MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, April 03, 2018

Sebahagian daripada peserta menunggu pelepasan sebelum memulakan kayuhan sempena Hari Polis peringkat daerah Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE Mukhatar A. Rahman 31 Mac 2018 10:12 PM KEMAMAN 31 Mac - Seramai 200 peserta dari sembilan buah kelab basikal daerah ini menyertai Kayuhan Ria sejauh 23 kilometer, di sini hari ini sempena sambutan Hari Polis. Di bawah program Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bersama Masyarakat, mereka berbasikal dari pekarangan IPD menuju Jeram Penitih, Seri Bandi, Kijal. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim yang menyempurnakan pelepasan memberitahu, program itu sebahagian daripada pendekatan merapatkan perhubungan dengan segenap lapisan masyarakat. Kayuhan in diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) IPD, Pemangku Asissten Superintendan Zul Ilham Abdul Rahim. Sepanjang kayuhan, mereka akan singgah di Kawasan Rekreasi dan Zoo Majlis Perbandaran Kemaman, Bukit Takal dan Pondok Polis Seri Bandi. "Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini termasuk cabutan bertuah dan taklimat Volunteer Smartphone Patrol (VSP) kepada peserta," ujarnya. - UTUSAN ONLINE http://m.utusan.com.my/berita/komuniti/kayuhan-ria-sempena-hari-polis-1.638924


AHMAD SHABERY berbincang sesuatu bersama usahawan wanita ketika meninjau persiapan sempena Karnival Usahawanita 2018 dan Road To MAHA 2018 @ Zon Pantai Timur di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman hari ini. - UTUSAN ONLINE

03 April 2018 4:49 PM


KEMAMAN 3 April-Himpunan terbesar wanita dalam perniagaan di pantai Timur bakal disaksikan dalam Karnival Usahawanita 2018 yang berlangsung selama tiga hari di Pantai Kuala Kerteh dekat sini bermula lusa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dengan persiapan yang dilakukan, produk-produk yang ditawarkan di samping pelbagai aktiviti bagi menambahkan kemeriahan, karnival itu disasarkan dapat menarik lebih 30,000 pengunjung.

Dengan slogan Segalanya Wanita itu, program itu sekali gus menjadi previu ke arah satu lagi himpunan usahawan wanita terbesar negara yang bakal diadakan ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2018) November ini.

Menurutnya, karnival tersebut akan mengumpulkan seramai 500 usahawan wanita tempatan yang berpeluang menggunakan platform tersebut bagi mempromosikan hasil kerja dan produk-produk mereka ke pasaran lebih luas.

“Karnival ini sudah masuk kali ketiga penganjurannya selepas sambutan yang begitu menggalakkan diterima ketika diadakan di Lundu, Sarawak dan Teluk Intan, Perak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Karnival Usahawanita 2018 di sini hari ini.

Beliau menyifatkan program itu satu acara yang cukup menarik sebagai meraikan usahawan wanita tempatan di samping menyediakan platform kepada mereka untuk mempromosi produk yang dihasilkan kepada pasaran yang lebih luas.

Katanya, penganjuran dilakukan dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Pejabat Daerah dan Pejabat Parlimen Kemaman. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.