MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Jun 08, 2009

Pilihanraya Kecil Manik Urai - PAS Tertekan

Assalamualaikum Blogger

Semasa dalam perjalanan balik dari Tampin Negeri Sembilan pagi semalam saya singgah makan disebuah gerai di Muadzam Shah Pahang.

Selesai makan saya meninjau sebuah kedai runcit dan saya membeli akhbar Harakah iaitu akhbar rasmi Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) Edisi Jumaat Bil. 1444 5 - 7 Jun 2009

Sampai dirumah jam 6.00 petang, saya berehat dan membaca akhbar Harakah. Sampai muka surat N5 ruangan Kolumnis saya tertarik dengan tajuk " Patutnya Paksu Wei Letak jawatan" tulisan Haji Subky Abdul Latif. Beliau mengulas tentang pilihanraya kecil Manik Urai ekoran kematian wakil rakyat Adun Manik Urai Allahyarham Ismail Yaakub yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Wei.

Menurut Haji Subky sepatutnya Paksu Wei meletak jawatan apabila sakit supaya pilihanraya kecil diadakan tanpa kehadiran BN. Jika Paksu Wei meletak jawatan sebelum meninggal dunia, BN tidak akan menyertai pilihanraya kecil ekoran perletakan jawatannya sebagai Adun Manik Urai dan ini memberi keselesaan pada pembangkang khusus PAS dalam pilihanraya kecil Manik Urai nanti.

Tambah Haji Subky lagi, sepatutnya mana mana Adun yang tidak mampu menjalankan tugas sebagai Adun atau sakit, bolihlah meletak jawatan supaya pilihanraya kecil dapat diadakan sebeberapa banyak yang bolih bagi melatih pembangkang mengenai piliharaya tanpa kehadiran BN.

Jika BN menyertai pilihanraya kecil Manik Urai, PAS terpaksa mengeluarkan pebelanjaan yang banyak bagi memenangi pilihanraya tersebut. Apa yang saya nampak disini PAS telah takut dengan kehadiran BN di Manik Urai.

Semoga dengan adanya penyertaan BN pada pilihanraya kecil Manik Urai ini, diharap dapatlah BN mengambil balik Dun Manik Urai daripada PAS. BN pernah memenangi Dun Manik Urai pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 dan tewas kembali pada tahun 2008.

Semoga rakyat Manik Urai bijak dalam membuang undi pada 14 Julai nanti. Dalam masa berkempen, hendaklah kita patuh pada undang undang dan hurmatilah rakan rakan dan lawan. Selesai sahaja pilihanraya, marilah kita duduk semeja berbincang masalah setempat, apa yang perlu di lakukan di tempat kita. Berpolitik, politik juga, sanak saudara jangan dipisahkan kerana parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.