MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Julai 20, 2013

Nong Chik saman malu Nurul Izzah

Kuala Lumpur: Ketua UMNO bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, mengemukakan saman malu terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain kerana mengaitkannya berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara. 

Raja Nong Chik memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Rabu lalu melalui firma guaman, Tetuan Raja Riza & Associates. 


Raja Nong Chik menamakan Nurul Izzah, pemilik dan penerbit laman web www.malaysiakini.com, MKINI DOTCOM Sdn Bhd dan wartawan portal Malaysiakini, Lu Wei Hoong masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga. 

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik berkata, pada atau sekitar 4 Mei lalu, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu serta berniat jahat merujuk ke atas dirinya, kepada pemberita termasuk defendan ketiga pada sidang media di sekitar Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail. 

Terbit kenyataan dalam laman web 

Plaintif berkata, defendan kedua dan ketiga menerbitkan kenyataan itu yang diterbitkan melalui laman web www.malaysiakini.com pada hari sama bertajuk ‘Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475 juta’ dan turut terdapat dalam versi bahasa Inggeris. 

Plaintif berkata, kenyataan fitnah yang berniat jahat itu dikeluarkan dan diterbitkan sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, menyebabkan kredibiliti dan reputasinya terjejas. 
Raja Nong Chik berkata, kenyataan fitnah itu juga menyebabkan dirinya selaku bekas menteri dan senator dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat kerana kononnya mengambil kesempatan sebagai bekas menteri untuk mengaut keuntungan. 

Sehubungan itu, Raja Nong Chik menuntut ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi kekal supaya defendan dihalang daripada menerbitkan kenyataan serupa serta perintah memaksa mereka memohon maaf.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.