MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Jun 24, 2009

PAS Klu Klek. UMNO Dituduh Lagi

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ketika UMNO dengan PAS masih kabur dalam mencari titik noktah berkaitan kerajaan perpaduan hasil cadangan Hadi Awang, nampaknya kelibat Anwar kelihatan sebagai pihak yang cuba menangguk di air keruh. Dalam membicarakan isu berkaitan perpaduan antara PAS dan UMNO, sesungguhnya ia membayangkan harapan sebilangan besar warga Melayu dan Islam yang mahu melihat ia menjadi satu realiti.

Namun malangnya ia disalahertikan dan selesai sahaja mesyuarat pembangkang yang melibatkan PKR-DAP-PAS, ternyata menolak idea perpaduan dengan tuduhan baru dari Anwar iaitu idea perpaduan adalah fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak. Jika dinilai semula rentetan perpaduan yang dicanangkan terhasil dari idea Presiden PAS, Hadi Awang dalam Muktamarnya awal bulan lalu, dan UMNO sebagai parti yang matang khususnya dalam memikirkan masa hadapan bangsa dan negara menyambut baik cadangan tersebut tanpa sebarang prasangka.

Malangnya idea tersebut hanya sekadar lontaran kata-kata seorang Presiden yang tidak mempunyai kuasa dalam pakatan campuran apatah lagi apabila cadangan tersebut bukan sahaja mendapat bantahan dari pemimpin dalam PAS sendiri malah sekutu dalam pakatan campuran juga. Mungkin benar langkah Hadi Awang selaku Presiden PAS, ketika mengutarakan cadangan tersebut adalah ikhlas, namun apabila ia dipertikaikan sendiri oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz bersama dengan Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali maka kekeliruan mula timbul. Apatah lagi Mustafa meletakkan syarat agar DAP dan PKR turut dipanggil dalam perbincangan kerajaan perpaduan tersebut.

Ekoran itu, ketua pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim mengambil peluang dengan menimbulkan pelbagai propaganda dan manipulasi atas perkara yang berlaku. Lebih teruk lagi apabila Anwar cuba membangkitkan hal-hal negatif yang pernah berlaku antara UMNO dan PAS dengan harapan bahawa perbincangan berkaitan perpaduan yang diwara-warakan tidak menjadi realiti.

Ketika para pemimpin dalam UMNO menerima dengan hati terbuka tanpa sebarang rasa prejudis dan buruk sangka, termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya sendiri yang meminta melupakan kisah lalu, Anwar bertindak menjadi ‘hero’ pembangkang dengan mendesak UMNO memohon maaf dan mengakui kononnya perpecahan lalu adalah salah UMNO.

Lebih teruk lagi, Anwar cuba memanipulasi fakta dengan menimbulkan keraguan kononnya UMNO bersikap hipokrit dan melakukan penipuan termasuk cuba mengaitkan dengan tindakan kegagalan pakatan campuran mengekalkan kerajaan Perak.

Anwar menuduh UMNO memanipulasi isu sedangkan jika difikir secara logiknya, Anwarlah yang cuba memanipulasi isu perpaduan dengan mengambil kesempatan terhadap pertikaian pemimpin tertinggi PAS dan pandangan pemimpin-pemimpin UMNO.

Namun demikian, siapa yang tak kenal dengan Anwar Ibrahim yang sememangnya masyhur sebagai insan angkuh, bijak bermain sandiwara dengan retorik bombastiknya. Apa yang pasti, Anwar mahu menumpang populariti dan menjadi ‘hero’ dalam perpaduan sebagai cubaan untuk mengalihkan pandangan masyarakat daripada bertumpu kepada kes salah lakunya yang akan dibicarakan Julai depan.

Dalam hal ini, nampaknya para pemimpin PAS sekali lagi terpaksa tunduk dan akur dengan Ketua Pembangkang, malah sebagai alasan mudah pula mengeluarkan kenyataan mengatakan cara UMNO membicarakan soal perpaduan seolah-olah mahu gunakan PAS dan mahu bawa PAS tinggalkan pembangkang.

Sesungguhnya, inilah cerita disebalik simboliknya ikatan dalam pakatan campuran yang secara jelas membuktikan siapa lebih berkuasa hinggakan parti yang kononnya didukung oleh golongan ulama juga gagal berdiri teguh pada pendirian asal.

Lebih malang lagi, Hadi enggan mengakui kesalahannya yang menjadi punca kepada isu tersebut lantas mempalitkan kesalahan tersebut dengan menudingnya kepada UMNO.
Apa yang pasti, inilah pakatan pembangkang!
Petikan umno-online.com 23/6/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.