MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, Jun 30, 2009

Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) perlu dikekalkan.

Salam Blogger
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikaji atau dipinda mengikut kesesuaian masa dan keamanan negara. Saya amat tidak bersetuju dengan saranan Naib Presiden I PBRS, Baharuddin Nayan ( kenyataan beliau dibawah ) yang mahu ISA dimansuhkan. Saya menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru baru ini untuk menyemak semula ISA dan 32 Akta lain.
Bagi saya ISA amat diperlukan bagi menjamin keamanan dan keselamatan negara dari ancaman dalam dan luar negara. Mengenai percanggahan ISA dengan hak asasi manusia perkara ini bolih diatasi jika tahanan ISA memberi kerjasama dengan baik. Jika nak diikutkan hak asasi manusia, semua perkara tak perlu buat. Tanpa ISA, negara akan menjadi kucar kacir dan rusuhan kaum akan berlaku dan ini bolih menyebabkan pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia. Bila negara dalam kucar kacir, ekonomi negara turut terjejas.
Jika ekonomi negara terjejas, maka berlakulah kecurian, rompakan dan samun. Bila negara dalam keadaan tidak aman, rakyat nak keluar kerja pun takut. Apa yang saya nampak dengan adanya ISA, negara aman dan rakyat bebas kemana mana tak kira siang atau malam.
Ada tahanan ISA yang keluar dari tahanan terus berubah kearah kebaikan dan ada juga yang tak serik masih lagi menganggu gugat negara dengan pelbagai cara. Mengapa terlalu takut pada ISA jika kita tidak melakukan kesalahan yang bolih menganggu gugat negara dan mendatangkan keresahan pada orang lain? Fikir fikirkanla sendiri.
Sekian.

Mansuhkan terus ISA - PBRS

KOTA KINABALU 30 Jun — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji atau dipinda tetapi sepatutnya dimansuhkan terus, kata seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Naib Presiden I PBRS, Baharuddin Nayan berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan Akta baru menggantikan ISA, jika sekiranya ISA dimansuhkan, kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Beliau bagaimanapun menyokong cadangan untuk menyemak semula 32 Akta lain seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

“Saya pernah menyuarakan ketidakpuashatian terhadap cara penyampaian Akta ini semasa tahun 1992. Ini kerana saya dapati tahanan ISA tidak diperlakukan dengan baik, dan ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.

“Banyak pihak seperti NGO (badan bukan kerajaan) telah menyuarakan perkara yang sama dan mahu melihat Akta ini dimansuhkan,” katanya kepada Bernama. - Bernama
Petikan Utusan Online 30 / 6 / 09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.