MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Januari 13, 2018

Eastern Steel beroperasi semula Mei depan

Tengku Putera (tengah) bersama pengurusan ESSB dan sebahagian kakitangan yang akan menjalani latihan industri di China, dalam majlis di kilang ESSB di Kemaman hari ini.-UTUSAN

13 Januari 2018 7:14 PM

KEMAMAN 13 Jan. – Syarikat pengeluar keluli, Eastern Steel Sdn.Bhd. (ESSB) akan membuka semula kilangnya Mei depan setelah harga bahan itu di pasaran dunia yang merudum kini kembali melonjak.

Sebagai langkah awal, ESSB yang bertapak di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini akan menghantar kumpulan pertama seramai 28 orang pekerja anak tempatan untuk menimba kemahiran  di Tangshan di Wilayah Hebei, China selama sebulan.

Ketua Pegawai Operasinya, Tee Choon Hock berkata, ESSB yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan mula beroperasi tahun 2015 hanya mampu bertahan selama setahun .

"Ketika penutupan dahulu, harga pasaran besi dunia sebanyak US250 satu tan metrik, dan sekarang nilai pasarannya telah meningkat satu kali ganda.

"Sepanjang operasi ditamatkan, ESSB sentiasa mencari jalan agar kilang ini dapat beroperasi semula.

"Namun dalam tempoh itu ESSB tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pekerjanya yang tetap diberikan imbuhan bulanan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Latihan Industri ke China dan Operasi Semula ESSB.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Rosman Roslan merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri; Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Johan Ibrahim dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim.

Choon Hock berkata, apabila ESSB menutup operasi buat sementara, ramai yang beranggapan ESSB akan meninggalkan Teluk Kalong.

"Sepanjang penutupan, kami tidak berdiam diri dan pengurusan ESSB pergi ke China bagi mengintai peluang baharu bagi mengembalikan operasi kilang ESSB di Teluk Kalong.


Menurut beliau, ESSB akan terus menghantar sehingga 150 orang pekerja ke China selama sebulan bagi meningkatkan penguasaan teknologi agar mereka berkemahiran yang tinggi.

"Sebelum ini ESSB juga pernah berkerjasama dengan Kolej Universiti TATI (TATIUC) dengan menghantar 19 pekerjanya mengikuti kursus di kolej berkenaan," ujar beliau.

Sementara itu Tengku Putera mengucapkan terima kasih kepada ESSB di atas pembukaan semula kilangnya selepas dua tahun ditutup.

"Dengan kejayaan EESB membuka semula kilangnya akan meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negeri dan selain terus membuka peluang pekerjaan.

"ESSB tetap menjaga kebajikan pekerja, dan telah membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk tempuh 20 bulan bagi membayar gaji walaupun kilangnya ditutup," ujarnya.

Beliau juga berterima kasih kepada ESSB yang berusaha memberi pendedahan kepada anak negeri melalui peluang menimba ilmu di China.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/eastern-steel-beroperasi-semula-mei-depan-1.589777#ixzz54429XJ6C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.