MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Jun 05, 2009

Kunjungan ke Kelantan

Setelah sekian lama saya tak melawat Negeri Kelantan, hari ini saya berkesempatan berkunjung ke Kelantan, itu pun atas jemputan Sepupu saya Cikgu Sharipah dan suaminya Cikgu Daud.

Mereka tinggal di Kg Beris Bachok. Mereka membuat majlis kesyukuran menaiki rumah yang siap kira kira 3 tahun lalu dan mengadakan majlis pada hari ini. Kunjungan kali ini amat meriah kerana dapat berjumpa hampir separuh keluarga Allahyarham Ayandaku yang telah lama terpisah disebabkan tugasan harian masing masing. Antara yang ditemui selain keluarga Cikgu Sharipah, sepupuku Kamarudin Mat Akib ahli jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT). ( Gambar )
Saya dari rumah di Kemaman jam 1245 pagi dan sampai di Kg Raja Besut Jam 5.00 pagi dan berehat di Masjid Datuk Dr Yusof Nor, saya sambung perjalanan pada jam 7.00 pagi dan sampai rumah Cikgu Sharipah jam 8.30 pagi. saya pulang kerumah jam 12.30 dan sampai jam 8.00 malam. Semasa dalam perjalanan pulang, saya melihat banyak perubahan yang berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu. Saya bersyukur Negara Malaysia begitu cepat membangun termasuklah jalaraya yang cantik dan selesa. Bila sampai di Kemaman saya merasakan masih lagi ketinggalan dari segi jalanraya dan jambatan di Bukit Kuang Jalan Kemaman - Kuala Terengganu. Sedangkan jalan dari Sempadan Pahang - Terengganu ( Geliga - Bukit Kuang ) dah jadi 4 lorong, Jalan Sempadam Dungun - Kemaman ( Paka - Kemasik ) 4 lorong. Jambatan Bukit Kuang masih lagi 2 lorong. Setiap pagi, tengahari dan petang jalan ini terlalu sesak hingga terpaksa berbaris hampir 2 kilometer sebelah. Pada waktu pagi jalan sibuk dengan pelajar sekolah dan pekerja kilang Petronas, Perwaja, Malay Sino, KSB, ESSO, Optimal, Kertih Terminal dan sebagainya yang mahu kedestinasi masing masing. Begitulah sebaliknya. Jika Jambatan Bukit Kuang dapat dilebarkan, maka kesesakan ini dapat diatasi. Diharap pihak yang berwajib mencari jalan mengatasi masalah ini dengan membina jambatan baru bagi menyokong Wilayah ECER.
Tamat disni.
Saya nak balik Tampin Negeri Sembilan pula. Selamat bercuti dan menyambut Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.