MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mei 22, 2011

Pertandingan G 7 UMNO Bahagian Kemaman dikotori dengan rasuah.

Cukai : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepimpinan UMNO bahagian supaya jangan menipu diri sendiri, kononnya tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus bolih menjelaskan keutuhan parti.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shaberi Chik yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Dalam ucapan perasmiannya Tan Sri Muhyiddin mengucaokan tahniah kepada pimpinan UMNO Bahagian Kemaman kerana berjaya menarik orang ramai menyertai umno. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli parti kerana mempunyai semangat yang tinggi terhadap parti. Sokongan ahli terhadap pemimpin dan parti dapat dilihat dengan begitu ramai ramai kehadiran pada hari ini.

Sebelum itu, dalam ucapan alu - aluan, Datuk Seri Ahmad Said menyeru semua pemimpin turun padang jumpa pengundi sepanjang masa, Jangan jadi seperti peraih durian yang hanya datang waktu musin durian sahaja. Jika kita kerap turun padang jumpa pengundi, akhirnya semasa pilihanraya kita tidak berasa kekok untuk berjumpa mereka.

Dalam pada itu, sehari sebelum berlangsungnya mesyuarat perwakilan, dua perjumpaan berasingan diadakan dalam DUN Air Putih dan juga DUN Cukai. Perjumpaan ini dianjurkan olih calun G 7 dengan perwakilan pemuda cawangan dan mengagihkan kain sapin kepada setiap perwakilan. Jika perkara ini tidak dibendung dari awal, tak mungkin suatu hari nanti para perwakilan ini akan mengugut calun piliharaya agar memberi habuan sebelum mereka memberi undi.

Sehingga berita ini ditulis, penulis difahamkan satu jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyiapkan laporan kepada jawatankuasa pengurusan dan disiplin parti dan juga laporan kepada SPRM.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Saudara Mokhtar

    Saya mengenali Saudara lebih dari 20 tahun ketika Saudara masih lagi menjadi ahli PAS dan pernah bersama YB Datuk Ahmad Shabery ketika beliau bertanding kerusi Parlimen Kemaman atas tiket Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1990.

    Kemasukan Saudara kedalam UMNO telah menimbulkan keraguan kepada segelintir pemimpin umno apabila Saudara dalam ucapan tangguhan mesyuarat agung umno pada tahun 1995 telah mencetus kontroversi apabila Saudara mengkritik pucuk pimpinan umno negeri Terengganu.

    Ada juga yang berpendapat Saudara adalah wakil PAS dalam umno untuk mendapat maklumat dan menjatuhkan umno dari dalam. Saya sering memantau pergerakan Saudara dari jauh kerana tanggungjawab terhadap keluarga.

    Saya ada sedikit soalan untuk Saudara dan jika tidak keberatan sudi kiranya Saudara jawab.

    1. Mengapa Saudara suka memcetus kontroversi?

    2. Apakah kerana calon pilihan Saudara tewas menyebabkan saudara sanggup mengeruhkan suasana politik di Keamaman?

    3. Apa yang Saudara mahu sebenarnya?

    Saya amat bangga dengan pendirian Saudara yang tidak pernah berubah dari dahulu. Insyaallah suatu haru nanti kita akan bertemu dan sama sama berjuang untuk ugama, bangsa dan negara.

    Cukup disini.

    Dari Sahabatmu yang jauh.
    Lan 82 WM

    BalasPadam
  2. W'salam

    Saudara lan 82 WM

    Sedikit penjelasan mengenai keamsukan saya dalam UMNO. Saya menyertai umno disebabkan ingin membantu masyarakat kampong saya yang sering dipinggirkan dalam arus pembangunan.

    Setelah saya menyertai umno, kisah saya dalam PAS hanya menjadi lipatan sejarah yang geleri arkib dihati saya, Mengapa mereka harus curiga kepada saya, sedangkan ada dikalangan pemimpin yang menjual makluamat tidak diambil kisah. Mereka sebenarnya takut pada bayang bayang sendiri.

    Saya tidak menganggap tulisan ini satu kontroversi, sebaliknya saya membantu Dato' Seri Najib dalam membenteras rasuah. Satu dari enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), adalah membenteras rasuah.

    NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

    • Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

    • Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

    • Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

    Demi Agama, Bangsa dan Negara, marilah kita bersatu memerangi rasuah.

    Saya tidak mempunyai calon pilihan yang menjadikannya sebagai Idola. Semua pemimpin adalah sama. Pemimpin datang dan pergi adalah perkara biasa. Begitu juga kalah atau menang adat pertanding. Dalam pertandingan tidak ada perkataan menang bersama.

    Saya hanya mahu melihat UMNO terus relevan dan menjadi tonggak pemerintahan negara. Saya mahu UMNO dihormati olih rakan rakan dalam komponen BN dan digeruni olih pihak lawan.

    Sekian.

    BalasPadam
  3. As Salam,

    Saudara Mukhatar,

    Teruskan perjuangan, biarkan yang berlalu itu sebagai satu sejarah.

    Jika kita mahu UMNO terus relevan, jangan takut menegur jika ada kecacatan yang berlaku. Budaya "Pak Turut" dalam umno harus dihapuskan. Biarlah budaya pak turut ini dipratikan olih ahli PAS & PKR sahaja.

    MS 2011

    BalasPadam

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.