MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mac 11, 2023

KENALI PEMIMPIN PELAPIS UMNO BAHAGIAN KEMAMAN

Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof, Calon No 23 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman 2023 / 2026


KEMAMAN - Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru Kertih, Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof menawarkan diri bertanding jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman pada pemilihan UMNO 18 Mac ini.

 

Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kemaman berkata, keputusan untuk bertanding jawatan berkenaan dibuat atas kehendak diri sendiri tanpa didorong oleh mana-mana pihak demi sayangkan parti berkenaan.

 

"Kita meraikan demokrasi dan saya mengharapkan semua calon pun begitu. Apa yang penting kita mempertahankan perlembagaan parti dan institusi presiden kerana ia ialah paksi sesebuah parti itu.

 

"Saya rasa dalam pemilihan kali ini kita lihat ramai yang masih sayangkan parti dan semestinya saya sebagai ahli parti mengharapkan yang terbaik agar UMNO Bahagian Kemaman menjadi lebih baik.

 

Setiap calon mempunyai kelebihan masing-masing dan terserah kepada perwakilan untuk memilih siapa yang layak untuk berada didalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman 2023 / 2026,” katanya yang merupakan calon ke 23 daripada 35 orang yang bertanding ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian di Dewan UMNO di sini hari ini.

 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac hadapan.

 

Sedikit maklumat dan sejarah latar belakang

 

KELUARGA

 

Mempunyai seorang isteri dan empat orang cahaya mata yang berusia 8 hingga 2 tahun.

 

PENDIDIKAN

 

Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Rantau Petronas Kerteh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (Tingkatan 1 hingga 3) dan Tingkatan 4 hingga 5 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

 

Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) Diploma Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal 2004 – 2007

 

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal 2007 - 2011

 

PENGLIBATAN POLITIK

 

Berusia 37 tahun dan mula bergiat dalam politik tahun 2012 dan dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Kampung Baru Kerteh pada tahun 2012 sebelum dilantik menjadi Setiausaha Urusetia Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik pada tahun 2013.

 

Dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman 2017 hingga 2023

 

Dilantik sebagai Ketua Penerangan Urusetia UMNO DUN Kemasik 2017 hingga sekarang

 

Dipilih sebagai Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru Kertih 2017 hingga sekarang

 

PENGALAMAN KERJA

 

Pengurus di Kay Inn & Kerteh Inn Hotel, 2011 – sekarang

 

• Mengurus dan memastikan pesanan hotel dalam keadaan teratur.

 

• Memastikan pelanggan berpuas hati dan membina hubungan baik dengan pelanggan.

 

• Memastikan pekerja melaksanakan tugasan dengan sebaiknya.

 

Ketua Penyelia di Agensi Transformasi Rakyat (ATRA) DUN Kemasik, 2013 – 2016

 

• Membantu Wakil Rakyat DUN Kemasik memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui kerjasama baik antara agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

 

• Memastikan dasar Kerajaan iaitu TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU dapat diimplimentasi dengan baik di DUN Kemasik.

 

Pesuruhjaya Sumpah, 2017 – sekarang

 

• Menguruskan dan mengesahkan akuan bersumpah seseorang individu antaranya yang berkaitan dengan justifikasi jaminan, menerima pengakuan ikatan jaminan, affirmation bagi affidavit dan exhibits dan bon serta mengambil dan menerima apa apa akuan berkanun mengikut peraturan yang telah disediakan.

 

Board of Director Brave Engineering Sdn Bhd, 2021 – sekarang

 

• Memastikan syarikat memperolehi kerja-kerja yang boleh dilaksanakan mengikut kepakaran yang diperolehi.

 

PENGLIBATAN KEGIATAN LUAR

 

Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kampung Baru Kertih, 2021- sekarang

 

Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Kerteh, 2021-sekarang

 

Bendahari Khairat Kematian Masjid Lama Kg Baru Kertih, 2013- sekarang

 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Baru Zon 4 Kertih, 2017-2018

 

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 2 Kertih, 2014-2017


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.