MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Jun 07, 2009

RM23j untuk dana remaja Terengganu

KUALA TERENGGANU 7 Jun — Lebih 12,000 remaja di negeri ini akan memperoleh wang sebanyak RM200 seorang selewat-lewatnya sebelum Hari Raya melalui Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 hasil wang royalti minyak Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, pada tahun ini kerajaan negeri memperuntuk RM23 juta untuk program yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu yang dahulunya dikenali sebagai wang ihsan.

“Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

“Kita harap remaja-remaja yang menerima wang ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,” katanya.
Ahmad berkata selain itu, seramai 160,000 keluarga lagi di Terengganu akan menerima wang dana khas tahun ini. Bagaimanapun beliau tidak memberikan jumlah peruntukan untuk program itu.

Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap remaja-remaja melalui pelbagai program pembangunan rohani dan fizikal bagi mengatasi gejala sosial samseng jalanan.

Beliau berkata ini termasuklah memberikan buku elektronik kepada setiap pelajar tahun lima mulai tahun ini sebelum program itu diteruskan kepada pelajar-pelajar tahun empat mulai tahun depan.
Petikan www.utusan.com.my 7/6/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.