MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Oktober 29, 2025

Pekerja am MPK maut motosikal ditunggangi langgar tiang TNB

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Seorang pekerja am Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer  22, Jalan Chukai Air Putih berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih di sini pada pukul 8.30 malam tadi

Ketua Polis Daerah Kemaman, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, mangsa, Rusly Zahari, 58, yang cedera di kepala meninggal dunia di Hospital Kemaman pada pukul 8 pagi ini.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang tinggal di Kampung Tanah Lot Air Putih di sini, sedang menunggang motosikal jenis Honda dari Chukai ke Air Putih.

Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang hilang kawalan lalu bertembung dengan tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebelah kanan jalan sebelum terjatuh.

“Ekoran daripada kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Kemaman dirawat unit kecemasan zon kuning.

“Pada pukul 8 pagi tadi, saya terima panggilan telefon dari Unit Forensik Hospital Kemaman maklum mangsa meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat Seksyen 41(1) APJ 1987. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.