MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, Jun 02, 2009

Lagi bantahan terhadap Ching Peng

Askar zaman komunis bantah Ching Peng balik

KUALA LUMPUR: "Pak cik kalau jumpa dia (Chin Peng), pak cik cungkil mata dia biar dia rasa macam pak cik rasa," tegas Koperal Muhammad Sham Harun. Beliau yang cacat penglihatan akibat terkena jerangkap samar ketika menyertai operasi menentang komunis di Grik, Perak pada tahun 1975 tidak dapat memadamkan kemarahannya meskipun peristiwa itu sudah lama berlaku.

"Dia nak balik mesti ada udang di sebalik batu untuk menyebarkan ideologi komunis.
Kalau Chin Peng dibawa balik, memang sia-sia pengorbanan kami," katanya pada sidang akhbar Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.

Muhammad Sham, 55, berkata kepulangan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng tidak dialu-alukan kerana semasa perjanjian peletakan senjata dan pembubaran PKM, Chin Peng berjanji untuk tidak pulang ke Malaysia. "Saya berharap kerajaan menentang kepulangan Chin Peng ke sini.

Komunis ketika itu juga menggelarkan polis atau tentera pada zaman itu sebagai 'anjing kerajaan'," katanya yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 1994.
Muhammad Sham kini hanya menerima pencen kurang upaya sebanyak RM429 sebulan.

Koperal Rosli Adnan, 50, pula putus kedua-dua kaki semasa bertempur di Grik pada tahun 1978 kira-kira selepas setahun setengah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau juga mahu agar tidak ada sebarang usaha untuk membawa masuk Chin Peng pulang ke Malaysia kerana kepulangannya akan mengguris hati anggota tentera terutama yang terkorban atau cedera ketika bertempur.

"Saya rasa tak payah datanglah. Kepulangannya itu tidak membawa makna kepada saya. Lebih baik jangan pulang...mengguris perasaan," katanya yang menerima pencen hilang upaya RM274 sebulan.

Rosli berkata, ideologi komunis tidak perlu dibawa masuk semula ke negara ini kerana perjuangan itu amat berbahaya kepada negara. - Bernama
Petikan www.bharian.com.my 1 / 6 / 09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.