MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Jun 21, 2009

UMNO terdesak? Apa kata Tengku Adnan Mansor

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas para pemimpin tertinggi PAS yang menjadikan isu perpaduan sebagai satu permainan politik lantas mengaitkan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang kononnya terdesak.

Katanya, BN dan UMNO memandang serius isu perpaduan yang disuarakan oleh Presidennya, Hadi Awang dalam Muktamar PAS awal bulan lalu tetapi kecewa kerana keikhlasan BN/UMNO menyambut cadangan tersebut dipandang negatif.
“Perpaduan adalah isu nasional yang perlu ditangani oleh semua pihak malah setiap warga dalam negara ini bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan terus terjamin untuk masa depan negara,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN turut mempertikaikan pendirian PAS dalam memberikan jawapan berkaitan kerajaan perpaduan yang disuarakan.
“Kita menyambut baik setiap cadangan yang diutarakan untuk kepentingan negara tetapi janganlah pula bersikap negatif dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya kita terdesak untuk mendapat sokongan untuk bersikap sedemikian,” tegas beliau lagi.
Katanya, pihak pembangkang perlu sedar dan akui bahawa BN dan UMNO tidak pernah menutup ruang perbincangan dengan mana-mana pihak apatah lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turut mengamalkan keterbukaan atas pembaharuan kerajaan demi kepentingan negara dan rakyatnya.

Sememangnya, pertelingkahan yang berlaku di dalam PAS tidak dapat disembunyikan malah dari hari ke hari kepimpinan tertinggi parti tersebut seakan tidak berpuas hati dan saling menegakkan idea masing-masing.

Bermula dengan suara Presidennya, Hadi Awang yang mencadangkan idea kerajaan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja waima UMNO demi kepentingan negara tetapi Mursyidul Amnya, Nik Aziz pula menafikan malah menentang keras cadangan tersebut.
Ini belum lagi dengan suara daripada Timbalan Presidennya, Nasharudin yang melahirkan keikhlasan hendak berbincang berkaitan langkah perpaduan dengan menegaskan bahawa perbincangan tersebut bukan bermakna PAS masuk UMNO.Namun demikian, berbeza pula dengan tindakan Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali yang cuba pula meletakkan syarat bagi mengadakan rundingan dengan UMNO.

Dalam hal ini, permintaan Mustafa dilihat langsung bertentangan dengan idealogi PAS apabila bergantung kepada PKR dan DAP kerana mahukan rakan sekutunya itu diajak sekali berunding dalam hal kerajaan perpaduan.

Ini secara jelas juga menunjukkan bahawa PAS terpaksa akur dengan telunjuk PKR dan DAP.
Nik Aziz jelas tidak mahu bertolak ansur dan enggan berkompromi biarpun dengan ahlinya sendiri malah ketidaksepakatan tersebut telah membuatkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan meminta Nasharudin keluar PAS dan masuk UMNO.

Sudahlah begitu, sepuluh ahli Parlimen PAS juga dilaporkan turut menandatangani surat sokongan kepada kenyataan Nik Aziz sebagai bangkangan cadangan idea Hadi Awang dan timbalannya.

Petikan http://umno-online.com/ pada 21 / 6 / 09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.