MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Jun 26, 2009

Nik Aziz tak sepatut kelirukan rakyat: Tengku Razaleigh

Itu hanya kiasan, kata Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kenyataannya pada 21 Jun lalu yang mengaitkan Umno dengan komunis dan ajaran sesat, hanyalah satu kiasan atau perumpamaan. "Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya kepada di sini hari ini bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan Umno sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.
Ekoran itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian semalam, membuat laporan polis kerana menganggap kenyataan Nik Aziz itu berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketengangan.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata beliau sedia menghadapi tindakan dan menjawab segala tuduhan Pemuda Umno. Katanya beliau tidak takut kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya. Di Kuala Lumpur, Setiausaha Badan Perhubungan Umno WIlayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Nik Aziz menjatuhkan harga dirinya sendiri dengan membuat tuduhan itu.

Sambil menggesa Nik Abdul Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu. Syed Ali meminta kepimpinan Pas menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam. - Bernama
Petikan Berita Harian Online 26 / 6 / 09
Berita Sebelumnya.
Nik Aziz tak sepatut kelirukan rakyat: Tengku Razaleigh
KUALA KRAI: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya membuat kenyataan mengelirukan dengan menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata kenyataan Nik Aziz, yang dibuat pada satu ceramah di Manik Urai lima hari lepas, tidak wajar memandangkan Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa Pas bersama BN. "Pas pun parti politik seperti Umno dan kita (Umno) tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihan raya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai di sini, hari ini. Turut hadir Setiausaha BN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman. Tengku Razaleigh berkata apa yang penting ialah penduduk Manik Urai yang akan menghadapi satu pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai pada 14 Julai ini, tahu menilai mana yang betul atau sebaliknya.

Beliau berkata BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil itu memandangkan Pas pernah tewas di situ. "Kita kalah pada pilihan raya umum 2008 kerana sentimen yang kuat kepada pembangkang yang menimbulkan banyak isu yang mempengaruhi mereka pengundi," katanya. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail Yaakob daripada Pas pada 22 Mei lalu. - Bernama
Petikan Berita Harian online 26 / 6 / 09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.