berskala utiliti ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik di mana ia seara tidak langsung akan mengurangkan kos pengendalian sistem penjanaan yang kompleks selain menambah pendapatan hasil negeri secara berterusan dalam jangka masa panjang.

“Sebelum ini juga kerajaan negeri turut membuat pelaburan bagi mencuba mencari tenaga baharu seperti menggunakan teknologi daripada angin tetapi kurang berjaya,” katanya.

"Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) kerajaan negeri akan memfokuskan kepada pembangunan projek-projek tenaga solar berkapasiti sehingga 50 megawat untuk mencapai sasaran penjanaan tenaga solar sebanyak 1000 megawat menjelang tahun 2020," katanya. - UTUSAN ONLINE