MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, September 13, 2010

Jauhi Perkasa

Salam Blogger

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir mengenai sokongan UMNO terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( PERKASA ) yang dipimpin olih Datuk Ibrahim Ali.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional di Putra Jaya Baru baru ini.

Keputusan Barisan Nasional sebulat suara 13 parti komponennya termasuk UMNO menolak untuk berkerjasama dengan PERKASA atau Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam pilihanraya umum akan datang kerana kekuatiran kehilangan undi dari kalangan bukan melayu. Apakah hari ini UMNO membela nasib orang melayu? Jika ada pun itu hanyalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, ibarat pertolongan bapa kepada anak.

Dengan pengumuman demikian, demi menjaga hati parti komponen UMNO telah memerangi perkasa. Walaupun pilihanraya masih tidak diketahui tarikhnya, Perkasa bolih mempersiapkan diri mempertahankan presidennya atau mendaftar sebagai sebuah parti politik.
Jika ini berlaku, UMNO akan kehilangan lebih banyak kerusi dan gagal membentuk kerajaan. Perkasa diwujudkan diatas kesedaran untuk membela nasib orang melayu islam yang semakin layu. Orang melayu amat memerlukan sebuah badan NGO seperti Perkasa bagi melindungi kepentingan mereka. Sekarang ini Perkasa telah wujud di setiap negeri dan parlimen. Kekuatan Perkasa tidak bolih dipandang remeh olih pemimpin UMNO.

Seharusnya UMNO perlu mencari mengapa masih ramai rakyat tidak menyertai parti politik dan tidak mendaftar sebagai pemilih? Mereka sebenarnya bosan dengan parti politik yang mempunyai fahaman sempit dan mengambil sikap berdiam diri. Apabila Perkasa diwujudkan mereka ini menyertai Perkasa untuk mempertahankan melayu dan pribumi supaya tidak menjadi pelarian ditanahair sendiri.

Utusan Malaysia Online - Politik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.