MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, April 03, 2018

Jangan bunuh harapan rakyat


MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) melakukan tinjauan persiapan sempena Karnival Usahawanita 2018 dan Road To MAHA 2018 @ Zon Pantai Timur di Pantai Kuala Kerteh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ FARID JANUDIN



03 April 2018 8:17 PM

KEMAMAN 3 April - Cadangan Pakatan Harapan untuk menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagaikan cuba `membunuh harapan’ penduduk pantai Timur yang inginkan kemudahan pengangkutan lebih baik dan meluas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kenyataan oleh Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibuat tanpa mempedulikan hasrat masyarakat di negeri-negeri yang ternyata sukar untuk dipengaruhi.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, penduduk di wilayah ini telah sekian lama menantikan satu sistem pengangkutan kereta api yang efisien seperti di pantai Barat bagi keselesaan selain merancakkan lagi pembangunan dan peningkatan ekonomi setempat.

“Jika dahulu ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, nak buat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), nak buat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), nak buat Jambatan Pulau Pinang, ada sahaja pembangkang menentang malah sanggup membawa ke mahkamah.

“Tetapi sekarang dia juga seolah-olah pembangkang tegar seperti pembangkang lain. Apabila ada sahaja projek untuk kemudahan rakyat yang akan dibuat oleh kerajaan, Tun Dr. Mahathir akan bangkang,” ujarnya.

Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Karnival Usahawanita 2018 di Kuala Kerteh di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Beliau mengulas dakwaan Dr. Mahathir bahawa projek bernilai RM55 bilion itu merupakan satu pembaziran kerana tiada keperluan kemudahan itu disediakan kepada rakyat.

Katanya, ECRL yang bakal merubah keseluruhan lanskap ekonomi dan pembangunan pantai Timur yang masih banyak ketinggalan berbanding pantai Barat dan Lembah Klang.

Menurut Ahmad Shabery dakwaan bahawa projek ECRL akan menyebabkan pembaziran boleh dipersoalkan memandangkan banyak projek mega yang dijalankan pada zaman Dr. Mahathir yang turut menelan kos berbilion ringgit setiap satu ketika itu tetapi semuanya dimanfaatkan kini. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.