MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Ogos 02, 2009

Kerajaan sedia beri tempat untuk berhimpun secara aman: Najib

MUAR: Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," katanya mengulas perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di ibu negara, semalam. Perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 itu mendesak kerajaan supaya menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianggap tidak adil.

Perdana Menteri bercakap pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh, dekat sini, yang turut dihadiri oleh ketuanya Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Timbalan Perdana Menteri. Najib juga berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak polis sama ada akan mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang terbabit dalam perhimpunan haram itu. Katanya, polis mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan serta ketenteraman awam, dan tidak mahu kejadian semalam berlaku secara berterusan.

"Terpulang kepada pihak berkuasa (untuk mengambil tindakan). Demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut diteruskan," katanya. Menurut Perdana Menteri, pihak pembangkang sudah menjadikan perhimpunan haram itu sebagai bahan politik untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan itu kejam dan tidak bertindak adil dengan undang-undang yang "draconian". "Kita kena menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang telah dijalankan oleh kerajaan," katanya. Polis menahan 589 orang selepas mereka terbabit dalam perhimpunan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata pihaknya akan menyiasat pembabitan pemimpin pembangkang di perhimpunan itu. Mereka termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; dan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang; serta ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.
Perhimpunan itu menyebabkan beberapa jalan raya di Kuala Lumpur terpaksa ditutup, mengakibatkan kesusahan kepada peniaga dan penduduk.
Najib turut ditanya mengenai kenyataan Anwar di Muar semalam yang menyatakan bahawa parti pembangkang kini menumpukan usaha mereka di Johor, yang juga adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) di dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Itu apa yang dia cakap, kita masih yakin Umno Johor boleh mempertahankan kedudukan Umno dan BN di Johor," katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. - Bernama
Petikan www.bharian.com.my 2 Ogos 2009
Perhimpunan Haram menyusahkan rakyat.
Perhimpunan haram Gerakan Mansuk Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yang diadakan semalam di pusat bandar Kuala Lumpur hanya menyusahkan rakyat. Ini kerana kebanyakan komplek membeli belah ditutup olih kerana dikuatiri diganggu olih peserta perhimpunan tersebut.
Dengan penutupan komplek membeli belah menyebak kesusahan kepada peniaga dan juga pembeli yang datang dari jauh bagi membeli bekalan persiapan hariraya yang akan disambut tak lama lagi. Dengan penutupan premis premis perniagaan seperti SOGO dan sebagainya telah mengakibatkan kerugian hampir RM200 Juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.