MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, November 01, 2025

583 graduan Ranaco Group terima anugerah sijil dan diploma

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Seramai 583 graduan Ranaco Education and Training Institute (RETI) dan Ranaco Marine Sdn. Bhd. (RMSB) diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-14 Ranaco Education and Training Institute (RETI) dan Ranaco Marine Sdn. Bhd. (RMSB) di Dewan Dato’ Seri Tuan Guru, Darul Iman Training Centre (DITC), Telok Kalong, di sini, hari ini.

Pada majlis konvokesyen itu, seramai 370 orang menerima anugerah Sijil Kemahiran dan 213 orang menerima anugerah Diploma.

Graduan tersebut menerima anugerah Sijil Kemahiran Program Pipe Gas Insulation, Program Site Safety Supervisor Level 3, Program Food And Beverage Operation Service Level 2, Program Basic Culinary, Program Pipe & Rigger Fitter dan Program Deck Rating.

SEBAHAGIAN graduan yang menerima anugerah Sijil Kemahiran dan anugerah Diploma pada Majlis Konvokesyen Ke-14 RETI dan RMSB di Dewan Dato’ Seri Tuan Guru, Darul Iman Training Centre (DITC), Telok Kalong, Kemaman, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Anugerah diploma pula membabitkan Diploma in Maritime Management (DMM), Diploma in Marine Cargo Surveying (DMCS), Diploma in Logistics Supply Chain (DLSC), Diploma in Nautical Studies (DNS), Diploma in Offshore Engineering (DOE) dan Diploma in Occupational Safety and Health (DIOSH).

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Canselor RETI, Kapten Abdul Aziz Abdullah.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Group, Syafiq Asyraf Mohd Yusup, Ketua Eksekutif RETI Mislaiha A. Ghani dan Pengurus RMSB, Jasrin Mohd Radin.

KAPTEN Abdul Aziz Abdullah (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaam kepada Penerima Anugerah Kapten Ramlan dan Anugerah Perdana Tahun 2024, Muhammad Amirul Hadi Mat Ali (tengah) pada Majlis Konvokesyen Ke-14 RETI dan RMSB di Telok Kalong, Kemaman, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Bercakap kepada media, Syafiq Asyraf berkata, lebih 80 peratus graduan TVET, RETI di Kemaman telah berjaya mendapat pekerjaan sebelum mereka menamatkan pengajian.

Menurutnya, jumlah penerima anugerqh sijil dan diploma itu meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu sekaligus membuktikan graduan institut itu diterima bekerja sebelum mereka bergraduat.

KAPTEN Abdul Aziz Abdullah (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaam kepada Penerima Anugerah Kapten Ramlan  Tahun 2025, Puteri Nurul Liyana Ibrahim  (tengah) pada Majlis Konvokesyen Ke-14 RETI dan RMSB di Telok Kalong, Kemaman, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

“Ramai pelajar institut itu ditawarkan pekerjaan sejurus selesai menjalani latihan amali di pelbagai sektor industri dalam bidang TVET seperti sektor maritim dan perkapalan,” katanya.

Ujarnya, perkembangan itu juga membuktikan institut berkenaan telah mendapat tempat dan pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mempelajari bidang TVET.

Sehubungan itu, Syafiq berkata, RETI akan mengadakan kolaborasi dengan pelbagai pemain industri untuk menaja lebih ramai pelajar lepasan SPM yang kurang mampu untuk mempelajari bidang TVET di institut berkenaan. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.